Assalammualaikum semua
Sekali sekali tukar aa selera guna daun pandan, dah pernah gak cuba pelbagai resepi, salah satu kat SINI.
Kalau nak diikutkan semua resepi yang akak cuba sedap, dulu dan kini kalau lauk ayam memang kesukaan anak anak terutama Imran.
Nasib baik ada tanam pokok pandan, bila nak buat lauk camni gi ajer belakang umah ambik daun pandan.
Sekali sekali tukar aa selera guna daun pandan, dah pernah gak cuba pelbagai resepi, salah satu kat SINI.
Kalau nak diikutkan semua resepi yang akak cuba sedap, dulu dan kini kalau lauk ayam memang kesukaan anak anak terutama Imran.
Bahan-bahan diperlukan:
- 3 keping isi ayam
- * 5 biji bawang merah
- * 3 ulas bawang putih
- * 1 inci halia
- * 1 inci kunyit
- * 1/2 inci lengkuas
- * 4 batang serai
- * 1 sudu besar ketumbar
- * 1 sudu besar jintan manis
- * 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
- 1 sudu besar gula perang/gula melaka
- garam dan sedikit gula pasir
- daun pandan secukupnya
- Minyak masak secukupnya
Cara-caranya
- Isi ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
- Tumbuk atau kisar semua bahan bertanda*.
- Gaul bahan tumbuk/kisar bersama isi ayam, garam, gula perang, gula pasir.
- Perap ayam sekurang kurangnya 1 jam atau paling kurang pun 30 minit. Akak siap perap dalam pukul 9 pagi. Pukul 12 baru balut dengan daun pandan.
- Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.Balut ayam dgn daun pandan.
- Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas. Kalau daun pandan kecil boleh gak sematkan dengan pencungkil gigi.
- Balutan jangan terlalu ketat agar isi ayam garing bila digoreng.
Goreng ayam yang siap dibalut dalam 6 hingga 8 minit atau sehingga masak. Wangi betul aroma daun pandan bila di goreng.
Sedap cicah dengan sos cili thai
Bestnya Kak Ina...selalu kalau makan kat kedai tak cukup kan..boleh la buat sendiri nanti
BalasPadam