OOO

Ahad, Mac 18, 2018

PERNAH GAK CUAI TERTINGGAL ANAK DALAM KERETA

Assalamualaikum semua

Bila terbaca kisah anak kecil yang  meninggal bila tertinggal dalam kereta, kami ibu ibu akan dapat merasa bagaimana pedihnya hati bila kehilangan anak tersayang.

"KUN FA'YAKUN" Allah dah berkehendak kan "MAKA JADI LA" 'KITA' yang di ciptaNYA Kita tak perlu Menghukum..


Sebagaimana Allah berkuasa utk mendetikkan hati manusia untuk berbuat sesuatu.. Allah juga berkuasa untuk melupuskan sesuatu dari ingatan kita. Percayalah (beriman) pada qada dan qadar Allah. Allah maha mengetahui. 


Ini ujian untuk keluarga dan orang-orang sekeliling. Simpati buat si ibu dan ayah serta keluarga.  Semuga Allah SWT memberikan ketabahan dan kekuatan buat si ibu, anggap ini adalah  ujian darinya untuk menguatkan kita dan jadikan kisah ini sebagai pengajaran.

Janganlah di pertikaikan kecuaian ibu, sesungguhnya ini semua kehendak Allah, mungkin Allah sengaja bagi si ibu telupa, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang, Doakan yang baik baik insyallah semuga pengakhiran kita jugak yang baik. Wallahhualam.



Sebagai insan biasa, akak pun  pernah mengalami kejadian anak tertinggal dalam kereta di parking KLIA semasa Ira masih kecil.  Masa tu kami sekeluarga nak hantar arwah abah dan mak pergi umrah.  

Imran belum lahir lagi, dah tentulah Ira jadi kesayangan adik beradik yang lain.

Oleh sebab semua teruja boleh tak ingat Ira yang sedang tidur kat seat belakang sekali, kereta ada 6 tempat duduk. Masa nak sampai kat tempat jemaah berkumpul, tak ingat sape yang perasan Ira tak ada.

Apalagi kelam kabut kami dibuatnya, anak anak akak yang dah besar berkejar ke tempat parking.  Masa tu dia dah sedar tapi apa yang budak kecik tau, dia menangis jer bila tenguk semua orang dah tak ada. Padahal kalau ikutkan boleh jer buka kunci tapi mungkin masih kecil, dia tak tau nak buka.

Nasib baik parking berbumbung pastu waktu malam, dalam 10-20 minit gak rasanya.  

Kali kedua di waktu siang, masa tu Ira umur 5 tahun. Ira memang masuk kelas akak mengajar di Taman Ibukota.

Liyana pula dah masuk sekolah asrama harian di Seri Petaling dalam aliran KAA.  Setiap  2 minggu hari Jumaat selepas mengajar akak akan ke sana.  Dah tentulah Ira akak bawa sekali, bila sampai dalam pukul 1-2 petang macam biasa dia akan tertidur.

Selalunya bila kejut ira akan bangun ikut akak gi ambik Yana di asrama.  Boleh pulak hari tu, kejut punya kejut dia tak nak bangun. Akak suruh Ira kunci pintu takut gak jadi apa apa, dengan mamai dia kunci pastu terlena semula.

Bila Yana dah angkat barang ke kereta, kejut Ira suruh bangun buka kunci pintu, dia tak bangun. Puas ketok cermin dia tak bangun gak, punyalah panik akak dan Yana dibuatnya.

Berpeluh peluh akak sebab tengahari, bila orang lelaki yang baru balik solat Jumaat kat masjid, ada yang datang kat kereta kami, tanya apa yang terjadi.


Bila akak bagitau anak ada dalam kereta, mereka tolong gegar, tolong ketuk cermin, tolong jerit.  Alhamdulliah bila kereta bergegar Ira bangun sambil terpinga pinga tenguk ramai orang asing kat luar.

Dalam mamai mamai Ira buka kunci pintu bila nampak akak dan Yana. Syukur alhamdulliah atas jasa baik, sejak tu akak dah tak berani nak buat macam tu lagi.

Di coret untuk kenangan kami sekeluarga buat pedoman dan iktibar.

3 ulasan:

  1. Sedih bila baca kes2 kematian anak tertinggal dalam kereta ni.. Trauma sampai ke sudah..

    Semoga Kak Ina sentiasa dilindungiNya selalu..

    BalasPadam
  2. Saya pulak bukan tertinggal anak dalam kereta tapi anak terkuncikan kereta. Punyalah panik masa tu.. Allahuakbar. Syukur ada yang membantu. Nak harap diri sendiri, dah panik tak fikir apa dah masa tu.

    BalasPadam
  3. yes. kun faya kun.
    nak kata cuai, kekadang bukan cuai. terlupa.
    memang terlupa! takkan la mak terlupa anak, kata sesetgh org.
    Allah yg plan semua. dan setiap plan Allah tu ada hikmah. kan?

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...