OOO

Khamis, Mac 01, 2018

CARA MEMAKAI KAIN BATIK YANG BETUL

Asalamualaikum semua

Korang yang perempuan pandai tak pakai kain batik?
Kebanyakan anak perempuan dah jarang guna kain batik untuk kegunaan sehari sehari.  Mereka lebih selesa pakai seluar jer.πŸ˜‰

Pakai pun cuma waktu bersalin kat hospital dan dalam pantang.πŸ˜ƒ

Suami ada kongsi pasal video pakai kain batik ni.  

Akak dari anak dara memang mak dah ajar pakai kain batik, sampai dah berusia setengah abad memang pakai kain ajer kat rumah.😊

Dah berusia ni pun   tak taulah kepala kain batik tu ada maksud tertentu.πŸ˜…
kepala kain batik

Selalunya pakai kepala kain memang letak kat belakang.πŸ˜‚
Baru tau cara pemakaian kain batik dan simbolik kepada pemakainya.

"Kalau anak dara"😍 
Kepala kain belah kanan

"Bila dah kawin"πŸ˜‰
Kepala kain di belakang kerana itu menunjukkan kita sudah mempunyai suami.

"Janda"πŸ˜‡
 Kepala kain belah kiri


"Golongan Bangsawan"😍
Kepala di hadapan 


Zaman dahulu klu sembarangan memakai kain batik tidak mengikut spesifikasi boleh menimbulkan fitnah. Terutama jika memakai kepala di depan boleh didakwa kerana menyamar.πŸ˜–

Wallahu alam...

kain batik yang akak beli kat sarawak tak ada kepala tau, baru akak perasan

Bak kata orang kat video tu

Hari ini anak dara😊
Esok pagi berpunyaπŸ˜†
Lusa jadi janda😊
Tulat jadi bangsawan😍

Disebabkan kedudukan kepala kain batik yang sentiasa berubah setiap hari.

6 ulasan:

  1. sekarang nih main pakai jer tak kira dah mana kedudukan...haha
    bagus perkongsian nih kak :)

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. akak pun sama, janji jangan terlondeh sudahhh

      Padam
  3. ikut sempat je pakai dulu.. sekarang ni pakai seluar senang nak lari kejar anak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam anak auntie aa, nanti terlondeh bila kejar anak

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...