OOO

Jumaat, April 15, 2016

Jubah/Abaya Murah di Naif Souk Dubai

Assalammualaikum semua

Masa kat Dubai teringin nak gi beli abaya/jubah untuk kenangan buat anak-anak, mak dan diri sendiri.  Bukan senang nak datang kan..dahlah tiket harganya boleh tahan.

Akak sebenarnya tak tau nak beli kat mana, ingat nak tanya kat pekerja hotel mana nak beli abaya..tak leh panggil jubah, mereka takkan faham punya.

Mungkin dah nasib akak baik, masa tunggu check in kat hotel, ada sorang hamba Allah yang sudi tegur akak, beliau ni selalu gak gi Dubai.  Suka travel bila cuti sekolah sebab kerja cikgu di Singapura. 
kredit gambar : google
tak sempat ambik gambar sebab malam dan sibuk cari jubah
Beliaulah yang bagitau kalau nak cari jubah murah pergi ke Naif Souk (Market) kat Naif Road/Jalan Naif
yang terletak di  Deira, Dubai.


Kami pergi selepas solat maghrib, naik kereta hotel, ha ha ha berlagak cam orang kaya jap, ha kauuu kena bayo 35 dirham.  
Kat deretan jalan Naif ni banyak gak kedai yang jual bermacam macam jubah dan yang lain-lain tapi nak mudah kami masuk ajer dalam shopping complex.  
Banyak pilihan dan pelbagai harga dan juga kualiti kain, kenalah rasa dan tanya penjual apa jenis kain jubah tu.  
Kami jumpa gak yang murah dalam 60 dirham, kira jual murah tapi kebanyakkan kain jenis lycra.  Paling penting kena pandai tawar sebab penjual ni letak harga kaw kaw, nasib baiklah suami akak ni pandai tawar, bila kita mintak harga yang kita nak, dia tak bagi, kami pura pura gi kat tempat lain.

Penjual tu panggil dan bagi harga yang kami hendak. Pas dah dapat semuanya, kami gi makan dulu sebelum balik ke hotel.
ambik gambar kat google
Abaya banyak jual kat tingkat bawah dan kawasan sekitaranya, kat tingkat atas ada macam macam lagi, tapi kami tak minat sebab kebanyakkan dari india dan pakistan..harga pun lebih kurang sama, silap silap lagi mahal

Nampak tak deretan kedai disekitar Naif, ada yang jual kain ela, kasut, beg dan sebagainya.

Lepas dah siap beli, perut laparlah pulak.  Kami makan shawarma dan order jus.  Majoriti yang makan orang india dan pakistan, nampak gak orang malaysia tapau, tak sempat nak senyum.
Masa nak balik memang payah nak dapat taxi, kena menapak jauh sikit barulah dapat taxi, kami gelak sebab harganya sampai ke hotel tak sampai 20 dirham.  Sabo ajerlah

ni ambik gambar kat dalam Dubai Mall, harganya mahal weiiii, tempat high class mana leh dapat 60 dirham

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. kat sana pakai bling bling bila ada upacara tertentu

      Padam
  2. yang abya last tu macam dain dah ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu mahal puan bee..banyak bling bling. untuk kawin kot

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...