OOO

Khamis, Februari 04, 2016

The Dubai Fountains-Travel To Dubai 2015

Assalammualaikum semua

Nak update blog lambat sikit, tapi akak rajin upload kat instagram kakinakl, sebab tak yah nak karang ayat.  Akak dah pot pet pasal Dubai Mall yang tersangatlah besar.  

Yang dah berumur cam akak ni memanglah penat nak berjalan.  Yang muda remaja memanglah seronok sebab ada macam m macam. 

Kat Dubai Mall, kita boleh tenguk gelagat orang kaya Arab tapi yang best kebanyakan lelaki sini mengekalkan pakaian tradisi mereka iaitu jubah putih manakala perempuan menggunakan abaya ataupun kat sini kita panggil jubah.

Harga makanan dan serba serbi memanglah mahal kerana tukaran wang ringgit makin jatuh.  

Yang membuatkan ramai pelancung nak ke Dubai Mall sebab nak tenguk fontain kat luar Dubai Mall.  Masa akak sampai ke situ, mak aiii ramainya orang.
Air pancut berirama ni di mainkan setiap setengah jam, masa kami sampai tengah ada lagu hindustan, apa lagi menjeritlah aa dorang sebab banyak yang datang dari situ.
Akak dah baca kat google, kalau nak tenguk dekat baik lepak kat restoran yang ada kat tepi air pancut ni sebab leh lepak lama-lama.  Kalau nak gi tenguk dekat dekat payahlah sikit sebab ramai sangat orang, nak berebut tempat lagi, paling tak tahan sebab kena berdiri lama.
Kat Five Guys Restaurant ni boleh nampak jelas jugaklah air pancut tu, kami lepak kat situ lama gak. Tak ingat berapa dirham tapi rasanya kena dalam 20 lebih tapi kacang tanah tu free, boleh ambik banyak kali dan soft drink boleh refill banyak kali.
Kalau nak tenguk video bolehlah ke facebook dan instagram akak yer
Lagu yang di mainkan tak sama setiap masa, masa akak ada lagu sentimental

Whitney Houston - I Will Always Love You, memang romantik sangat bila kami berdua tanpa anak-anak dan paling best bila muka kena percik air.

Memang mengkagumkan betullah, memang pandai pak arab ni sebab adanya air pancut ni, memang sentiasa penuh dubai mall ni. 

Oleh sebab kamera hp biasa gambar tak lawa lah sangat, dapat gak tenguk  Al Burj Khalifa yang terletak bersebelahan Dubai Mall.

2 ulasan:

  1. Tentu leka dengan pertunjukkan air pancut.

    BalasPadam
  2. Memang cantik sambil2 layan lagu2 yang feeling terus terkenang masa lalu.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...