OOO

Selasa, Julai 28, 2015

RESEPI AYAM GORENG PANDAN MAMAK HAJI

aAssalammualaikum dan selamat hari raya

Kat rumah akak ni cuma tinggal 3 orang termasuk Imran, kesukaan dia ayam goreng, ayam panggang..pendek kata kalau ada lauk ayam laju ajer bila suruh makan.  Terpaksalah pelbagaikan cara masakan ayam supaya kami tak jemur.

Dulu-dulu buat ayam goreng pandan ikut RESEPI INI
Kali ni guna pula resepi dari Mamak Haji.  Akak guna ayam kampung sebab kebetulan ada stok kat rumah.  Kalau perap lagi lama lagi sedap weii.
Bahan-bahan
8 - 10 ketul ayam yang telah dibersihkan. (size ketulan 1 ekor ayam di potong 16 bahagian).
3 batang serai diketuk hancur.
1/2 kecil (tsp) serbuk lada hitam kasar.
10 helai daun pandan (liar daun nya lebar sesuai digunakan).
Perencah dikisar untuk peram:
5 biji bawang merah.
5 ulas bawang putih.
1 inci halia.
1 inci kunyit hidup.
1 inchi lengkuas
1 sudu besar ketumbar.
1 sudu kecil jintan putih.
10 biji cili padi/api.
100gm santan pekat.
1 sudu besar (tbsp) gula merah/ melaka dihiris.
1 sudu besar sos perasa tiram.
Garam dan minyak masak.
CARA-CARA MENYEDIAKAN:
1. Gaulkan ketulan ayam, serai dan lada hitam bersama garam. Ketulan ayam ini biasanya digunakan isi ayam, tapi bagi mamak haji ayam dah lah mahal nak pakai isi ayam cuma keluarga mampu saja. Kita gunakan semua bahagian ayam lagi jimat.
2. Kisar semua bahan-bahan dan gaulkan dengan ketulan ayam tadi. Peram sekurang-kurangnya 1 jam atau simpan di peti sejuk semalaman dalam bungkusan plastik.
3. Keluarkan dan balut dengan daun pandan ke ketulan ayam. Untuk mengekalkan daun pandan terlucut semasa gorengan (ketulan ayam akan mengecut dan melonggarkan daun pandan) cucuk daun pandan kepada isi ayam dengan lidi (tooth pick).
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga ketulan ayam masak.
5. Ayam pandan goreng sangat wangi pandan dan berasa rempah kemelayuan yang unik. Makan bersama dengan nasi lemak panas-panas. Selamat mencuba.
Nota: Sekiranya anda ingin gunakan ketulan ayam yang agak besar untuk jualan..peramkan semua ketulan dan masukkan dalam oven. Bakar 220 C selama 40 minit..keluarkan dan balut daun pandan dan goreng seperti biasa. Cuma masa gorengan separuh dari yang biasa.

3 ulasan:

  1. Wah sedapnya. Dibalut dengan daun pandan pula tuh.

    BalasPadam
  2. selalu resipi ni tengokkkk je, agak2 tuan tanah nak belanja tak makan ayam pandan?

    BalasPadam
  3. Kalu pekena dengan nasi lemak panas2 ni memang terbaik rasenya tak pon nasi kukus perghhhh

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...