Assalammualaikum semua
Hari ni rasanya dah ada yang buat rumah terbuka kan..tentu best dapat makan sedap-sedap.
Masa hantar anak ke Tapah, hari Ahad lepas seronok betul kami sebab tengah musim durian dan petai.
Masa sampai jamu mata ajerlah sebab awal pagi.
Lepas minum pagi dalam perjalanan balik kami singgah kat tempat ni, terletak di tepi jalan nak ke highway PLUS.
Murah betul durian Cameron..selonggok baru RM25.00 tapi cam biasa durian orang asli/kampung selalu ada isi yang kurang elok.
Tapi peniaga ni bagus, bila buka tak elok dia kasi yang baru. Kami makan dalam 3 biji, bila suruh bungkus yang lebih dia bagi lebih. Syukur alhamdulliah, semuga murah rezeki peniaga ni.
Akak tak makan tempoyak, mak akak jer yang beli, kira murahlah ni kan dapat bekas lagi.
Macam macam ada kat tempat ni
RM30.00 selonggok..geram tul di buatnya..
murah bebeno
murah bebeno
Akak beli yang harga RM10.00 tu pun kongsi dengan mak. Akak bawa balik ke sini. Kat Miri petai mahai sikit, kalau beli dah kopek RM2.00 dapat sikit jer
beli gak rambutan dan pulasan..seronok memang seronok bila musim buah kan
Dulu beli durian orang asli kat tepi jalan nak ke Simpang Pulai masa baru balik dari Cameron lagi sedap. N3 kat SINI
Pelbagai masakan boleh dibuat dengan petai dan sedap dmakan tapi selepasnya didaklah begitu enak.
BalasPadamsedapnya dh lama tak makan durian
BalasPadamPuas makan dapat makan durian kampung.
BalasPadamTu gerai saudara saya lain kali klau datang Tapah contact la saya
BalasPadamla iyer ker fieza.insyallah kalau datang lagi bolehlah contact kamu yer
PadamSalam k.fiza.. skrg tgh musimke durian.. teringin btl nk mkn..
PadamSaya berminat nk beli petai..leh wasap saya 014 3154767
PadamKalau sesiapa nak durian Bukit Tapah , boleh roger number ni .. 013 4164728 (Ijannnn).. Waze /Google Map : Gerai Petai Durian Mahathir .
PadamDapat singgah tengok hasil orang kampung/asli macam ni memang best. dapat pulak buah segar. Puas hati makan.
BalasPadamSekarang tgh musimke durian..
BalasPadamSalam semua..boleh saya tahu...kat mane lokasi petai tu....untuk saya membeli.leh wasap saya 014 3154767
BalasPadamni dah lama, cubalah tenguk kalau ada orang jual lagi kat situ,lepas tol tapah hala ke pekan tapah kat sebelah kanan
PadamNi kedai pakngah saya! Hihi..
BalasPadamWah masih ada lagi ek
PadamGerai petai dan durian ni mmg terbaik di Tapah...ni mmg favourite port sy bila nak beli petai dan durian...layanan pon mmg terbaik..
BalasPadamBetul tu. Peramah orang nya
Padam