Assalammualaikum dan selamat berpuasa
Tibalah masa kami meninggalkan Kota Kinabalu, tak sempat nak gi tenguk Gunung Kinabalu, Kundasang dan tempat yang lain sebab ada hal yang tak boleh di elakkan. Akak cuma berharap jika di panjangkan umur dan di berikan kesihatan baik bolehlah kami datang kesini lagi.
Balik kami tak tenguk map sangat sebab ada papan tanda, kali ni cepat sikit rasanya perjalanan kami sebab ikut Papar, sekejap ajer dah sampai ke Kemanis.
Akak ada ternampak gerai-gerai jual barangan laut kering, masa nak pergi ke Kota Kinabalu, dapat pula tau dari orang KK yang harganya kat Kimanis lagi murah dari Kota Kinabalu.
Tu sebab akak tak beli kat sana. Biasalah kaum wanita jer yang suka tempat camni kan
1kg yang dah kopek baru RM20.00 yang tak kopek RM14.00. Akak beli yang dah kopek lah sebab harga tak jauh beza..lagipun bulan puasa banyak guna masakan ikan bilis..terutama ikan bilis goreng campur bawang dan cili.
Tu yang selera nak makan bila sahur kan. Beli banyak sebab nak bagi mak dan Yana untuk di bawa pulang nanti. Suami akak mintak ikan tamban dan ikan masin free..nasib baik penjual tu kasi.
Oleh sebab waktu bekerja, kenderaan tak banyak di jalanraya, seronok camni
Pusat Latihan Minyak Dan Gas Kimanis
Tak takut sesat sebab banyak papan
tanda kat Sabah ni
Rasa sekejap ajer sampai Beaufort..tak sampai pun 2 jam perjalanan, akak ajak suami jalan-jalan kat sini.
Sedikit info mengenai Beaufort
Sedikit info mengenai Beaufort
Daerah Beaufort telah diterokai pada tahun 1898, Daerah ini mengambil sempena nama seorang Pegawai tertinggi kerajaan British North Borneo yang menjadi salah seorang Gabenor dalam jajahan dan takluk Syarikat Borneo Utara pada masa itu yang bernama L.P.Beaufort.
Kerajaan British North Borneo telah mengujudkan Pusat Pentadbiran Daerah didaerah ini pada tahun 1915 dan Pegawai Daerah yang pertama didaerah ini ialah Mr. E.C.Erving. Sebelum itu daerah ini hanya di kenali sebagai Padas sahaja.
Stesen Keretapi Beaufort
Besar gak Daerah Beaufort, penduduknya terdiri daripada berbilang suku kaum dan suku kaum yang terbesar ialah suku kaum Bisaya (Melayu) 60%, kaum Kadazan/Dusun 14%, Brunei/Kedayan (Melayu) 12%, suku kaum Murut 9% dan lain seperti suku kaum Jawa, India berketurunan Melayu 2%.
Jambatan Besi Beaufort, kat bawah adalah
Sungai Padas, ada yang kata kat sini banyak udang galah.
Berhenti isi minyak kat stesyen Petronas dan teruskan perjalanan ke Sipitang.
Tentu puas hati dapat melakukan perjalanan yang adventure seperti ini. Teringin nak bawa motorsikal ronda satu Malaysia.
BalasPadamAmboi jalan sakan ya. Raya ni balik semenanjung ?
BalasPadamInsyallah balik Fairy Lilly tapii seminggu jer sebab anak sekolah balik hari isnin
PadamBestnya..tak pernah lagi ke sabah..tapi dapat tahu barang basah kat sana murah-murah ya?
BalasPadam