OOO

Rabu, Julai 02, 2014

Jesselton Point Waterfront Kota Kinabalu Sabah

Assalammualaikum semua
Dah siap memasak ker belum untuk hidangan berbuka hari ini?

Sambungan dari N3
Miri Ke Kota Kinabalu (Part 1)
Miri Ke Kota Kinabalu (Part 2)
Makan malam di Kota Kinabalu (Hari Pertama)
Pada hari ke 2 di Kota Kinabalu kami lepak di hotel sampai pukul 10.00 baru gerak ke sini.



Dahulu tempat ni di panggil  Terminal Ferri Kota Kinabalu tetapi sekarang ni dikenali sebagai Jesselton Point Waterfront  

Tempat ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang wajib dilawati semasa berada di bandaraya Kota Kinabalu.

waktu hujan
 Jesselton Point Waterfront  terletak di bahagian utara pusat bandaraya Kota Kinabalu, mempunyai sentuhan sejarah awal bandaraya Kota Kinabalu.  

Tempat beli tiket kat dalam bangunan

Kat tepi dinding ada gambar-gambar  mengenai 
sejarah tempat ini.

Jesselton Point Waterfront adalah  satu-satunya terminal ferri penumpang untuk laluan air terus dari Kota Kinabalu ke Labuan. 
Ada juga tempat makan..makan sambil santai dan menikmati pemandangan laut yang indah
Untuk ke pulau-pulau di Taman Laut Tunku Abdurahman dan Pulau Gaya, kita boleh mendapatkan perkhidmatan bot penumpang di sini.

Ada juga  gerai-gerai yang menjual
 kraftangan dan peralatan mandi manda kat sini
Jesselton Point Waterfront dibuka setiap hari dari jam 6.00 am sehingga 2.00 am, manakala terminal ferri pula beroperasi setiap hari dari jam 6.00 am sehingga 6.00 pm.

Kalau nak ke pulau dan berkenderaan sendiri, tempat parking di sediakan.  Akak pergi dan balik ke sini naik van yang di sediakan oleh pihak hotel.
Kalau naik teksi pun senang..naik teksi kat sini tak ada meter..mahai tau

3 ulasan:

  1. hoho..laju berjalan ni bila sampai kk..

    BalasPadam
  2. Cantiklah pula public phone booth.

    BalasPadam
  3. Sabah banyak tempat menarik.. tapi kalau tiada persiapan rapi agak susah jugak nak travel.. saja nak kongsikan kepada rakan2 tips sebelum pergi bercuti.. http://www.wom.my/gaya-hidup/6-tips-sebelum-pergi-bercuti/

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...