OOO

Khamis, Jun 19, 2014

Gerai Makanan Rashidah Gemenceh-Sedappp

Assalammualaikum semua

Masa balik dari melawat bapa mertua masa cuti sekolah minggu yang terakhir, kami gerak awal pagi padahal dah minum kat umah adik ipar, tapi  terasa lapar pulak perut ni.  Suami ajak singgah minum kat satu gerai di Pekan Gemencheh.

Wah bermacam macam menu ada, termasuklah roti canai, roti bakar, nasi lemak dan bermacam macam lagi pilihan yang ada.  Anak buah akak pilih lontong dan Ira pula pilih roti bakar.
Akak pilih mee soto dengan pegedil bersama sambal kicap, bila anak tenguk akak makan sambil kata sedap ajer, mereka pun order sekali.  Harganya cuma RM3.50 ajer.

Memang sedap makan kat sini, harga pula murah pula.  Nanti kalau lalu kat Pekan Gemenceh bolehlah singgah...gerai ni menghala ke Kuala Lumpur yer. Ada gak jual makanan untuk tengahari tapi tutup belah petang dan malam yer.

Gerai Makanan Dan Minuman Rashidah Hassan
No 1, Gerai Hadapan Masjid As-Syakirin
Pekan Gemencheh Baru
73200 Gemencheh
Negeri Sembilan Darul Khusus

8 ulasan:

  1. Oh...sy tau kedai ni kak...mmg laluan sy...sbb dok tampin je...hehe...tak pnh pula sy mkn di kedai ni...:)

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakina....nampak sedap jer tu...;)

    BalasPadam
  3. sedapnyalah tengok pegedil tu.. Ni rasa nak buat ni.. makanan malaysia memang terbaiklah..bertuah kita duduk malaysia ni..macam-macam makanan ada.. ( terfikir untuk buat health screening )

    BalasPadam
  4. ooo kedai kecik2 tukan tepi jln....

    BalasPadam
  5. Waa best kak ina, terima kasih kongsi kat sini, klu ada peluang nanti, insyaAllah nak singgah juga.

    BalasPadam
  6. wah baru tau...kg saya kt gemencheh jer....heh

    BalasPadam
  7. adoi kak ina..pepetang ni tgk gambo lontong sedap le pulak iskk

    BalasPadam
  8. Ada lalu tp x singgah sebab xtau, dah tau ni boleh la singgah makan lontong .

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...