OOO

Jumaat, Mei 09, 2014

Resepi Asam Pedas Ikan Mayong @ Ikan Duri

Assalammualaikum semua

Akak terbaca satu status dari kawan blogger yang di komen oleh seseorang pasal dia masak dan ambil gambar masakan biasa biasa ajer.

Samalah cam akak ni, masak yang biasa dihidangkan buat keluarga tercinta dan ambil gambar pun tak pandai nak lawa lawa cam blogger yang famous amos.
Niat dari mula berblog bukan nak jadi popolur tapi nak berkongsi resepi dan cerita ceriti dengan geng ajer untuk kenangan jika akak dah tiada lagi.  


Ikan mayong@ikan duri kat sini murah sesangat terutama masa beli kat tempat ikan baru naik. Seekor yang besar tak sampai pun 5 hinggit.  Akak tak makan ikan ni tapi oleh sebab hb suka makan kenalah masakkan, selalunya akak campur ikan yang lain.

Bahan-bahan
1 ekor ikan keli-potong 2-bersihkan
5 batang daun kesum-diambil daun (kat sini payah nak jumpa daun kesum)
2 batang bunga kantan-di potong 2  
4 biji bendi 
1-2  cawan air asam jawa-ikut suka 
2 batang serai di titik 
sedikit gula  
minyak masak dan garam  secukupnya
Bahan yang di kisar/tumbuk
8 sudu makan cili kisar
5 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit lada hitam 
2cm kunyit hidup/sedikit kunyit serbuk 2 cm halia
2 cm belacan 

Bahan tumis
2 biji bawang kecil di hiris
1 biji bawang putih di hiris
1 sudu teh halba campur

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan kisar dan tumis lagi sehingga sebati. 
Bila dah naik bau baru dimasukkan cili kisar. 
Biarkan cili naik minyak dengan menggunakan api sederhana. Masukkan garam.
3. Masukkan pula air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air terpulang kepada tuan punya diri samada nak cair atau pun pekat.
4. Bila kuah mendidih baru masukkan ikan dan perasakan garam dan garam,  biarkan kuah pekat sedikit.
5. Kemudian masukkan daun kesum, bendi dan bunga kantan.
Biarkan sebentar dan rasa garam dan asam barulah dipadamkan api. 
6. Siap untuk di maka

6 ulasan:

  1. Salam Kak Ina..Ikan mayong ni buat sup pon sedap!

    BalasPadam
  2. salam kak, ni mmg lauk kesukaan keluarga saya, maklum org jb mmg x jauh dgn asam pedasnya, terutama ikan mayong hemmm..sedapnya..

    BalasPadam
  3. adoilah, tengah lapar ni bertambah lapar lah baca blog kak ini ni. huhuhu...

    nak makan tengah malam lak ni.

    BalasPadam
  4. Asam pedas memang kalau nak sedap kene campur 2-3 jenis ikan baru sedap...Biasa akan campur kerapu dan ikan merah huhuhu.. memang terbaik.. thanks share resipi asam pedas akak ina kat sini :D

    BalasPadam
  5. Memang menarik mata menarik salavary, menarik hidung ni...sedap sangat nampaknya

    BalasPadam
  6. aduhaii kak ina....saya ni hantu asam pedas

    apatah lagi kalo ikan maong


    tapi saya tak reti masak ikan ni

    salah masak dia tak ajdi sedap

    makcik saya kat bagan serai buat sedap sangat

    tapi saya tak reti2 jugak

    nak makan saya pi umah dia je la

    hehehe


    *Cik Sal*

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...