OOO

Khamis, Mei 29, 2014

Resepi Kuih Udang

Assalammualaikum semua

Akak ambik resepi dari blog Chef Ah Mat Gebu.  Kalau nak buat kuih udang ni kena guna senduk besi baru cun.


BAHAN UNTUK CUCUR :-)
  • 250 g tepung gandum*
  • 3/4 camca besar baking powder*
  • 3/4 camca teh soda bikarbonate*(*gaul rata dan ayak)
  • 300 ml air rebusan kepala+kulit udang
  • 10 - 15 ekor udang
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • 30 g kuchai, dihiris
  • 50 g taugeh, ramas sedikit

CARA MEMBUATNYA :-)
 

  1. Satukan semua bahan2 cucur kecuali udang, kacau sebati dan rehatkan 5 minit. Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas sekejap (dalam 1 minit), keluarkan sudip dan sudukan bancuhan tadi 1 1/2 camca besar dan baringkan sekor udang atasnya, tekan sedikit.
  2. Masukkan dalam minyak panas tadi, gunakan api sederhana. Bila cucur kelihatan kembang dan tembam, perlahan2 tanggalkan dari sudip, goreng hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian cucur. Angkat dan toskan.
  3. Letak atas beberapa helai paper towel, buat hingga siap. Hidangkan bersama sos.

 BAHAN SOS :-) 
  • 8 biji cili merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1 cawan gula
  • 1/4 cawan air
  • 1/4 cawan cuka makan
  • 4 camca besar sos ikan
  • Sedikit kacang tumbuk -akak tukar ke bijan yang di sangai



  UNTUK SOS (RESIPI ASAL DARI "CHEF WAN") :- 
  1. Kisar cili dan bawang putih hingga hancur, masukkan bahan2 lain kecuali bijan. 
  2. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga sos memekat.
  3. Matikan api dan taburkan bijan sebelum dihidangkan bersama cucur udang tadi...

Rabu, Mei 28, 2014

Parking Kupon Di Miri

Assalammualaikum

Biasa di Kuala Lumpur bayar parking guna mesin masuk duit pastu keluar resit dan di pamerkan di dashboard keta.  

Akak tak pernah lagi kena sama sebab memang ikut aturan walaupun cuma 10 minit ajer parking sebab tak kuasa nak keluar duit lebih bila dapat surat saman.  Rugi bayar puluhan ringgit kan daripada cuma keluar 50 sen untuk 1 jam  parking kat tempat letak kereta.
Bila sampai kat Miri, sistemnya lain pula.  Kat sini guna kupon yang di jual 1 pek 4 ringgit lebih.  Nak parking kena gak tenguk papan tanda sebab ada kawasan yang cuma 40 sen 1 jam dan ada yang 40 sen 1/2 jam.  

Menyampah kalau 1/2 jam ni, sebab kelam kabut dibuatnya bila tenguk tinggal 5 minit.  Kalau kat bank nak bayar kat kuanter dah tentu ambil masa dekat 1 jam bila orang ramai.  Terkecoh kecoh gi gores lagi satu kupon kalau masa tak mencukupi.

Petugas check kupon kat Miri memang rajin betul, ada ajer di mana-mana..pantang tak letak kupon ataupun terlebih masa, nanti dapatlah surat saman cam kat keta sebelah akak ni.  Tak kuasa nak bayar walaupun saman cuma RM15.00..sayang duit tu kan.

Kalau sesiapa yang melancong kat Miri, sewa keta dan gi ke pusat bandar jangan lupa letak kupon aaaa.

Selasa, Mei 27, 2014

Resepi Ikan Cencaru Goreng Sumbat Sambal

Assalammualaikum
Bahan Utama
  • 5 ekor ikan cencaru di belah belakang.
Cara hendak membuatnya 
  • Bersihkan dan perap dengan jus limau kasturi sebentar dan toskan.
  • Lumur dengan serbuk kunyit dan garam.
  • Masukkan sambal ke dalam ikan dan goreng dalam minyak yang banyak


Untuk Sambal (akak gandakan 2 kali) 
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili merah keriting
  • 1/2 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula kabung
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 bji limau-ambil jus-seeloknya limau purut
  • 1 sudu besar belacan
  • sedikit minyak
Cara menyediakan sambal
1. Panaskan sedikit minyak, goreng cili, bawang dan tomato.
2. Setelah semuanya hampir garing, masukkan belacan, Toskan semua bahan gorengan dan tumbuk lumat bersama gula dan garam. (Akak pakai f/p ajer)
3. Akhir sekali perahkan jus limau purut/kasturi/nipis. Pastu sumbat dalam ikan guna sudu. Kalau tangan tu power tak pijar ..guna ajer tangan.

Isnin, Mei 26, 2014

Resepi Kari Kambing Sedap

Assalammualaikum semua
Ramai yang tak minat daging kambing kan, sebab ada pelbagai alasan yang di berikan.  Nasib baik kami sekeluarga suka makan daging kambing.

Bahan-bahan
1kg daging kambing biri-biri (potong kecil, basuh dan toskan)
8 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
2 inci halia*
4 sudu besar kari daging babas

1. Tumbuk atau pun kisar semua bahan bertanda * dan perap bersama daging selama 1 jam.

Bahan Tumis
2 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 bunga cengkih
3 biji bunga lawang
1 biji bawang besar-di hiris
2 biji bawang kecil-dihiris
2 biji bawang putih-dihiris
2-3 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari babas
Minyak jagung/minyak sayur/minyak sapi/mentega/minyak kelapa sawit secukupnya
Air dalam 2 cawan

Bahan-Bahan
1 cawan susu cair*
6-8 biji limau kasturi-ambil jus*(campurkan bersama)
2 biji ubi kentang-potong 4
garam secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis rempah tumis dan masukkan bawang yang telah di hiris bersama daun kari. Biarkan sampai layu.
2. Masukkan pulak daging biri-biri yang telah di perap dan kacau sebentar.
3. Masukkan 2 sudu besar rempah kari daging dan ratakan dan kacau selalu.
4. Setelah itu masukkan 2 cawan air dan ubi kentang.
5. Biarkan daging empuk dengan menggunakan api perlahan (akak masukkan dalam pressure cooker)
6. Setelah daging empuk baru masukkan susu masam dan garam. Tambah air lagi jika perlu.
7. Gaul rata dan rasa dulu sebelum di padam api.

Sabtu, Mei 24, 2014

Akak Nak Menang RM100,000!

Wajah gembira pemenang contest 80 Days Drink To Cash. Ramai yang dah menang pelbagai hadiah menarik tau.


Rugi tak join contest mudah Yeo's ni, mana tau ada tuah anda pula selepas ini.  Tuah ayam nampak di taji, tuah kita tak siapa yang tau kan. 

Akak pun sentiasa join contest ini sebab kami sentiasa membeli minuman Yeo's, rugi kalau tak join kan.  Mana tau lepas ni giliran akak pulak yang menang!! :) .  Doakan akak yer!



Hadiah Utama ialah RM100,000 untuk seorang pemenang bertuah, mana tau ianya boleh menjadi milik akak ataupun anda!!  

Penyertaan akan di tutup pada 31hb. Mei 2014 , pukul 6.30 petang.

Wah dah tak lama lagi ni, cuma tinggal beberapa hari ajer. Meh ramai-ramai join Contest 80 Days Drink To Cash yang mudah sangat ni.

Kalau Akak Menang 100,000


Hajat di hati hendak menunaikan ke tanah suci bersama-sama dengan orang-orang yang tersayang.
Insyallah jika ada rezeki. :)


Jom Follow 
Yeo ‘s Malaysia WeChat Akaun Rasmi (ID: YeosMalaysia) 
dan ambil bahagian dalam Contest 80 Days Drink To Cash sekarang!!





Jom layan video macam mana cara-cara nak hantar peraduan ini.


Jangan lupa folow:
Instagram : @YeosMalaysia
Wechat ID : @YeosMalaysia
Website Yeos : http://www.yeos.com.my/

p/s Kalaulah akak menang, tertunailah hasrat di hati.

Jumaat, Mei 23, 2014

Keputusan Separuh Akhir Piala Thomas 2014 - Malaysia Lawan Jepun (Final)

Kena ambik tau gak pasal Piala Thomas 2014 sebab bukan ada setiap tahun pun.  Kami sekeluarga tenguk siaran secara langsung di HD829 Astro.



Seronok gak sekali sekali layan sukan ni..anak akak Yana pun tenguk gak kat tv di umah dia di India. :)

Mengejutkan sungguh keputusan separuh akhir Piala Thomas malam malam ni yang berlangsung di New Delhi India malam tadi.

Setelah tidak berjaya ke final selama 12 tahun akhirnya Malaysia berjaya menjejak kaki ke perlawanan akhir nanti.

Keputusan Separuh Akhir

Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia 3-0

-Chong Wei mengalahkan Tommy Sugiarto
21-10 dan 21-13

Bergu negara, Tan Boon Heong/Hoon Thien How bermain tiga set menundukkan Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan dengan 
21-19, 8-21 dan 23-21 (berdebar tenguk mereka bermain tadi..dup dap dup dap)

Mata terakhir Chong Wei Feng mengalahkan Dionysius Hayom Rumbaka dengan 
21-10 dan 21-17

Jepun mengalahkan China 3-0

Malaysia akan bertemu dengan Jepun pada perlawanan akhir  25 Mei 2014 pada hari Ahad ini.

Terkejut gak bila Jepun dapat mengalahkan negara China yang sememangnya handal.  Bukan senang nak mengalahkan skuad negara China ni kan.

Semuga skuad Malaysia akan berjaya membawa pulang Piala Thomas  tahun ini.  Malaysia Boleh !!!

Restoran Ir-One Piasau Jaya Miri

As'salammualaikum

Kalau mengada-gada tak nak masak, akak ajak suami makan kat luar.  Kat area Piasau banyak kedai makan islam, kami selalu gak gi makan kat area sini.
Nasi beryani ayam masak merah, tak ada pepedum 
cuma keropok sayur.  Kat sini pepedum 
harganya sekali ganda tau
Nasi kerabu lauk ayam tapi bukan warna birulah.  Bukan keropok ikan cuma keropok sayur sebab susah nak jumpa keropok ikan kelantan/terengganu kat sini.  Kalau ada pun mahal tau, akak selalu beli kat kl ataupun kirim dengan geng terengganu yang tolong belikan.
Nasi beryani kambing bakar, kena tunggu lama sikit sebab nak bakar kambing tu.  Harganya mahal sikit sebab lamb shoulder ni memang mahai kan.  Kira oklah sebab harga makanan kat sini taklah mahal sangat
Tempat makan kedai warna merah  kat sebelah kedai runcit, papan tanda tulis kek lapis.  

Menghala ke Jalan Bulatan, di simpang masuk ada papan tanda kedai dobi, terletak di Piasau Jaya, Fasa Satu 98000 Miri Sarawak

Khamis, Mei 22, 2014

Systema 0.02mm Spiral

Masih lagi tercari-cari berus gigi  lembut dan tak payah memberus gigi dengan kuat?

Cuba berus gigi systema  0.02mm spiral yang membersihkan 40% lebih plak.  

0.02mm hujung berus tirus menembusi  dengan lebih dalam di bawah garisan gusi dan celah-celah gigi-bahagian yang paling sukar untuk di capai.
Dengan filamen yang berbentuk hexagon di pintal menjadi spiral membolehkan 6 sisi tajamnya membersihkan plak dengan lebih berkesan.


Apa yang begitu unik dengan Systema ialah :-


Hujung berus tirus 0.02mmnya adalah 1/20 saiz
 
hujung berus biasa, membolehkannya menembusi 

dengan lebih ke dalam garisan gusi dan celah-celah 

gigi.

Berusnya diperbuat daripada sumber bukan haiwan

Berus yang berpaten - berteknologi Lion Jepun

Berus gigi No 1 di Jepun

Diperakui ISO 9001

Menembusi lebih dalam terutama di sepanjang 

garisan gusi dan di celah-celah gigi

Menanggalkan > 80% plak untuk 9X* lebih bersih


Terdapat pelbagai jenis Systema 0.02mm sprial di pasaran






Compact
  • Salah satu dengan saiz kepala paling kecil untuk kebersihan yang paling menyeluruh
  • Keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik

Comfort
  • Kepala bersaiz biasa untuk kebersihan yang selesa dan ternyata
  • Keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik



Full Head
  • Kepala bersaiz lebih besar untuk jangkauan yang lebih luas
  • Keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik



Bi-Level


Berus gigi dengan kepala bersaiz biasa dan bulu 

berus dwi-lapisan untuk memberus dengan lebih 

bersih di garisan gusi, celah celah gigi dan 

permukaan gigi.

Keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman 

yang lebih baik.

Sensitive- Di reka khas untuk mengawal dan mengurangkan tekanan untuk individu yang mengalami gigi sensitif.  Untuk pemberusan gigi yang selesa dan menyeluruh.

Harganya berpatutan,  tak sampai RM10.00 sebatang. Dapatkannya sekarang juga!!

SYSTEMA. The No. 1 Brand In Japan!

Selasa, Mei 20, 2014

Resepi Rendang Itik Sedap

Assalammualaikum semua

Dah minum petang ker belum?
Jom layan rendang itik ikut resepi omak akak. 
Omak den kato ni resepi orang minang.  Nasib baiklah kat sini ado itik..sonang hati den :)

Bahan-bahan
  • 1 ekor itik-di potong 12
  • 1 1/2  sudu makan jintan manis*
  • 1 1/2 sudu makan ketumbar*
  • 1/2 sudu makan jintan putih*
  • 1/2  sudu kecil lada hitam*
  • 15-20 cili kering*- (bergantung kepada kepedasan yang di ingini)
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 batang serai-3kisar- 2 titik hujung
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat di simpul
  • 1/2 kg  santan pekat (beli yang kira kg ajer)
  • sedikit air-nak lembutkan daging itik
  • 1 keping asam keping
  • sedikit minyak 
  • garam
 Cara-cara
1.  Bersihkan itik dengan tepung gandum, bilas dengan air  dan toskan.  Masukkan dalam p/cooker dan masak dengan api perlahan selama 20-30 minit.(kalau itik tua)
2.  Sangai (goreng tanpa minyak) rempah-rempah bertanda *.  Kisar dengan sedikit air.
3.  Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup bersama 3 batang serai.
4.  Tumis rempah-rempah dulu dan bila dah berbau wangi baru masukkan segala bahan no 2.
5.  Biarkan berbau wangi dan kacu selalu dan masukkan pula itik. Masukkan air dan perlahankan api dan tunggu daging itik empuk.  (klu guna p/c x pyh ikut step ni yer)
6.  Kacau dan masukkan santan pekat, sekeping asam keping  dan sedikit air.
7.  Biarkanlah merenih dengan api sederhana  dan masukkan 2 batang serai yang telah dititik hujungnya dan daun kunyit yang telah disiat dan di simpul.
8.  Kacau selalu dan bila dah pekat masukkan garam dan rasa.
9.  Bila dah agak pekat, kecilkan api..takut hangit...dan kacau selalu sehingga kering.(akak gunakan kuali non stick sebab tak melekat kat kuali)
Pagi esok buat puri makan dengan rendang buat sarapan

Isnin, Mei 19, 2014

Produk Serum Rambut NSA Beauty Terbukti Berkesan

Assalammualaikum semua

Tentu ramai yang mempunyai masalah rambut terutama yang memakai sentiasa memakai tudung seharian di pejabat ataupun berjalan jalan sepanjang hari.  Bukan sahaja anda, akak  juga mengalami masalah yang sama bukan.


Tak tahan betul  bila  kepala mengenyam kegatalan, takkan nak buka tudung dan garu depan orang ramai kan.  Rambut pun banyak yang gugur sampai rasa bila ikat rambut, makin lama makin keciklah pulak ikatannya.



Semua masalah ni dapat di atasi dengan Vitamin Hair Serum With Damage Reversal!

Di keluarkan oleh NSA Beauty Sdn Bhd produk ni memang telah terbukti berkesan tau.

Produk rawatan rambut ini adalah berasaskan herba dan dari bahan-bahan semula jadi dan paling penting tanpa menggunakan bahan pengawet yer.  Rambut akan sentiasa kelihatan sihat dan terjaga rapi walaupun bertudung seharian.

Kebaikan  NSA  Beauty Hair Serum

  • Melembutkan dan melembapkan rambut
  • Menyinarkan rambut
  • Rambut mudah di urus
  • Menggelakkan dari rambut bercabang
  • Merawat rambut rosak akibat bahan kimia & alat pendandan rambut
  • Melebatkan rambut
  • Rawat masalah rambut gugur
  • Menghitamkan rambut
  • Melindungi rambut dari sinar UV




ANTARA KELEBIHAN PRODUK :

  • Kulit kepala menjadi bersih dan sihat serta merapikan rambut yang kusut.
  • Masalah rambut bercabang  dan berbuah tidak ada lagi.
  • Menghidupkan sel-sel akar rambut serta mengelakkan rambut dari lesu dan tidak bermaya.
  • Pertumbuhan rambut baru serta menyelesaikan masalah rambut gatal.
  • Menghilangkan sakit kepala, stress dan juga migrain serta mengurangkan demam panas.
  • Yang paling best dapat merawat dan mencegah uban..al maklumlah dah berusia 50 series ni dah tentu uban dah mula ada kan.
Tak percaya!!
Meh tenguk testimonial baik punya dari penggunanya.

testimoni yang menggunakan hair serum ni




Vitamin Hair Serum dengan teknologi Damage Reversal oleh NSA Beauty memang telah 100% terbukti berkesan dalam masa 14 hari sahaja!



Harga serum ni cuma RM75.00 sahaja dan boleh bertahan sehingga 2 bulan.

Berita baik untuk pembelian pertama yer, ada diskaun 10%, caranya anda cuma langgan newsletter di www.beautymart.my

Apalagi jom dapatkannya sekarang juga.

Untuk maklumat lanjut :


Facebook : NsaBeautyOfficial
Jangan lupa LIKE sekali yer

Pembelian Online http://www.beautymart.my/products/nsa-beauty-hair-serum

atau 

SMS/WhatsApp "VHS" ke 010-8805320

Khamis, Mei 15, 2014

Resepi Nasi Goreng Cornbeef

Assalammualaikum
Anak memang peminat nasi goreng, kat sini banyak jual cornbeef halal, akak pernah makan kat restoran Akasia.  Teringin nak cuba buat kat umah.

Bahan-bahannya

  • 2 mangkuk nasi sejuk
  • 1 tin kecil cornbeef
  • 3 batang kacang panjang-potong kecil
  • 10-15 biji cili api - ikut nak pedas mana
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang merah-potong dadu
  • 5 ulas bawang putih-tumbuk
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap cair
  • sedikit serbuk lada putih
  • 1 biji telur
  • garam dan minyak secukupnya

Cara-caranya

  1. Tumbuk bawang putih dan cili api, kemudian tumis bawang besar bersama bahan tumbuk. 
  2. Masukkan  corn beef, kacau lagi, kemudian baru cili kisar dan tumis sehingga wangi baru di masukkan potongan kacang panggang.
  3. Masukkan sos tiram, kicap cair, serbuk lada sulah dan sedikit garam.  Gaul rata baru di masukkan telur di tengah nasi.  Hancurkan telur dan gaul lagi sehingga nasi goreng keluar wap.
  4. Rasa dulu sebelum di hidangkan..akak buh kepak ayam goreng dan hirisan timun.


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...