OOO

Isnin, April 21, 2014

Masak Lemak Cili Padi Umbut Kelapa Dengan Udang

Assalammualaikum
Umbut kelapa ni maniskan..akak suka masak lemak putih ataupun masak lemak kuning, goreng ikan masin dan buat sambal belacan...perghhh


Bahan-bahan
  • 1 umbut kelapa-akak beli 2 hinggit kat sini (potong kecil)
  • 10 ekor udang-bersihkan dan tos
    1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 10 biji cili padi-nak pedas tambah lagi yer
  • 1 batang serai-titik hujung
  • 1 helai daun kunyit-carik dan ikat
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukupnya

Cara-cara
1. Bersihkan umbut dan rendam dengan air garam sekejap.Udang juga dibersihkan.
2. Tumbuk cili api bersama serbuk kunyit dan sedikit garam. Titik serai
3. Masukkan bahan di tumbuk bersama santan  cair dan serai.
4. Masak dengan menggunakan api perlahan hingga mendidih.  Bila mendidih masukkan pula udang dan umbut kelapa.
5. Bila mendidih masukkan santan pekat dan kacau lagi dan biarkan mendidih lagi dalam 5-10 minit.
6. Masukkan garam dan rasalah dulu sebelum di tutup api.
7. Bolehlah di hidangkan.

5 ulasan:

  1. balik kg nanti nak cari umbuk kelapa.Sedapnya Ina jika makan dengan ikan masin serta sambal belacan..berair mulut akak ni.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakina...wah sedapnya lama dah x mkn umbut kelapa ni...

    BalasPadam
  3. selalu makan umbut dengan perut...sedapnya..terliur pulak nengok udang tu,

    BalasPadam
  4. Masakan kampung macam ni memang menambat selera...my feveret :)

    BalasPadam
  5. x prnah saya makan umbut kelapa seumur hidup. Macammana rasanya?

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...