OOO

Khamis, Februari 06, 2014

Resepi Kari Ikan Ala Mamak (Tanpa Santan)

Assalammualaikum semua
Malam baru sempat nak buat N3 blog sebab ada perkara yang tidak di jangka telah terjadi.  Ke hulu ke hilir sehingga badan rasa letih dan lutut rasa sakit semula.

Kat sini ikan memang segar bugar, harga pun lebih kurang sama cam kat semenanjung.  Apa lagi kita buat kari ikanlah yer...tapi tak guna santan cuma guna air asam jawa.  Ikan jenahak ni di basuh dengan air asam jawa dan di toskan.
Bahan-Bahan
1 ekor ikan jenahak sederhana besar (akak potong 4)
4-5 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar cili kisar
5-8 kacang bendi
2 biji cili merah

Bahan Kisar/Tumbuk
1 biji bawang besar
3 biji bawang kecil
4biji bawang putih
1 inci halia

Bahan tumisan
1 sudu kecil halba
3 biji bawang kecil-hiris halus
3 biji bawang putih-hiris halus
1/2 biji bawang besar-hiris halus
2-3 tangkai daun kari
2-3  cawan air asam jawa (ikut nak pekat ataupun tidak)
garam dan minyak secukupnya

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan hirisan dan halba. 
2. Setelah naik bau, masukkan bawang kisar/tumbuk bersama daun kari dan masak sehingga layu
3. Masukkan pula cili kisar, sedikit garam dan serbuk kari ikan, kacau sebati dan biarkan rempah masak dengan menggunakan api yang kecil sambil di kacau selalu.  Masukkan sedikit air bila rempah nampak kering.

Kali ni akak merajinkan diri guna beras yang di sangai dan di tumbuk kasar.  
4.  Akak tenguk geng blogger sheila buat..masukkan beras ni selepas rempah masak/hilang bau.
5.  Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih baru di masukkan ikan dan rasa cukup asam dan garamnya.
6.  Bila ikan dah masak, kecilkan api dan masukkan pula bendi dan cili merah.  Biarkan sebentar baru di tutup api.

10 ulasan:

  1. Sedapnyer...saya pun suka kari tanpa santan tp x penah cuba mdk beras sangai tu :)

    BalasPadam
  2. Salam K.Ina..sedap tu.Bagus masak tak guna santan...tp tetap sedap!

    BalasPadam
  3. Kak Ina memang pandai memasak la,,, terliur den

    BalasPadam
  4. baru je last week husband alin buat kari mamak...

    BalasPadam
  5. Kalau makan kari cenggini sedap makan dengan kicap lemak manis... hehehehe

    BalasPadam
  6. berdendang2 sayang perut SA bila tgok resepi ni..SA memang suka kari mcm ni..senang x yah guna santan sangat..

    BalasPadam
  7. thanks kongsi resipi ni.. boleh cuba weekend nanti huhuu :D

    BalasPadam
  8. boleh cuba resepi nie... best sgt (^_^)

    jemput ke blog saya juga http://mamaleensihat.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum kak Ina, salam ukhuwah,
    Nak tanya kegunaan beras yang disagai dalam kari untuk apa ye?
    1st time saya dgar, org baru belajar mohon tunjur ajar.. :D

    BalasPadam
  10. Waalaikumsalam
    Tujuannya nak nak bagi kuah pekat dan rasa lebih sedap

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...