OOO

Isnin, Januari 06, 2014

Resepi Rendang Ayam Ala Minang Dan Nasi Serai

Assalammualaikum

Sekali sekali buat nasi sedap dan rendang ayam untuk hidangan kami sekeluarga.

Keluarga akak memang suka gunakan resepi rendang ayam macam ni sebab tekak dah biasa makan.

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam-potong 12
  • 20 batang cili kering - ikut kepedasan masing-masing*
  • 2 sudu besar jintan manis*
  • 2 sudu besar biji ketumbar*
  • 1/2 sudu besar jintan putih*
  • 1 sudu besar lada hitam*
  • 15 biji bawang merah#
  • 8 biji bawang putih#+
  • 1 inci lengkuas#
  • 2 inci kunyit hidup#
  • 6 batang serai#
  • 3 batang serai-tumbuk hujung
  • 3 helai daun kunyit-siat dan simpul
  • 1kg santan kelapa
  • 2 cawan air
  • 4 sudu makan kerisik
  • sedikit minyak
  • garam dan sedikit air asam jawa
  • nota..kalau guna ayam bandar masukkan ayam selepas masukkan santan..takut ayam hancurlah pulak..potong 12 yer
Cara menyediakannya
1. Sangai bahan-bahan bertanda * dan sejukkan sebelum di kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Kisar pula bahan bertanda #. Ketepikan
3. Bersihkan ayam dan toskan.
4. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan bila minyak panas, tumis bahan-bahan bertanda #.
5. Setelah naik bau baru masukkan pula bahan-bahan bertanda # yang telah di kisar.
6. Bila dah naik bau, masukkan ayam , gaul rata dan biarkan kecut sekejap.
7. Masukkan pula santan pekat dan 2 cawan air. Biarkan santan merenih dan masukkan serai yang telah ditumbuk hujung dan daun kunyit.
8. Bila sudah agak pekat masukkan kerisik, garam dan sedikit air asam jawa. Rasa dan kacau sebati sehingga kering sedikit.
9.  Bolehlah di hidangkan bersama nasi impit, lemang ataupun ketupat.

Nasi Serai
Resepi diambil dari  Dari Buku Chef Hanieliza (terbaru) - 50 Hidangan Penambat Selera.

Bahan A:-
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 4 batang serai - diketuk
  • 3 sudu makan minyak sapi-akak guna minyak jagung campur mentega
  • 1 pokok daun sup - dihiris
  • 50 gm bawang goreng
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dihiris):-
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
Cara Memasak:-
  1. Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam. Toskan
  2. Panaskan minyak sapi dalam kuali  dan tumiskan bahan B bersama serai dan daun pandan dan tumis sehingga wangi. 
  3. Masukkan beras dan kacau sebenar dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.
  4. Masukkan air, kiub pati ayam dan garam dan masaklah nasi seperti biasa.
  5. Bila nasi kering dan suis periuk nasi naik ke atas, kareh nasi gunakan chopstick dan biarkan nasi masak.  
  6. Tabur dengan daun bawang dan bawang goreng sebelum atau selepas di hidang. 

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak ina. lamanya sheila tak jejak sini. adoyaii sodapnya resepi ni..

    BalasPadam
  2. boleh cuba resepi ni :) terliur pulak..

    BalasPadam
  3. Assallamualaikum Kak Ina..
    Sedapppp... Suka makan rendang ayam macam mana cara sekalipun dimasak..nyummmDmedb..

    BalasPadam
  4. ini kalau ada orang suapkan, mesti best. haha

    BalasPadam
  5. Wahhh tak sempat tunggu nasi serai masak, rendang dah ngap dulu!

    BalasPadam
  6. Rendang nie best kalau kuah dia agak kering... nama AL MINANG tu ada kaitan ngan orang minang ke kak ?

    BalasPadam
  7. Rendang Ayam Al Minang dipasang dengan nasi Majerin. Memang kenalah.

    BalasPadam
  8. assalamualaikum kak ina...
    lama tak singgah sini akak apa khabar..

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum... Boleh cuba resepi nie .. nampak sedap menjilat jari :D

    BalasPadam
  10. Dah lama tak makan rendang, terliur pulak.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...