OOO

Jumaat, November 01, 2013

Mahalnya Roti Gardenia Di Miri Sarawak

Assalammualaikum

Mula-mula naik flight ke Miri bersama Yana akak hairan bila tenguk penumpang banyak yang beli roti gardenia tak kiralah yang harga 0.70 sen ataupun butterscoth yang berharga RM4.00 hinggit tu.

Bukan sedikit tapi satu ataupun 2 plastik besar bawa naik atas.  Masa tu tak tau apakah sebabnya.

Ha kau bila dah sampai kat sana..baru tau roti gardenia payah nak jumpa..roti biasa/roti sedap melambak lambak..harganya lebih murah pulak tu dari sini.
 
Akak pergi ke Giant pun tak dak roti ni. Kali ke 2 baru jumpa tu pun kat pasaraya biasa, harganya..mak datuk...double aaaa...owner kedai dah siap potong harga kat tag tu..cuma letak tanda harga camni ajer.
Ala la la ..boleh mengada gada pulak tekak ni merasa..beli lah juga.  Biasalah, bila ada depan mata, tak ingat nak makan sebab selalu jumpa.   Bila dah jauh dimata, terlalu rindu nak makan lah pulak.

Jadi nikmatilah sepuasnya  apa yang ada di depan matamu itu kerana kamu akan merinduinya bila roti ni susah nak dilihat lagi..mood sedih..

Rupanya baru tau yang dorang ni beli untuk di jual ataupun untuk di buat  cenderamata/ole ole untuk keluarga kat sana.  Roti Gardenia memang tidak di jual di Sarawak dan Sabah
 
Wah..kalau camtu boleh lah akak beli banyak-banyak pastu jual kat tepi jalan besar kat umah akak nanti kan..tentu laku kan.. :)..boleh jadi kakinakayaraya :) mood bervangan..

13 ulasan:

  1. kak ina buka kilang roti garnenia kat sana baru jutawan.. hehhee
    kena makan roti cap lain nampaqknya :)

    BalasPadam
  2. mak oooiii...mahalnya kak...lepas nie boleh plans jual roti di sana....

    BalasPadam
  3. Sepertinya masa sekarang semuanya harga meningkat menjadi mahal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ferry..di semenanjung harganya masih sama..ini harga di miri sarawak..mahai sebab kena naik pesawat

      Padam
  4. kos tambang minyak kapal terbang la tu

    BalasPadam
  5. hehehe Kak ina..pengalaman sama yang ummi tempohi masa di Sarawak dulu, lama-lama terikut-ikut juga beli roti Gardenia bila nak balik ke Kuching, tapi takdelah banyak sebab tinggal berdua je.

    BalasPadam
  6. hoho..tau takpe. masa belajar kat sabah dulu..memang takde rasanya..

    BalasPadam
  7. Sebab kat sabah sarawak byk perusahaan kecil yg jual roti sedap2 nie, jdi kemasukan roti gardenia nie akan 'membunuh' perusahaan 2..sebab 2 xde.. =)

    BalasPadam
  8. tu laaa.. dulu kawan kat Kuching ada bagitau.. memang takde dijual roti Gardenia ni kat Sarawak...

    BalasPadam
  9. Memang boleh buat bisnes kalau dapat supplier tu....yang dalam gambar tu flavor terbaru

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...