Assalammualaikum
Selalunya kalau gi Melaka orang nak pekena ikan bakar selalu gi ke Umbai kan tapi akak ajak ke Alai yang terletak lebih kurang 7 km dari bandar Melaka.
Kami sampai dalam pukul 8.00 lebih selepas jejalan kejap di Hard Rock Cafe Melaka. Orang memang ramai masa kami sampai tapi jangan risau sebab banyak parking dan pilihan gerai yang kita boleh pilih.
Oleh kerana kami parking area tempat ni, owner pula mengajak dengan penuh ramah tamah akhirnya kami pilih rose & ali ikan bakar no 7. Bermacam-macam pilihan yang ada, ikan dan makanan laut yang segar dan yang baru naik dari laut katanya.
Agak lama nak tunggu ikan bakar tapi sementara tu kami pekena otak-otak yang sedap
ambil kepah nii..masak simple ajer
pilihan anak-anak sotong goreng tepung
Oleh kerana kami minta nasi putih bukan nasi lemak, kami kena tunggu agak lama gak nak menjamah ikan bakar ni. Akak pilih ikan pari dan satu lagi ikan jenahak.
Tapi sayangnya dorang salah bagi ikan..dapat ikan yang lain. Malas nak gaduh gaduh, dahlah lama tunggu, perut pun dah lapar terus ajer makan. Nasib baik sedap.
Masa nak bayar akak gi check harga ikan yang salah hantar ni..nasib baik harganya sama..akak lupalah pulak nama ikan ni. Harga termasuk sup sayur dan minuman tak sampai pun RM200.00..oklah kan
Masa nak bayar akak gi check harga ikan yang salah hantar ni..nasib baik harganya sama..akak lupalah pulak nama ikan ni. Harga termasuk sup sayur dan minuman tak sampai pun RM200.00..oklah kan
Location: Ikan Bakar Rose & Ali,
No. 7, Crystal Bay,
Sungai Punggur Alai, 75460 Melaka.
GPS Coordinates: 2.173012, 102.31149
Kaki makan ikan bakar seronoklah.
BalasPadamdah lama tak makan ikan bakar....kat melaka memang banyak tempat ikan bakar....next time boleh try di Alai kat jambatan senget tu sebelah kanan....murah dan sedap....
BalasPadamSaya kalau dah silap tu memang tak puas hati la. harga ikan jenahak selalu nya lagi mahal daripda ikan lain kan kak. Isi ikan jenahak pun sedap.
BalasPadam