OOO

Selasa, September 10, 2013

Enaknya Masakan Tradisional Sarawak-Terima Kasih Blogger Miri

Assalammualaikum
 sila cuba sila rasa juadah linut dan pelengkapnya :)

Besar hati akak bila di jemput oleh Rozi@Alongroz untuk makan tengahari kat umah beliau.  Selama ini kami cuma pm di fb dan komen mengomen di blog masing-masing, akhirnya tiba masanya akak dapat bertentang mata dan pot pet pot pet dengan beliau.  

Nasib baiklah Rozi ni peramah cam akak, taklah akak malu-malu kucing bila datang ke rumah beliau.  Yang buat tak best sebab akak boleh tertinggal hp kat bilik hb..nasib baik ada tab dan hb ingat jalan nak ke situ.  

Bila nak sampai tak ingat simpang mana nak masuk, terpaksa buka fb balik tapi line punyalah lembab, risau gak takut hb ajak balik bila tak tau rumah.  Syukur alhamdulliah bila tunggu 5 minit dapat buka fb dan tenguk map yang Rozi beri.

Terkezutt akak dibuatnya bila tenguk hidangan penuh atas meja.  Macam-macam ada..oleh kerana akak tak ingat dan ada yang tak tau nama masakan ni, akak kena refer kat blog Rozi. 
 Enak kerabu Kacang Botol ni..akak ambil 2 kali
 Dabai & Pusuk Goreng Sambal..pernah tenguk dalam tv kali ni baru tenguk yang sebenar..tak tau nak kata camner ek rasanya
 Itik Palo..sedap aaa..akak tambah 2 kali
 Bubur Pedas..tapi tak pedas sangat pun
candid... beginilah bloggers..
bergambar memang perkara wajib kan..
 Terubuk Panggang..waduh enak bangat..khabarnya tengah musim ikan terubuk kat sana sekarang ni..
 midin aka pucuk paku dan Pucuk Jagung
 lemang yang di makan bersama itik palio
 Pais Sotong dalam daun Nipah..selalu kat sini kita bungkus dengan daun pisang kan..kat sini guna daun nipah..satu kelainan kan
 Pais Bawal dalam daun ubikayu/Sengkil/herba/bumbu botok..sedapp..leh cuba nanti
 Asam Keladi - akak cuma makan keladi ajer 
tapi tak pandai makan camni..
 
  Linut-tak cuba juga
 ulam ulaman di makan bersama sambal
 cilok dari blog Rozi (tq dear)
second round..ambik sikit sebab nak merasa sebab
 perut dah tak boleh isi lagi
Ada lagi hidangan yang di sediakan oleh tuan rumah..kalau nak tenguk boleh ke blog Rozi.

Seronok juga bila tetamu Rozi berbual menggunakan bahasa tempatan.  Ada yang akak faham dan ada yang tak.

Masakan Tradisional Sarawak  Enak Di nikmati
Lauk pauk yang di hidang makanan tradisi
Terima kasih sudi  Rozi dan keluarga sudi menjemput kami
Insyallah jika ada rezeki akan berjumpa lagi

17 ulasan:

  1. murah rezki tuanrumah menjemput tetamu dtg

    BalasPadam
  2. nasib baik jumpa rumah alongroz ye kak ina.. mmg rezeki akak hari tu kan.. sedap2 nampak menu tempahan yg dihidang.. kalau bubur pedas tu sy pernah mkn.. mmg sedap!

    BalasPadam
  3. terubuk panggang tu yang sedap tu. saya duk bintulu ni pun jarang2 membeli..hihi

    BalasPadam
  4. salam kak ina...nampak sedap jer makanan tu semua...

    BalasPadam
  5. salam kak ina..wah macam2 hidangan eh...

    BalasPadam
  6. Syoknya Kak Ina geder2 dgn AlongRoz... :)

    BalasPadam
  7. whoaaa... meriahnya makanan , memang sonok dapat makanan tradisional tue.... rezeki tu

    BalasPadam
  8. Hyaaa... Sedap tengok makanan tu... tapi ada yang pelik dan tak pernah jumpa :)

    BalasPadam
  9. Wah untung akak sudah jumpa kawan yang mempunyai sama minat. :-)

    BalasPadam
  10. sedapnya makanan di Sarawak yea.....

    BalasPadam
  11. best nyer... especially ikan terubuk garam

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum kak ina..heee suka negok pic2 tu...kecik molek cute je rupanya kak along roz tu...meriah juadah...makanan yg x pernah tahu pun ada tu yg buat nak cuba tu........insyaAllah satu hari nnt dpt g srwk...

    BalasPadam
  13. sedapnya..makanan sarawak memang nyaman..jemputlah datang kat sarawak

    BalasPadam
  14. Wow, ada makanan yang tak pernah dengar tapi nampak sedap.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...