OOO

Isnin, September 16, 2013

Cara Masak/Resepi Kari Ayam Sedap

Assalammualaikum semua
Jelez tenguk orang bercuti ke sana ke mari bersama suami dan akan-anak bila dapat cuti 3 hari berturut-turut.  Akak cuba menyibukkan diri gi umah adik, semalam ke 2 jemputan kawin dan hari cuma lepak kat umah bila suami dah bertugas jauh camni.  Nak buat macam mana kan..redha ajerlah.
 

Setiap orang ada cara masing-masing bila nak masak kari ayam kan.  Akak punya stail ini macamlah...ikut cara mak akak ajar.

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam-potong 16
  • 6 ulas bawang merah-tumbuk/kisar
  • 4 ulas bawang putih-tumbuk/kisar
  • 1/2 biji bawang merah-tumbuk/kisar
  • 1 1/2 inci halia -tumbuk/kisar
  • 5 sudu besar rempah kari daging (akak guna babas)
  • 2 biji ubi kentang -dibelah 4
  • 1 kiub ayam
  • 400gm santan pekat
  • 300ml air-terpulang pada kepekatan yang di kehendaki
  • 2 biji tomato ceri-belah 2
  • 2 biji cili hijau-belah 2
  • garam secukupnya
  • sedikit air asam jawa
 Bahan untuk menumis
  • 2 tangkai daun kari,
  • 1 biji bawang besar-dihiris panjang
  • 1 biji bawang putih - dihiris
  • 2 biji bawang kecil
  • 2 bunga lawang, 
  • 4 bunga cengkih, 
  • 3 biji buah pelaga dan 
  • 1 btg kayu manis
  • minyak untuk menumis
 
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis sampai layu dah naik bau.


 
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk dan tumis lagi sehingga layu. Kemudian masukkan rempah daging dan kacau sekejap lalu masukkan 1/2 cawan air dan perlahankan api.
3. Biarkan rempah kari  bersama sedikit air dan masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak sambil dikacau selalu lalu masukkan sedikit garam. 

4. Bila kari dah masak baru masukkan ayam dan ubi kentang dan biarkan air ayam (air yang keluar dari ayam) kering.
5. Masukkan santan pekat bersama air dan biarkan sehingga mendidih dengan api sederhana besar.
6. Biarkan sampai kentang empuk.
7. Rasa garam dan masukkan sedikit air asam, cili dan tomato, biarkan sebentar baru padam api.
8. Boleh makan bersama nasi biasa,nasi minyak ataupun roti.

28 ulasan:

  1. Balasan
    1. eh betul sedap?kalau tak sedap nak rugi apa?

      Padam
    2. Tengokx dah sedap..apalagi klu dah mkn mesti sedap...nak cubalh..

      Padam
  2. eehhh..sama la msak kari..tpi zaza kari kepala ikan merah.. meletop kak ina msak!!

    BalasPadam
  3. sama la cara masak yg macam mak SA ajar..tp until today SA x pandai masak kari..x menjadi..

    BalasPadam
  4. sedapnyaa. simple je. cicah dengan roti pun soooodap buat makan petang2 ni hehehe

    BalasPadam
  5. Saya pula, kalu masak kari ayam/daging WAJIB nak boh kerisik.

    Tengok versi Kak Ina ni, saya pun tingin nak makan. Ajak ler kita datang rumah. Hehehehe!

    BalasPadam
  6. Sama mcm cra sy masak.memg sdp..thniah pd kita..hehe..tp hakikatnye airtangan n keikhlasan kita ni yg myedapkan ape je yg kita masak..kn?hehe

    BalasPadam
  7. wow!tapi resepi ni sama macam resepi mak saya buat.

    BalasPadam
  8. Sama mcm resepi mk sy.hihi..mmg sdp..

    BalasPadam
  9. wife saya pun ada buat roti jala ptg td. rupanya ke laut rasanya blh tahan sedap sedap cicah dengan kari ayam yang dia buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap roti jala cicah dengan kari ayam mat nor :)

      Padam
  10. Alahai..td baru masak kari..tp lupa masukkan halia.pasai apa saya punya kari kuning.takpekat wana oren..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kamu guna serbuk kari apa..akak guna kari babas

      Padam
  11. kalo xde daun kari bole x kaq ina?kalo letak serai lak cmne

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tapi kurang umphh sikit. akak tak pernah lagi buat kari ayam buh serai. tapi apa salahnya kalau kamu nak cuba

      Padam
  12. Letak serai lg sedap..sy slalu taruh serai..wangi :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...