Selasa, Ogos 27, 2013

Resepi Ayam Palembang Sedap

Assalammualaikum semua.

Bila cari resepi sedap nak masak dengan ayam, terjumpa resepi ayam palembang ni.  Bila tenguk kat blog Madiha dan Noor bahan yang di gunakan tak semuanya sama.  Ada yang noor letak..madiha tak letak.  
Akak pun cubalah combin resepi dari mereka berdua ni.  Alhamdulliah menjadi gak resepi ni.  Kicap pekat tu bergantung gak pada jenama apa yang anda gunakan.  

Akak letak kicap manis cap kipas udang..kicap yang paling mahai sekarang ni.  

Tak taulah kenapa naik mendadak harganya padahal kicap jenama lain tak naik harga.  Bila akak tukar ke jenama lain rasanya tak ngamlah pulak dengan tekak akak dan anak-anak.  Kenalah beli gak si kipas udang ni..mahai mahailah.  Kalau tak nak hitam bolehlah di kurangkan penggunaan kicap yer.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam-potong 12
2 biji kentang ~ potong wedges
4 sudu makan cili kisar 
2 cawan santan pekat
3 sudu besar kerisik
3-4 sudu besar kicap manis-kalau tak nak hitam leh kurangkan lagi
1 sudu teh sos tiram
minyak dan garam
sedikit perasa@gula jika suka

sedikit air asam jawa 

Bahan kisar
1 labu bawang besar 
5 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
2cm halia
2 batang serai
sedikit lengkuas

Rempah Penumis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga layang
3 kuntum bunga cengkih
4 biji pelaga 
3-4 tangkai daun kari
1 batang serai-tumbuk hujung

Cara-caranya
1.  Bersihkan ayam, tos dan lumur dengan serbuk kunyit dan garam.
2.  Panaskan minyak dan goreng ayam setengah masak, angkat dan ketepikan.  Gorengkan ubi kentang.
3.  Dalam kuali yang sama, kurangkan minyak dan tumis bahan tumis, serai , cili kisar gaul sebati.
4.  Masukkan pula bahan kisar  dan tumis sehingga naik bau.  Masukkan ayam dan gaul lagi sebati.
5.  Masukkan santan, sos tiram dan masak dengan api sederhana sambil sesekali di gaul mesra.
6.  Masukkan kicap, air asam jawa, kerisik, sedikit gula, garam dan biarkan kuah menjadi pekat.
7.  Bila kuah pekat bolehlah rasa dulu cukup perisa barulah di padam api.
8.  Enak di hidangkan dengan nasi biasa, nasi sedap, ketupat dan juga lontong.

10 ulasan:

  1. time open house haritu dah buat. tu pon first time try buat. teros jadi. alhamdulilah. kawan2 pon puji sedap siap minta resepi :)

    BalasPadam
  2. Rajin kak ina masak... semua nampak sedap...

    BalasPadam
  3. kicap mahal tu jugaklah pilihan family kami
    tp kenapa la mahal sgt skrg ni
    sy dah cuba kicap jenama jalen
    sedap jugak ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk dlm paper aritu zara food industry ni guna teknologi baru dr italy kot n kacang soya premium import dr kanada..Tu yg harga jd mahal..

      Padam
    2. Ooo yer ker...kalau guna bahan yang berkualiti dan guna teknologi tinggi tak apalah beli dengan
      harga yang sedikit tinggi kan

      Padam
  4. Tengok pada gambar tu pun rasa nyer sedap ayam palembang ni. Terliur saya kak.

    BalasPadam
  5. Wahhhh sedap nampak nyer akka nnt nk cuba gak lah :)

    BalasPadam
  6. Kelihatannya sedap
    Terima kasih atas resepnya :D

    BalasPadam