OOO

Jumaat, Julai 05, 2013

Hard Rock Cafe Melaka

Assalammualaikum
Hari yang memenatkan sungguh..
Dari jam 7.00 pagi dah gerak ke sekolah anak-anak sebab hari ni ambil report card ..kena jumpa cikgu dan tanya tentang hal anak-anak di sekolah.

Mula-mula ke sekolah imran...tahun ni imran ambil periksa UPSR dan PSRA.  Hasilnya taklah mengecewakan akak sangat sebab akak tau kemampuan anak akak.  
Lepas tu tekan minyak gi ke sekolah Ira di Rawang pula.  Anak perempuan ni rajin sikit..walaupun ada gak subjek yang tak dapat A..tak kisahlah..nak buat camner..janji dia dah berusaha dan berdoa.  Semuga ibubapa nakkan anak-anak berjaya kan...tapi bila tak berjaya janganlah nak pot pet pot pet..takut anak-anak tension..kecian ..

Masa gi cuti-cuti ke Melaka , anak-anak lelaki akak nak gi ke sini.

Akak ni bukanlah minat sangat ..dan suami.  Masa gi ke Bangalore sempat gak gi ke Hard Rock Cafe Bangalore/Bangluru  .. kami sempat singgah beli apa yang patut kat situ.  
Masa duk kat Jakarta pun pernah pegi ..tapi dah lama dah..tahun 2007.   Masa cuti kat  Pulau Pinang anak-anak akak ajer yang pergi ke situ. Bukan beli apa pun..  mereka  suka beli t shirt kat sini.
 Yang bayo..hb akak lah
Dekat Jonker Walk. syurga membeli-belah  untuk pengumpul dan juga pembeli barangan antik...harga pun boleh tahan tapi kena pandai cari dan tawar menawar. 
Yang jadi masalah..jalan nak ke sini sesak...nak cari parking pun payah terutama bila cuti sekolah ataupun cuti perayaan.  Ramai betul suka jejalan kat Melaka yer..

Hard  Rock Cafe Melaka
No.28 Lorong Hang Jebat 
75200, 
Melaka, 
Malaysia.

2 ulasan:

  1. saya pun tak pernah pergi hard rock cafe melaka ni kak. tapi hari2 lalu situ nak pegi keje..hehe

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. bestnya lama tak berjalan kat Melaka :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...