OOO

Jumaat, Jun 14, 2013

Resepi Ayam Vindaloo Masakan Berkhasiat Menggunakan Nestle Yogurt Set Asli

Kalau anda nak tau, yogurt adalah sejenis produk susu memang banyak khasiat yang baik untuk kesihatan badan kita.  Walaupun memiliki rasa masam yang segar dan sedikit manis, Nestle Yogurt Set Asli juga boleh di makan begitu sahaja.  

Baunya juga unik dan jika sudah biasa merasainya, rasa masam itu akan menjadi lebih sedap kerana ianya sememangnya makanan yang amat baik untuk di amalkan setiap hari.

Selain dari tidak ditambah gula, tiada pewarna tiruan, rendah kandungan lemak, Nestle Yogurt Set Asli sesuai untuk menggantikan santan, mayonnaise, Krim Masam dan lain-lain kerana ianya lebih berkhasiat

Setiap 100gm hidangan Nestle Yogurt Set Asli hanya mengandungi 57 kalori dan 1.6g lemak berbanding 28.3g lemak sekiranya menggunakan santan. Bagus bukan, selain dapat menjaga kesihatan, yogurt juga lebih mudah di cerna oleh tubuh badan di bandingkan susu yang  sesuai untuk akak yang hampir memasuki usia 50an dan juga untuk anak-anak akak.

Selain dari sedap di makan begitu sahaja Nestle Yogurt Set Asli, ia juga sesuai untuk menambah rasa hidangan. Rasanya yang enak dan sempurna membuatkan yogurt ini sesuai untuk di jadikan sos asas pencecah, menjadi perapan yang enak dan sempurna dan juga melazatkan pencuci mulut untuk seisi keluarga.
 
Akak nak kongsi satu resepi tengahari/malam yang menggunakan Nestle Yogurt Set Asli  iaitu Ayam Vindaloo.

 

Bahan-bahan

Bahan A
6 camca besar       Yogurt Asli NESTLÉ
1 camca besarJus lemon
1 camca besarBawang putih yang telah ditumbuk
1 camca kecilStok ayam pekat MAGGI
½ camca kecilLada hitam yang telah dikisar

        500gm kepingan ayam

 

Bahan B

1 camca besar  Sos Tomato MAGGI
1 pek Pes Kari Ayam MAGGI



1 biji tomato di dadu
1 biji bawang besar di dadu
2 tangkai daun kari
2 camca besar minyak
3/4 cawan air
1 tangkai daun ketumbar
garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Penyediaannya

1.  Perap daging ayam dengan bahan-bahan A selama beberapa jam ataupun semalaman di dalam peti ais.

  2.  Panaskan minyak dan goreng pantas bawang sehingga lembut dan naik bau.

3.  Tambah daun kari, tomato dan 

Pes Kari Ayam MAGGI. Goreng pantas sehingga naik bau.

 4.  Tambahkan ayam yang telah diperap, Sos Tomato MAGGI dan air. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan daging ayam masak sepenuhnya.Tambahkan perasa jika perlu. 



Tabur daun ketumbar di atas dan hidangkan bersama nasi atau roti.

Senang ajer nak masak  ayam vindaloo ni kan.  Menggantikan santan dengan Nestle Yogurt Set Asli
adalah cara terbaik yang patut di amalkan sentiasa sewaktu menyediakan hidangan untuk seisi keluarga.

Keluarga saya memang memuji masakan ayam ini, tak sabar rasanya nak sediakan pula untuk dihidangkan bersama sanak keluarga pada hari raya nanti



 

Website Dear Nestle Banyak Resepi

Gambar Menarik Menaikkan Selera

Gunakan Nestle Yogurt Set Asli  Setiap Hari

Untuk manfaat diri sendiri Dan Seisi Keluarga

"I was paid by Nestle for this blogpost".

17 ulasan:

  1. nampak menarik.. saya takut betul kalau gantikan santan dengan benda lain takut tak sedap..huhu
    boleh cube nanti ni.

    http://akutaksunyi.blogspot.com/2013/06/diriku-demam-time-ni-la-nutriferon-dah.html

    BalasPadam
  2. boleh cuba nih. rasanya ok ke kak ina?

    BalasPadam
  3. Ya Allah sedapnya masakan Ayam Vindaloo ni kak Ina... dan nampak gaya macam tak terlalu susah nak mencuba...

    Yogurt mmg sgt bagus utk kesihatan... setahu sy, org Arab mmg amalkan makan yogurt setiap hari, yg masam2 tuu... bukannya berperisa. mmg asli. boleh mencuci perut katanya ;)

    BalasPadam
  4. baru tahu boleh guna yogurt :)

    BalasPadam
  5. mcm best je, nak try lah nanti. thanks for sharing kak ina :) by the way, MIL saya pun slalu masak curry taruk yogurt. pakistani style :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh baguslah kalau camtu..kamu pun boleh gak masak macam mil kamu tu nadine

      Padam
  6. assalamualaikum kakina...sedapnya tengok...;)

    BalasPadam
  7. alamak kak, lapar dah ni...sedapnya tengok apatah lagi akak yang merasa :)

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum kak ina. Apa beza ayam vindaloo ni dgn kari? Sbb dia guna yogurt instead of santan ke?

    *kak kita pun penah jumpa hokey.. tp takde pun dlm list sukanya dah jumpa itewwwww... Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh yer ker lydsunshine
      nanti akak letak yer..lupalah

      Padam
  9. aduh lapar perut tengok kari ayam tu.. huhu

    BalasPadam
  10. Ada resepi boleh cuba nanti hihihi tq nani ats resepi ni

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...