OOO

Isnin, April 08, 2013

Resepi Sos Meatball Ala-Ala IKEA

Assalammualaikum semua
Kami anak beranak memang suka makan meatball..kali ni buat sendiri sosnya..tak rajin buat meatball...akak beli ajer kat pasaraya.  Ok gak rasa meatball jenama MARINA ni.  Satu kotak tak cukup....akak buat 2 kotak sebab ramai askar..tu pun mereka kata tak cukup..sabar ajerlah.

Ada macam-macam resepi..kalau nak guna cara lain pun  boleh...cari ajer kat google.

Bahan-bahannya
1 kotak Meatball jenama MARINA 
Kentang wedge

1.  Goreng dengan sedikit minyak zaitun dengan api sederhana kecil.
2.  Balik-balikkan selalu sehingga meatball masak.
3.  Angkat dan ketepikan 
4.  Goreng pula kentang wedge.

Gravy/Sos
2 sudu besar butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang holland - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cawan air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati daging
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
sedikit garam dan gula secukup rasa
 

Cara-caranya


  • Tumiskan sebentar bawang holland dan tomato dengan sedikit minyak jagung sehingga layu.
  • Angkat dan ketepikan.
  • Cairkan butter dan masukkan tepung gandum dan goreng hingga warna bertukar coklat (api sederhana).
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau selalu takut bergentel.
  • Masukkan pula  susu segar/susu cair.
  • Masukkan pula sos tiram, kicap, gula, garam dan lada hitam. Biar mendidih lagi.
  • Akhir sekali, masukkan bawang dan tomato yang telah ditumis tadi dan biarkan mendidih lagi .
  • Bila dah cukup rasa padamkan api dan sejukkan sebentar.
  • Kisar sos sehingga bawang dan tomato hancur dan panaskan sebentar barulah dihidangkan.
  • Hidangkan bersama wedges dan jem strawberi.
p/s Kalau nak ikut resepi sos yang ni pun boleh..sedap gak rasanya..klik kat SINI


12 ulasan:

  1. nampak sedap je,terliur.. huhu

    BalasPadam
  2. alahai sedapnya kak, lapau plak rasanya.
    kena cuba buat ni.
    thx utk resepi tu.

    BalasPadam
  3. x perlu ke IKEA la lagi kak ina kan? hehehe

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kakina...sedapnya bila tengok...:)

    BalasPadam
  5. Kak ina sedapnya, tq kongsi resepi, insyaAllah nak cuba juga ni.

    BalasPadam
  6. wow! nampak mcm meatball ikea la... pandai akak! sedapnyaaa!!!

    BalasPadam
  7. bikin terliur petang-petang ni...mesti sodap lah

    BalasPadam
  8. sedap.. terliur.. tiba2 ingat ikea. nak buat sendiri x pandai hehehe

    BalasPadam
  9. kak..tumpang amik resepi ye....cammmm lama mengidam nak makan tapi tak makan2...lagi2 masa ikea ada prob pasai meatball nie

    BalasPadam
  10. kak..tumpang amik resepi ye....cammmm lama mengidam nak makan tapi tak makan2...lagi2 masa ikea ada prob pasai meatball nie

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...