OOO

Selasa, Februari 12, 2013

Tempat Menarik Di Kuala Terengganu

Assalammualaikum semua

Cuti panjang Tahun Baru China ramai yang mengambil kesempatan jalan-jalan bersama keluarga tersayang dan kenalah bersedia menghadapi kesesakan jalanraya di sepanjang jalan keluar dari Kuala Lumpur tak kiralah ke utara, selatan, timur dan barat.

Nasib baik akak dah jejalan ke Pantai Timur minggu lepas, perjalanan lancar..kami tak menghadapi sebarang masalah nak ke mana-mana. 


Selepas maghrib kami ke Pantai Batu Burok salah satu pantai yang popular dan terletak 1 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.

Oleh kerana kami pergi di waktu malam, tak dapatlah kami melihat keindahan pantai ini tetapi kami melihat ajer gelagat para pengunjung di situ.  Terdapat juga gerai-gerai yang menjual makanan, minuman dan pakaian.
 
Kemudian kami singgah pula di Masjid Tengku Tengah Zaharah berhampiran dengan Taman Rekreasi Kuala Ibai. Terletak di tepi jalan yang menjadi laluan utama hendak ke Kuantan.

 Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Lokasi masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Sebenarnya masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.

Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.

Keluasan masjid ini ialah berjumlah 1,372 meter persegi dan menaranya setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.

Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan.

Sumber : google 

Kemudian kami ke Kuala Terengganu Waterfront yang terletak di sepanjang Jalan Hiliran di Pulau Kambing, Kuala Terengganu Waterfront atau lebih dikenali dengan nama KT Waterfront adalah sebuah taman awam yang dibina di tebingan Sungai Terengganu
 

Kami juga jejalan di Pulau Warisan yang mempunyai lampu-lampu yang cantik seperti di ICT Shah Alam. 

Banyak lampu-lampu cantik menghiasi sepanjang sungai dan terdapat juga aktivti ATV di sini.  Kebanyakan orang datang sini ialah untuk mengambil angin malam dan menikmati pemandangan  di waktu malam bertemankan cahaya lampu yang menarik.

Kemudian kami ke Chinatown (Kampung China)..tak turun pun sebab dah malam..insyallah jika pergi lagi ke sini..akak nak jejalan ke sini pula.

Marilah melawat Terenggau sempena Tahun Melawat Terengganu 2013


18 ulasan:

  1. akak, awat mai tganu tak calling2 saya...boleh saya jadi tourist guide..next time mai tganu pls inform me ya ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala seganlah nak susahkan kamu dik oii..insyallah kalau datang lagi akak bagitau yer

      Padam
  2. dni tak gi lagi ke Pulau Warisan tu. teringin sangat :)

    BalasPadam
  3. banyak jugak yg menarik di trengganu eh kak ina...harus terjah ni..

    BalasPadam
  4. Wah bestnyer balik kg Nurul.. Memang byk sgt tempat menarik kak ina.. terutama sekali bab makan.. fuuuhh sedap.. (over puji kg sendiri nih) hehehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang byk tpt menarik..belum berkesempatan nak gi ke pulau yang menarik di situ..

      Padam
  5. Salam perkenalan kak..done polow sini...seronok jugak yer jenjalan kat tgganu. Mesti bnyk shopping kan? hehehe

    BalasPadam
  6. info terbaik dari kak ina nih.. ^_^

    BalasPadam
  7. insyaallah akan jelajah ke trengganu satu hari nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah yer tuan denaihati..
      nanti leh jumpa rakan blogger dari sana pula

      Padam
  8. Semoga suatu saat nanti bisa singgah di Tereangganu

    BalasPadam
  9. Ganu ni dulu lagi cantik tapi sekarang pun masih lagi , makanan dia umphh kan Kak Ina.

    BalasPadam
  10. Dah lama x jejak kaki ke KT...

    BalasPadam
  11. mari Ganu mesti beli sutera buat kenang2an.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...