Hari Khamis lepas akak hantar mak gi ke rumah saudara yang akan mengadakan
majlis perkawinan anak perempuan bongsu pada hari Sabtu.
Akak ke hospital dulu bawa Imran nak check lagi tangan dia dah baik betul ker belum? Syukur alhamdulliah tangan Imran dah sembuh sepenuhnya.
Bila gi umah orang kawin, tuan rumah memang ada sediakan 'doorgift' untuk di beri kepada tetamu yang hadir tapi sekarang ni dah jadi trend doorgift memang makin lama makin gempak kan. Teringat masa akak masih kecik, dulu pun memang tuan rumah bagi telur ajerk sebagai door gift..masukkan ajer telur dalam tisu merah pastu ponjot kiri dan kanan.
Masa tahun 80 an..masa majlis perkawinan akak pula..akak dan kakak bertungkus lumus anyam riben besar buat bentuk ikan pastu masuk telur dan stapler.
Sekarang ni dah jarang kan dapat telur bila gi majlis orang kawin.. Dah jadi trend orang dah banyak bagi cake, gula-gula, coklat dan macam-macam lagi.
Tapi ibu pengantin perempuan masih ingin mengekalkan tradisi dengan memberi telur/bunga telur kepada keluarga dan juga tetamu yang hadir dan di beri bersama gift yang lain. Itu semua hendaklah mengikut kemampuan pihak keluarga pengantin tak kira pengantin lelaki ataupun perempuan.
Pada pagi Jumaat yang mulia semalam pihak pengantin perempuan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran atau dalam bahasa Melayunya.. tamat baca Al-quran diadakan sebagai tanda kesyukuran serta mengiktiraf pembaca itu menghabiskan bacaan Al-Quran keseluruhannya.
Para jemaah yang terlibat secara langsung dalam majlis adalah di kalangan wanita sahaja.
Biasanya dalam majlis khatam Quran, seorang guru atau ustazah dipanggil untuk menyemak bacaan yang di baca semasa majlis ini.
Ayat-ayat Al-Quran dari surah-surah yang terakhir dalam Al-Quran bermula dari surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas akan diperdengarkan kepada tetamu.
Dan macam biasa sesuai dengan adat Melayu, sekuntum bunga telur dan sedikit saguhati akan dihadiahkan kepada tetamu dan diikuti dengan jamuan makan.

Ehhh ada gak muka dak kecik ni...anak buah pengantin yang paling kecik ..setakat nilah :)
Pengantin perempuan di apit oleh sepupu sebelah kiri dan anak buah sebelah kanan. Setelah tamat guru/ustazah akan membacakan doa khatam Al-Quran,
menandakan si pembaca tersebut sudah diiktiraf tamat membaca Al-Quran.Dan macam biasa sesuai dengan adat Melayu, sekuntum bunga telur dan sedikit saguhati akan dihadiahkan kepada tetamu dan diikuti dengan jamuan makan.
Meriahnya. Saya dulu berdebar sangat baca quran depan orang ramai. Baca sorang-sorang pulak tu. Dah gementar banyak plak salah. Hahah
BalasPadamTeringat m.cik yg kwin thun 80 an....telur siap warna lagi....pastu buat door gift ikat pakai tisu je....old skol...mna la nak dpt skrng....hihi...
BalasPadamtu dia..BK teringt time BK khatam waktu akk2 n abg BK kwin
BalasPadamnk buat doorgift bg katak diselitkn dgn link blog..
BalasPadamhihi
salam kenal..ila follow sini =)
BalasPadammeriah majlis khatam quran ni. betul, sekarang tetamu istimewa yg selalu dapat bunga telur. telur masin pun ada.
BalasPadambestnye dapat kawin..buat majlis khatam alquran lagi.. saya khatam pun xde majlis..nak tunggu kawin..hmm..xde harapan je rasanya..huhu..redha jelah..cedih bila mengenangkan nasib.. tapi bila tengok org kawin.. seronok..
BalasPadamdoor gift saya masih prefer bagi telur. macam saya, kalau dapat telur kemain suka.tapi telur sekarang dah mahal dah. paling tak suka kalau bagi gula-gula kat bebudak. anak saya kalau dapat sweets dorang akan letak tepi atau tinggal atas meja, sbb dorang takleh makan sweets. taipi itulah ikut kemampuan masing-masing
BalasPadam