OOO

Sabtu, Januari 12, 2013

Durian Bukit Sedap

Assalammualaikum semua

 
Balik dari Cameron Highland kami ambil keputusan jalan keluar  ikut Tol Jalan Simpang Pulai..ingat nak singgah kat Ladang Teh BOH Sg PalasBoh Sungai Palas ..konon nak tenguk tempat lisa, maya karin dan aaron aziz berlakon kat situ...ala dalam filem Ombak Rindu tapi bila tenguk jalan nak ke situ dengan kotor dek tanah merah ..terus tak jadi pi.

Betullah kata sape yang pernah lalu ikut jalan ni..jalan luas...taklah berbelok belok macam ular di palu bila naik dari Tapah.  

Seronoknya bila ternampak banyak orang asli jual buah durian bukit. Tertunai gak hasrat di hati Yana dan kami semua nak merasa durian original sebab masa ikut jalan bengkang bengkok semua tak lalu nak makan durian sebab kepala dah ting tong ...tekak dah rasa mual. 


Ada beberapa penempatan orang asli di sepanjang jalan ke Simpang Pulai dan salah satu pendapatan sampingan mereka ialah menjual  durian bila tiba musimnya.  Penjual ni kata ..encik ni durian bukit.

waduh bestnya sebab family kami tak berapa suka durian kacukan cam Musang King dan sewaktu dengannya.

Oleh sebab tak banyak pilihan hb tak  jadi beli kat sini.  Kami pi ke gerai sebelah..rasanya jiran ataupun suku sakat mereka gak kan.
 
Satu longgok baru RM10.00 ada yang 3 biji dan ada yang 4 - 5 biji bergantung kepada besar durian.  Murahnyaaa...terus kami borong kat sini.  Kami suruh buka 1 biji dan panggil anak-anak merasa keenakan durian bukit di sini.
Durian bukit lebih kurang cam  spesis durian kampung. Rasanya lemak, sedikit pahit dan manis..buahnya pun tak besar sangat..lebih kurang 1 kg ajer kot kalau di timbang. 

Memang berbaloi beli buah durian bukit ni..dahlah tak payah timbang..murah pulak tu.  Alhamdulliah memang rezeki kami dapat merasa keenakan durian bukit sebab tengah musim.  

Best tul semua durian yang kami beli isi sedap...berbaloi baloiiiiiii






8 ulasan:

  1. Jalan2 malam,pastu terstop kt blog kak ina cni..terliurnyer nana tgk durian ni..mmm,nyumyy2

    BalasPadam
  2. best tu kalau dapat makan kat situ jugak

    BalasPadam
  3. Murah tu, tapi setakat ini mampu makan 2 ulas je sekali. Lepas tu memang tak boleh isi dah.

    BalasPadam
  4. durian bukit memang sedap sekali. hehe

    BalasPadam
  5. klu dah banyak tue memang berbaloi la

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...