OOO

Rabu, Disember 26, 2012

Makan Makan Di Hotel Heritage Cameron Highland

Assalammualaikum semua.

Imran memang batuk dari rumah lagi...makan pun tak ada selera.  Kami bertolak dari rumah ke CH dalam pukul 9 lebih.  Sebelum singgah dulu pekena roti canai tapi imran makan sikit dan minum air milo saja.  Yana bagi minum ubat batuk sebelum memulakan perjalanan.  Bila dah pekena ubat batuk tentulah lalok kan.

Sepanjang perjalanan ke CH, Imran tidur..kalau jaga pun tanya..jauh lagi ker?
Masa naik ikut jalan cam ular di palu dari Tapah..air muka Imran dah lain macam..akak siapkan plastik dan minyak chap kapak.
Bila sampai di Ladang Tea Bharat Cameron Highland sempatlah Imran minum teh dan berposing bersama kakak dia di situ.  Tapi dalam perjalanan naik balik ke atas, dia terasa pening..tak larat nak jalan.  Terpaksalah berehat sebentar kat sini.

Kami cadang nak gi lunch kat Pekan Tanah Rata, tapi jalan jemlah pulak..Imran dah pucat..mungkin kelaparan sebab tak makan apa-apa ..lagipun dah dekat pukul 2.00 petang.
Nasib baiklah ternampak Hotel Heritage..tempat kami menginap di Cameron Highland..lega tak payah tempuh jalan yang sesak.  Nasib baik boleh check in..letak beg dan suami ajak gi makan kat sini ajer.  Tak berbaloi nak tempuh jalan sesak semata-mata nak makan kat Tanah Rata.
Nasib baiklah ada bubur nasi dalam menu..terus order untuk Imran..sedap pula bubur ayam ni..mangkuk pun besar.
Semua gelak bila akak order nasi goreng kampung..sekali tiba 
akak rasa happy sebab macam-macam ada
Ira order pizza..sedap gak pizza ni dan besar gak saiznya..tak habis makan kami selamba tapau
Puas hati fish and chip ni..ada 2 ketui..besar pulak tu...yang paling best sebab isi ikannya fresh..
Yana teringin nak makan steak..menu yang paling mahai ...amboi sekali sekali Yana pau ayah dia.  Puas hati makan kat hotel ni..harga pun idaklah mahai sangat pun.   Insyallah jika ada rezeki dan umur leh makan kat sini lagi.

6 ulasan:

  1. fuh,sedapnyaaaa

    selamba je,xbaik membazir

    BalasPadam
  2. Waa nasi goreng kampung yang complete tu kak ina..best!

    BalasPadam
  3. slrppp ! makanan sangat-sangat menggoda anak tekak :)
    imran tak boleh jalan jauh kek kak ?
    atau sebab jalan bengkang bengkok je ?

    BalasPadam
  4. Nasi goreng hotel ... mesti extra kan....siap ada satay tu...puas hati...

    BalasPadam
  5. hoho..terbaiklah. jadi lapar nih..

    BalasPadam
  6. saya ni bila laa nak sampai CH kan. umur dah 30 tahun. kesian btol :(

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...