OOO

Khamis, Oktober 11, 2012

Masak Lemak Cili Padi Sardin Dan Pucuk Ubi

Masakan kampung camni memang best kalau dapat makan sekali sekali. 
Bahan-bahan

  • 10-15 biji cili api-nak pedas..tambah lagi ye...
  • 1 tin besar sardin-akak suka guna cap ayam
  • 500gm santan pekat-1/2kg
  • 500gm air-agak-agak
  • 1 ikat pucuk ubi-selalunya akak beli RM1.00-rebus dan tos.
  • 1-2 keping asam keping
  • 2 batang serai-dititik
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 helai daun kunyit-disiat dan di ikat
  • garam secukupnya 
Cara-cara 
1. Tumbuk cili api bersama serbuk kunyit, halia, kunyit hidup dan sedikit garam.
2. Titikkan serai dan masukkan semua bahan ke dalam periuk.
3. Masukkan santan pekat bersama air (terpulang samada nak pekat lagi ataupun nak cair) dan biarkan ia mendidih dengan api perlahan dan kacau selalu ye...tinggalkan sedikit santan pekat.
4. Bila telah mendidih..masukkan sardin bersama sosnya dan biarkan ia masak dengan menggunakan api yang perlahan dalam 10 minit.
5. Kemudian masukkan pula pucuk ubi dan daun kunyit.
6. Biarkan sebentar , masukkan santan pekat, biarkan mendidih sekali lagi, rasa cukup asam garam dan bolehlah di tutup api. Sedap di makan dengan nasi panas-panas dan ikan sepat masin..


layan dengan ikan sepat masin goreng...

9 ulasan:

  1. kak ina, masuk dgn sos tomato yg dlm tin sadin tu ye... owh... tp x jadik merah pulak ye kuah nyer...

    BalasPadam
  2. kelmarin buat resepi ni..meletop hihihi...myhubby kate lainkali bleh buat lagik ;)

    BalasPadam
  3. sardin tu mmg sedap..penah buat ;)

    BalasPadam
  4. sedapnya kak. telan airliur ni! faverettt..

    BalasPadam
  5. Tak pernah pula cuba sardin masak dengan pucuk ubi kayu,,,sedap ke Kak Ina?

    BalasPadam
  6. Waah Kak Ina.. lauk sardin cili api nie mmg feveret saya nie.. aduss..sabo je nengok lauk akak nie..heheh..

    BalasPadam
  7. dap nye kakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.. terliur la tgk

    BalasPadam
  8. O.O' akak lov baru tau sarden jgk boleh dibuat msk lemak cili padi wit pcuk ubi..

    sblm2 ni xpenah jumpe or dgr pun psl ni...sedapnyer ..leleyh2 da air lio ni..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...