OOO

Ahad, September 23, 2012

Gambar Terbaru Hajjah Mazuin binti Hamzah - Betul Ker Ni?



kredit : google
Bila akak google cari gambar pengantin dan Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Diraja Anak Sultan Brunei 
 kredit : SINI
Puteri Sultan Brunei, Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dinikahkan dengan Pengiran Haji Muhammad Ruzaini di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien sebab tak puas tenguk gambar kat dalam berita....tiba-tiba terjumpa satu gambar yang di cari-cari oleh ramai orang di Malaysia di salah satu laman blog.


 
Gambar ini  macam ada iras muka Mazuin kan...tapi
lainkan wajah Mazuin bila berambut panjang

Bila baca selanjutnya memang betul ini adalah Hajjah Mazuin binti Hamzah bekas Isteri kepada  Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisura Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Pengiran Sufri. 

Kalau nak tenguk video perkawinan anak Sultan Brunei kat SINI

Gambar ini  diambil sewaktu Hajjah Mazuin Hamzah menghadiri Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja yang berlangsung di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada malam 19.09.2012 lepas.
Hilanglah kerinduan akak sebagai peminat Mazuin Hamzah bila dapat menatap gambar terbaru Mazuin ini.  Tertunailah hasrat di hati sebab masa buat N3 ini..puas cari gambar terbaru Mazuin tapi tak jumpa di google.  

Kalau sape yang nak tau.. nilah kisah Mazuin dahulu.
Pada tahun 1987, Mazuin telah menjadi artis pertama di negara ini yang diangkat sebagai Permaisuri kepada kerabat diRaja apabila berkahwin dengan adik Sultan Brunei.

Mazuin telah dilamar oleh kerabat diRaja tersebut dengan wang hantaran RM1 juta, setelah Pengiran Sufi jatuh hati dengan Mazuin ketika dia mengadakan persembahan di negara tersebut.

Malangnya, perkahwinan selebriti ni hanya bertahan selama 17 tahun dan terlerai ikatan diantara keduanya pada tahun 2004.

Sekarang ni, khabarnya Mazuin dan anaknya telah menetap di Singapura setelah lama bermastautin di London..

Apapun, jodoh pertemuan ditangan Tuhan SWT,  kita cuma  mampu merancang tapi semuanya di tentukan olehnya.    


Kisah percintaan dan perkawinan Mazuin dulu adalah ibarat kisah cinta/perkawinan  Prince Charles dan Princess Diana tau...cam  cerita dogeng Cinderalla pun iyer juga..al maklum penyanyi fofolur Malaysia berkawin dengan adik Sultan Brunei sekarang. Memang hebat masa tu..ada liputan kat tv lagi.

Mungkin generasi baru tak kenal kot..yang kenal kebanyakkannya baya akak ajer kot. 


Sumber : http://tengkusyah.blogspot.com

31 ulasan:

  1. masa mazuin kawin, saya sekolah rendah lagik, tapi tahu le sikit2 pasal majlis perkahwinan tu

    BalasPadam
  2. ada iras2 muka amy mastura kan? hehe

    BalasPadam
  3. ermm .. macam kak ina saya pun sentiasa rindu nak lihat wajah qute Mazuin ni. Wajahnya tak jemu di pandang tapi itu dulu. Pastinya kini wajahnya turut berubah .. yer lah .. semua orang makin tambah usia kann .. so pastinya ada kelainan. Dulu rambut mazuin curly ..tapi kali ini lurus .. so sedikit sebanyak raut wajah turut berubah. Namun gaya senyuman tetap sama .. sebab ' gigi' manis tu masih di situ :)

    BalasPadam
  4. sy kenal, kak. retis jaman kakak sy neh

    BalasPadam
  5. Mazuin n amy mastura klu tak silap memang sepupu... :-)

    BalasPadam
  6. saya suka baca kisah mazuin masa dia kawin dengan anak raja dulu..tapi muka dia sekarang lain ler..tak comey cam dulu dah..

    BalasPadam
  7. betul..betul..ramai yg muda2 x kenal dia ni sgt...ada yg kenal nama je...
    mmg da lama x de citer ttg artis ni..

    BalasPadam
  8. yela dah berumur takkan nak sama je muke nya hehe..saya pon tau mazuin ni..

    BalasPadam
  9. mama penah sebut nama die...tp ni bru tgk pic..thanks kak (^_^)

    BalasPadam
  10. me kenal sbb kakak me sgt minat mazuin ni :)

    BalasPadam
  11. mazuin dan amy mastura sememangnya sepupu...ibu mazuin kakak kpd ayah amy mastura...saya dan mazuin dua pupu...datuk saya merupakan adik kepada nenek mazuin...zaman saya kanak2 sewaktu nenek2 saudara kami masih hidup mazuin dan family slalu balik ke kg di rumah pusaka moyang kami, tapi skarnag masa dah berubah..semuanya hilang entah ke mana tanpa berita...

    BalasPadam
  12. kak, nama saya pun Mazuin.. Mazuin Salimi..heheheh. mak bg nama camtu sbb dia peminat Mazuin Hamzah ;)

    BalasPadam
  13. Biler mazuin berambut pjg nie sama ngan amy mastura....tetap maintain muder jelita gitewww

    BalasPadam
  14. sy kenal... masa tu sy kecik lg tp kenal mazuin gak...

    sepupu kpd amy mastura kan... mmg mereka seiras pun ;)

    BalasPadam
  15. kak Ina, saya lebih kurang sebaya mazuin..mmg peminat Mazuin habis masa sekolah dulu ... banyak simpan gambar dia bersama Quanary "M" - betul ke eja tu? hehe tapi bila saya sambung belajar ke USA, terima berita Mazuin kahwin dgn kerabat di Raja Brunei ..ialah zaman tu mana ada internet ni ... bukan boleh dapat berita cepat kan... nak tunggu suratkhabar orang kirim dari Malaysia pun berbulan baru sampai ... masa tu happy lah for her, but jealous jugak tgk dia dapat hadiah kereta masa kahwin! haahha...zaman muda remaja kan ...
    tapi bila tgk gambar skrg akak letak tu, bila rambutnya dah lurus panjang (dulu curly) mcm tak kenal aje..kecuali tgk senyum dan gigi manis nya itew..hehe..rasanya mcm dia dah kurus sikit, pipi tak chubby cam dulu...but still maintain awet muda...

    (sorry mencelah pulak) Ezany, tak sangka pulak Ezany dua pupu ngan Mazuin ek? ... owh..betul lah dulu pernah terbaca Mazuin mmg berasal dari Perak...

    BalasPadam
  16. hehe....iye, aunty azzah....nenek mazuin dan datuk sy adik bradik...dulu2 masa mak mazuin, arwah makcik maimun masih hidup, kami memang rapat...diorang slalu balik ke kg jenguk saudara mara, tapi skng bila org2 tua dah x da, semuanya hilang entah ke mana...klu peminat2 tak tau perkembangan dia, kami saudara mara lg lah..mmg hilang tanpa khabar berita...adik bradik dia, ada la jumpa sesekali...

    BalasPadam
  17. saya memang meminati mazuin sesangat...memang rindu kt dia..banyak lagu2nya dlm simpanan saya...sampai sekarang saya selalu mendengar lagu beliau..terutamanya lagu cinta palsu...tapi apa2 pun saya puas hati kerana dpt melihat wajah beliau..walau pun tk sama mcm dulu lg..by norhayati awang.on 10 november 2012.

    BalasPadam
  18. Tengok dahi tu mcm orang yg berbeza jek...

    BalasPadam
  19. Masih ingat lagi, bila mazuin tunggu (dlm kereta) kakaknya habis kerja (bertugas sbg guru)di tepi kelas aku masa darjah enam. Comel sungguh (tang pipi tu...mcm nak cubit).

    BalasPadam
  20. ouhh , ny la Mazuin ye. nama saya Azwin, ayah yg bg . inspired by Mazuin penyanyi zaman dedulu .. hihi

    BalasPadam
  21. urmm.... ade persamaan tp tak mcm sgt... pipi pun tak tembam.. tp mungkin berubah mengikut arus masa ea..

    BalasPadam
  22. dan adiknya/kakaknya..x ingat mana satu iaitu mahyun adalah cikgu muzik sy masa sekolah rendah.dia sgt cantik smpi skrg. sama kumpulan dgn mazuin dulu

    BalasPadam
  23. Dah macam nenek si Mazuin ni...dulu bukan main waktu nk berkahwin...akhirnya kecundang! harta bukan segalanya.

    BalasPadam
  24. Yg berumur 30+ rindu & krnal dgn mazuin nih. Btp hebatnya beliau hanya kita kita jer yg tau. Kikikik

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...