OOO

Selasa, Julai 24, 2012

Resepi Butter Prawn/Udang Mentega Lagi

Tentu ibu ibu rumah tangga sedang sibuk di dapur nak buat persiapan untuk berbuka puasa.  Akak dah siap dah, cuma tumis ajer pukul 6.00 kang..tak suka masak awal sebab suka makan panas-panas.


Dalam banyak-banyak resepi butter prawn akak lagi suka buat resepi yang ini. Resepi dari geng masak memasak Nita yang dah lama tak berblog.  Akak dah pernah tepek macam-macam versi tapi tekak akak lagi suka layan butter prawn camni.

ahan-bahan
  • 12 ekor udang saiz besar
  • 2 sudu butter
  • 3 biji kuning telur + sikit putih telur
  • sedikit daun kari
  • sedikit cili padi
  • serbuk kunyit & garam
  • minyak utk menggoreng
* i tambah sedikit serbuk kari

Cara-cara:
  1. Lumur udang dgn serbuk kunyit & garam. Goreng sehingga masak.
  2. Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak, ketepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair dan minyak betul-betul panas.
  4. Sementara tu, kacau-kacau telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam acuan roti jala. Matikan api bila minyak tu panas-panas. Dengan menggunakan 2 tangan, tangan kiri pegang acuan roti jala (telur kuning) ..tangan kanan pegang garfu...tuang perlahan-lahan  telur sambil tangan kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. 
  5. Bila dah selesai, angkat telur tu dan toskan tapis utk membuang minyak berlebihan.
  6. Kemudian campurkan udang dan telur tadi... dah hidangkan.
    Lain kali kena buat lebih aaaa...semua sukakan jurai-jurai tu..jadi rebutanlah pulak bila anak-anak semua ada kat umah.
    Nota : Kena tambah sikit putih telur sebab kuning telur tu pekat bebeno. (ikut tips geng masak memasak Nor)
    Bila dah jadi jurai-jurai kena hidupkan balik api sebab nak bagi garing jurai-jurai tu.  Barulah ada umphhhh

16 ulasan:

  1. Saya tak pernah try lagi buat butter prawn ni sebab tak reti nak buat jurai2 tu....

    BalasPadam
  2. penah buat tapi jurai2 telur tu tak menjadi..

    BalasPadam
  3. Sop mmg suka dgn udang mantega nih.. :)

    BalasPadam
  4. la..sye bayangkan resepi dia susah sangat2 banyak bahan etc... tp mcm simple je..boleh la try nanti bile2...tq kak ina! ;)

    BalasPadam
  5. Assalam k.Ina...apa khabar? Selamat Berpuasa....amboiii tengok jurai2 udang butter tu kemaaiiinn...sedap kalau meratah2 ni.. ^__^

    BalasPadam
  6. Suka butter prawn.selama ni tau mkn je. Ni try lar.

    BalasPadam
  7. udang tinggal 4 ekor lagi..kalu banyak boleh buat butter prawn gak

    BalasPadam
  8. T_T sies xpernah mkn, tp insyallah ptg ni nk try buat..hehehe

    BalasPadam
  9. Salam perkenalan kak Ina,

    GD dah try kak... tapi x sebaik akak punya hasilnya.. mungkin kena lebih praktik lagi. terima kasih perkongsian ilmunya yer.. jemput lah yer http://monasrie.blogspot.com/2013/01/udang-goreng-mentega-butter-prawn.html

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...