Nak raya kenalah beli telekung raya gak kan..takkan nak beli baju raya, kasut raya dan tudung raya ajer. Korang dah beli ker belum? Kalau belum korang boleh terjah ke sini.
Terletak berhampiran dengan UITM cawangan Shah Alam ianya berdekatan juga dengan i-City Shah Alam.
Di sini terdapat bermacam-macam telekung bersulam dari harga serendah RM20 sehingga ratusan ringgit. Jangan risau kalau datang sini kalau bawa RM100.00 pun dah boleh dapat telekung yang berkualiti.
Kesemuanya di datangkan khas dari Padang yang memang terkenal dengan kehalusan sulaman yang bermutu tinggi. Telekung yang berbunga halus tu menjadi idaman akak...sebab mana tau anak nak kawin bolehlah beli buat hantaran (mood bervangan)
Tak payah nak gi ke Padang lagi kan..sebab masa akak pegi ke Padang awal tahun duit flight, hotel dan makan dah nak dekat RM800.00 tak masuk penat dan shopping..dekat seribu lebih habis.
Dengan wang sebanyak tu .... akak boleh beli macam-macam kat sini sebab tempat ni ber air cond..taklah berpeluh ketiak. Dah tentu kedua belah tangan penuh kannn
Akak cukup berkenan dengan baju kebaya sulam ni...tapi apakan daya pinggang dah tak ramping...harga pun tak mahal sangat.
Kain ala ala songket ni cantik..
cantikkan bila akak pakai untu bergaya di pagi raya (bervangan lagi)
Banyak betul pilihan kain yang bersulam di sini
Akak paling berkenan dengan kain yang berwarna maroon ni..lagi sekali bervangan wah cantiknyaaaa kalau akak dapat pakai....
selain dari itu terdapat beg sulam yang anda boleh bawa gi jejalan ataupun korang boleh isi telekung, ada gak pakaian kanak-kanak, sejadah dan banyak lagi.
Bersama teman blogger Ezna yang sudi menemani akak..terima kasih yer
Banyak lagi yang boleh di beli di sini termasuk kain batik..kalau nak tenguk lagi jenis telekung, anda bolehlah ke Facebook Gedung Eksklusif ataupun kalau tak sempat nak pergi ke sini boleh ajer membuat tempahan melalui talian 019 - 2677190
Kak Ina KL hehehe :-) no telefon pembetulan 019 - 2677190
BalasPadamBaru tahu ada kedai ni kat atas al-ikhsan tu... selalu memang tak perasan...
BalasPadamcantik2 baju nya..nice
BalasPadamsalam kenal ne kunjungan perdana saya disini.
Salam sejahtera ina,
BalasPadamTerimakasih.SELALU KE SITU TAU jAKEL JE..
awalnya shopping raya.. hehehe
BalasPadambaju pompuan mesti kena tempah awal kan? kalau tak, x der org nak ambil jahit dah.. huhuhu
erm btol gak tu kak ina, xkn bju je nk dituko kan? kain telekung pn kne btuko2 jgk..yela buat spare utk dlm kete, dlm beg kalo g mn2.. utk diri sndiri, utk tetamu ke..hehehe
BalasPadamwaduh2,cantik dong
BalasPadamcantik especially maroon tuh, wat baju majlis istimewa pun ok kan. bleh g survey nih.
BalasPadamSeronoknya kalau boleh terjah kat sini
BalasPadammemang dia import dari padang ke?
BalasPadammak nak ke padang bulan depan.. boleh pesan..hihi..
cantik nye .......
BalasPadamtelekung dia :D
beg warne pink tu cantik..heheheh
BalasPadamimported dari kilang from bukittinggi padang indonesia since ada factory owner di sana :-)
BalasPadamSeksyen 7 tuh mmg gedung fesyen. Mcm2 tekstil ado..
BalasPadamkak kt ne 2??mcm bez la kain maroon dy
BalasPadam