Kami ke sini pada hari ke 3. Selepas sarapan pagi kami bertolak ke tempat-tempat menarik di sini.
Salah satu tempat yang kami pergi ialah ke rumah bordir hj rosmah, ala tempat belajar sulam yang di tubuhkan oleh ibu Rosmah yang telah berusia 80 an. Rumahnya terletak di desa Bonjo Panampuan, perjalanan mengambil masa tak sampai 1 jam dari hotel penginapan kami di Bukit Tinggi
Tapi sayangnya kami tak dapat melihat pekerja/pelajar yang sedang menyulam disebabkan tempat tersebut sedang di ubah suai.
Tak di nafikan hasil sulaman di sini memang cantik dan halus. Ada telekung, selendang, baju kebaya dan bermacam lagi hasil sulaman untuk di jual.
memang tertawan dan tertarik tapi...
Cuba tenguk harga..dekat RM300 lebih..lagi Rp1000.00 dekat sejuta (RM360)..
alahai tak mampu aaa nak beli,
Telekung yang dorang sulam ayak..pakai mesin dan mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya. Harga kat sini kebanyakkan dalam ratusan ringgit dan khabarnya kalau yang datang datin ataupun orang kaya dorang selamba ajer beli berhelai-helai. Kami cuma window shopping ajer
Sibuklah pak cik ni ajak kami beli barang kat dia ..ingatkan jual apa..rupanya jual benih pokok. Dahlah kami tak faham bahasa minang yang pekat likat. Yang beli pun sekadar nak bagi sedekah..
Tunggu...kami gi mana pula lepas ke sini yer
Assalamualaikum Kak Ina
BalasPadamlama saya tak kemari..
rupa2nya akak berjalan lagi....
Aslmkum k.Ina. cantik sulaman baju dan telekung tu...hargapun cantik...hi...
BalasPadamkalaulah sha dapat sapasang. alahaiii . tp mahal jugak kan? mesti kualiti sgt bagus kain tu
BalasPadamKak Ina,
BalasPadamActually tak berapa mahal lah Kak kain kebaya tu sebab kat Melaka untuk kain yg baik sikit harga dah seribu.Itu pun just okay jer the quality.Yang kurang baik pun dah RM 400 Seronok kan dapat berjalan:)
waa cantiknya sulaman dia..harus mencari bordiran hajah Rosmah bila ke Bukit Tinggi ni nanti..
BalasPadamsulaman kat sana memang cantik2 sangat kan...
BalasPadamsalam kakina..amboi makan angin lagi ek..bila la kita nk smpai kesana semula..rasanye last gi 5tahun dulu...mmg cantik giler sulaman diorangkan!
BalasPadamSabar je la kak ina, kot2 lepas ni dpt gelaran Datin, sape tau?
BalasPadamsulaman mesin ek tuh. cantik jugak.
BalasPadampakcik tu bukan menyibuk..dia cr rezeki...
BalasPadambukan maksud akak dia ni menyibuk..cuba baca balik ayat akak tu
Padammaksudnya pakcik ni beria ia ajak beli barang dia
saya xbleh nak pergi ke tempat camtuh kak, jadik stress nanti sbb rambang mata xtau nak pilih...semua cantek2...
BalasPadam
BalasPadamAssalamualaikum Tuan/Puan.
Izinkanlah kami untuk memperkenalkan diri pada Tuan/Puan
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan yang bagus dengan harga tour yang cukup berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Motto kami adalah : Kesenangan dan kegembiraan tamu adalah ketenangan kami.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.