OOO

Selasa, Mac 06, 2012

JOM KITA GI TRY YOGURT SMOOTHIES DARI BASKIN-ROBBINS

Akak dan manager dijemput ke Cafe Baskins Robbins, The Gardens, Midvalley. minggu lepas untuk merasa   Yogurt Smoothie terbaru.  
Lepas dah rasa kami main games tutup mata..ala teka apakah perisa . 
Firdaus berjaya meneka..dapat voucher yeszaaaaaa
 
 akak nan adooo..dah tutup mata langsung blurrrr tak ingat apa yang di rasa
echehhhcehhhh ada pulak adegan suap menyuap..
ok jom baca info tentang  product Baskin Robbins ni pulak


 Segarkan diri anda dengan Yogurt Smoothies keluaran terbaru Baskin-Robbins yang diperbuat daripada pati buah-buahan segar dan yogurt beku yang mengandungi kultur hidup dan aktif.   

Kini, Baskin-Robbins memanjakan lagi deria rasa anda dengan memperkenalkan Yogurt Smoothie terbaru, sesuai bagi mereka yang mementingkan gaya hidup aktif dan sihat. Yogurt Smoothies adalah minuman paling sesuai untuk pelanggan aktif yang inginkan BRight Choices® (Pilihan Bijiak) yang lazat lagi berkhasiat!
Minuman baru ini boleh didapati dalam empat perisa yang berlainan – Strawberry, Strawberry Banana, Mango and Mixed Berries – dirumus khusus untuk menggiurkan deria rasa anda. Perisa berlainan ini disebatikan dengan yogurt beku untuk menghasilkan tekstur halus, lembut dan berkhasiat.  Sebaik anda merasainya, anda dapat rasa kemanisan dan keaslian pati buah, sekali gus membangkitkan aroma yang enak, lagi menyegarkan. 


Dalam sekelip mata keenakan setiap minuman ini akan merangsang deria dan mencergaskan anda.  Ternyata, keserasian kombinasi perisa minuman ini bukan sahaja dapat menghilangan dahaga tetapi mampu memuaskan keinginan memakan manisan.

Kandungan kultur aktif (Streptococcus Thermophilus, Lactobacillus delbrueckii subsp. Bulgaricus) dalam minuman ini menambahkan lagi khasiatnya! Selain daripada melindungi jangkitan gastrousus, kultur aktif boleh meningkatkan sistem imun badan, mengurangkan kolestrol, memerangi jenis kanser tertentu dan menghalang osteoporosis. Di samping itu, kultur hidup mampu menguraikan laktosa dalam susu bagi membolehkan individu yang alah laktosa menikmati serta menerima khasiat dalam produk susu tanpa kesan sampingan.

Yoghurt Smoothies juga boleh dijadikan snek untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sibuk.  Sekiranya anda sentiasa sibuk dan aktif, Yogurt Smoothies Baskin-Robbins ini boleh mengenyang dan  membekalkan tenaga sehingga waktu makan berikutnya. Setiap  Yogurt Smoothie berharga RM16 untuk saiz biasa dan RM12 untuk saiz kecil. Setiap pembelian tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan kerajaan.  
 Menjelang sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2012, Baskin-Robbins berhasrat merai dan memberi penghormatan kepada kaum wanita atas kejayaan dan sumbangan mereka.  Justeru itu,  Baskin-Robbins menawarkan sekeping baucar BRight Choices®  kepada setiap wanita bagi setiap pembelian Yogurt Smoothie.  
 
Baucar ini membolehkan setiap wanita menukar scoop dari saiz kecil ke saiz biasa, dengan sebarang pembelian Baskin-Robbins BRight Choices® berikutnya, termasuk yogurt beku, ais krim tanpa lemak atau tanpa gula.  Tawaran ini sah di semua cawangan 
 Baskin-Robbins seluruh Malaysia bermula 1 Mac 2012 hingga 30 April 2012. Pelanggan dinasihati menyerahkan baucar sebelum membuat pesanan.  Baucer tidak sah jika digunakan bersama keistimewaan kad kredit atau kad loyalti lain.
 3 teruna tengah dengan gaya stim mencuba Yogurt Smoothie terbaru, firdaus
hamzah dan menantu tak jadi Broframestone
Kat Malaysia mana ada makan aiskrim baskin robbins berdua-duaan..
kat Bangalore India ajer leh camni..kelakar kannnn
Duta baskin robbins di Bangalore India..Yana dan Imran
taklah sajer bergurau..kalau nak baca kisahnya bolehlah terjah kat SINI

p/s akak dah cuba..korang bila lagi?

12 ulasan:

  1. sesekali boleh lah..harganya tu lah..faham2 je lah..tp berkhasiat ye kak ina..:)

    BalasPadam
  2. dh diundang tapi koje. selalu BR wat launching aper2 masa weekdays...huhuhuhu

    BalasPadam
  3. Bestnyer.. Dapat undangan gak tapi xleh pergi sebab ada kelas.. :(

    BalasPadam
  4. Aiskrim camni sesekali nak merasa boleh la kak kan....

    BalasPadam
  5. Sedapnyerrr :)


    TF pun dah sedap yogurtnya apatah lagi dari BR kan :)

    BalasPadam
  6. Buat saya terliur tgh smoothies tu.slurrp!!!

    BalasPadam
  7. yogurt memang bagus untuk perut.sesuai untuk penghadaman

    BalasPadam
  8. sedap kan? kite suke mix berries. siap mintak tambah lagi tau

    BalasPadam
  9. dulu penah mkn sekali. bos banjer..huhuhu

    BalasPadam
  10. Dah cuba... sapa suka manis, memang sesuai.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...