OOO

Selasa, November 08, 2011

Ayam Goreng Berempah Beriani

Bila balik kampung masa cuti perayaan ni ..paling benci bila jalan jem di sana dan di sini.  Tension di buatnya.  Nasib baik sekarang ni dah ada jalan alternatif nak ke Seremban/Senawang.  Kami terpaksa masuk ke simpang Putera Mahkota pastu keluar ke Semenyih ikut jalan lama.

Dari Senawang nak ke Simpang Ampat tak ada masalah kesesakan pun.  Cuma sampai kat situ ajer.   Semalam gi jejalan kat umah adik ipar kat felda palong dan felda pasoh, bila nak balik ke KL ikut jalan Kuala Pilah kat situ  orang kata jem teruk.  Terpaksa pusing balik ikut Simpang Pertang-Kuala Klawang dan masuk highway LEKAS semula.  Sampai kat MRR nak ke Gombak pun jem lagi..kami ikut jalan potong dan akhirnya sampai kat umah dah dekat pukul 12.00 tengahmalam.  Ishhh sabar ajerlah.  Nasib baik anak-anak tak sekolah hari ni.

Membebellah pulak..ayam goreng cam ni kalau di perap lagi lagi sedap.  Akak buat 1 ekor pastu simpan, bila nak makan baru goreng.  Terlupa nak letak daun kari masa goreng, tapi rasanya masih lagi sedap.  Akak ambil resepi dari blog geng rajin masak dayangjack
 
bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6-7 batang serai 
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak Ina

    sekarang ni ramai orang dah mampu beli kereta...itu yg buat jem ...he he

    Wassalam

    BalasPadam
  2. salam aidiladha ina..
    jem tak boleh nak elak..mana2 pun jem..

    BalasPadam
  3. sedap je... sedey la org lain makan berlebeh2 akak makan sendiri2 je, almaklum husb x dapek cuti so x balik kampung aar... sedey la

    BalasPadam
  4. neh ratah gitu jer pom sodap..cecah ngan sos pon sodap

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...