OOO

Selasa, Oktober 04, 2011

Cerita Tentang Rawatan Laser Mata (Lasik)

Eyriqazz suruh akak buat special N3 ni untuk mak mertua beliau yang mengalami masalah seperti suami akak.  Nak suruh mak mertua beliau baca N3 akak ni.

Elok gak buat N3 sebab ramai lagi rasanya makcik, pakcik dan orang lain yang merasa risau bila nak kena buat rawatan laser mata ni.
Oleh sebab akak dah ada 3 kali pengalaman tenguk orang terdekat buat lasik dan tenguk hasilnya akak rasa rawatan ni taklah teruk sangat pun.  Dan hasilnya mengkagumkan. 

Mula-mula suami akak buat sebelah mata dulu pada 18hb. Mac 2009.  Kalau nak baca N3 tu bolehlah ke SINI.  Sebelum boleh buat rawatan ni kenalah check dulu mata kat pakar mata.  

Kami pergi ke Hospital Ampang Putri.  Mula-mula memang kami risau sebab tak pernah mengalami pengalaman macam ni..terfikir ooo camner mereka buat.  Berdarah ker? Sakit ker? Ambil masa yang lama ker nak sembuh?

Bila suami masuk bilik rawatan agak lama dalam 3 jam, akak lagi risau.  Biar betul..lamanya...sampai akak boleh baca novel dan tertidur atas katil.  Bila dia masuk balik ke bilik lega rasa hati sebab cuma kena tutup mata cam lanun ajer.  Pastu tak terlantar terus boleh tenguk hp dan tv lagi.  Wah bestnya..tanya dengan hb..

apa sal lama sangat.
Bukan saya sorang...doktor tu buat ramai..dalam 5-8 orang sekali gus..buatnya tak sampai pun 1/2 jam.

Lega sesangat. Esoknya suami di benarkan pulang setelah doktor buka balutan di mata.  Pantangnya cuma jangan kena pancaran matahari.  Kalau keluar kenalah pakai cermin mata hitam dan kena letak ubat titis selalu.  Lepas cuma follow up seminggu selepas itu.  

Yang kelakar suami kata...
wah terang benderang sungguh sampai leh nampak baju dalam orang pempuan..gataikannn.  Sejak tu dah tak pakai cermin mata dah.  Kalau baca pun tak ada masalah.

Kos lasik dalam RM4,000 lebih tapi total bil dalam RM7,000 termasuk ubat-ubatan sebab suami ada kencing manis dan bermalam kat hospital.  Tak perlah insuran yang bayar. 
lawa kan rambut palsu mak..dia tak pakai tudung kenalah di cover sikit
Lepas tu  akak bawa mak ke Hospital Mata Hussein Onn di petaling jaya.  Mak cuma datang 2 kali buat pemeriksaan pastu terus di buat rawatan pada 5hb. Ogos 2009. 

Mak tak bermalam cuma pagi tu terus di buat rawatan, terus boleh balik . Tapi kan balutan kat mata mak ni ambil masa nak buka dalam 1 minggu kot.  Lagi satu dia jahit kat tepi mata.  Seminggu lepas tu baru di buka kat hospital tu juga dan datang lagi sekali.  Sekali pegi kena bayar lagi RM200 lebih. Mak pun kena pantang cam suami akak juga.  

Lepas buka balutan mak ikut akak gi umah orang kawin.  Bergaya sungguh mak pakai cermin mata gelap cam penyanyi 60 an.
Harga gedebuk gedebak dekat RM4,000 lebih termasuk harga follow up.  Kat sini hospital swasta yer bukan hospital kerajaan.
Terakhir sekali suami buat baru-baru ni.  alahai susah betul nak ambil gambar dia..dia tak nak tapi isteri dia ni degil ..curi-curi ambil gambar.  Harga lebih sikit dari yang dulu sebab barang dah mahal kan. Dekat nak RM5,000 lebih untuk sebelah mata  termasuk air liur doktor.  Total semua dekat RM12,000, bukan kami bayar insuran (office suami)  yang bayar.  Kalau idak parah gak kan.

Kali ni suami kena tahan lama sikit sebab ada masalah kesihatan.  Esoknya balutan dah buka dan kena check oleh doktor.  Alhamdulliah berjaya gak kali ni. Akak tak yah buat dulu sebab tak pernah pakai cermin mata lagi.

 Kebetulan kat Metro Ahad ada keluar cerita ni.  Akak ambil cerita dari situ ajer.
Penerangan dari  Perunding Pakar Bedah Mata Ketua Pusat Mata Dan Lasik
Pusat Perubatan Prince Court (Prince Court) Prof Dr Muhaya Mohamad

Sebenarnya nak buat ni tak ambil masa yang lama, cuma ambil masa 30 minit sahaja.
Janganlah merasa ragu dan tidak berani membuat rawatan laser mata kerana masih lagi ragu-ragu ataupun menerima bulat-bulat pelbagi mitos mengenainya.
Antara mitos yang sering di dengar ialah jika melakukan lasik, mata kita akan silau pada waktu malam.  Ada juga yang emgatakan seseorang itu akan mengalami rabun warna hingga menyebabkan mereka sukar memandu.  Mereka yang sudah menjalani lasik juga di katakan akan rabun sekali.

Maklumat itu tidak tepat sebab menerusi teknik terbaru dengan mesin canggih,prosedur yang dilakukan mendapat hasil yang sangat baik dan tidak mengalami masalah silau pada waktu malam.

Sekarang  ni menggunakan laser sepenuhnya dan kaedah terbaru ini membolehkan mereka yang rabun pulih kekal.
Tertip..lapan prosedur pembedah lasik
Prosedur itu tidak menyakitkan pesakit kerana selepas 15-20 minit, pesakit boleh melihat dengan jelas.
Pastu berehat kat hospital 2 jam selepas prosedur kerana mata akan berair.   Selepas beberapa jam menjalani lasik, ada pesakit boleh meneruskan kegiatan harian macam nak solat, gi mesyuarat  dan esoknya dah boleh gi kerja balik.

Sebelum melalui prosedure ini kenalah gi check  mata yang ambil masa 2 jam di mana ada 17 langkah bagi menentukan kesihatan mata, mengukur tahap rabun dan menentukan keselamatan prosedur berkenaan kerana jika pesakit bergerak, cahaya pancaran laser akan bergerak mengikut pesakit dan jika pesakit bergerak terlalu banyak, mesian akan berhenti


Mula-mula pesakit melihat lampu hijau yang berkelip 30 saat dimana laser akan dilancarkan untuk menghasilkan 'flap' atau bukaan pada kornea.  Doktor akan menyentuh mata pesakit kurang daripada lima minit sahaja.
Tak darah langsung dan selepas itu pesakit cuma perlu menitik ubat titis (air mata palsu) empat kali sehari sehingga seminggu ataupun sebulan bergantung pada tahap kekeringan mata, tetapi pengunaannya tiada kesan sampingan.  Pesakit tak boleh menyolek di bahagian mata selama lima hari dan berenang selama empat minggu.

Kredit gambar dan berita di Metro Ahad. Kalau nak baca sepenuhnya gi ke situ yer.

Semuga dari cerita akak ni taklah dorang merasa takut dan tak nak buat lasik ni.  Kesian bila tenguk ada yang sampai berair mata bila membaca ataupun tenguk tv.

36 ulasan:

  1. Laser ni ramai dibuat oleh para atlit yang rabun, kan? Sebab senang mereka nak bergiat dalam sukan.

    Bagus info dan testimmoni yg Kak Ina buat ni. Thanks.

    Saya pun teringin nak buat, sebab saya rabun. Cuma tak/belum mampu la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good sharing, today, Tun Hussein Onn National Eye Hospital (THONEH) has the equipment to perform the non-invasive procedure to treat the condition. “The Ultra Q multi-modality YAG Laser we acquired offers greater accuracy and control than traditional YAG Lasers, allowing us to perform better treatment, read more at:
      http://kidbuxblog.com/non-invasive-procedure-to-treat-eye-floaters/

      Padam
  2. Nice Sharing... Teringin Nak Buat, Tapi Agak Mahal Harganya... Hehehe...

    BalasPadam
  3. teringin nak buat..tp tak sanggup nak bayar.. hahahaha

    BalasPadam
  4. bestnye.. penatlah rabun nak pakai spec semua.... tp riban2 pulak

    BalasPadam
  5. thanks atas info ni...

    terfikir gak nak buat lasik nanti...mata kiri kanan dah rabun teruk..

    tunggu masa dan kewangan je dulu nanti..

    BalasPadam
  6. mak saya pun dah buat juga. lepas buat sebelah mata kena tunggu beberapa bulan untuk di buat yang sebelah lagi. kos yang perlu di bayar cuma harga ubat sebab buat kat HUSM dan ada kad pesara

    BalasPadam
  7. good info kak.
    sy mmg teringin nk buat lasik ni.

    4000 tu sblh mata je ke kak?

    BalasPadam
  8. rakan pejabat buat kat Optimax.. siap dlm 10 minit dan bayar RM5000 je untuk dua mata. dia kata lahh.. tak tahu betul ke dak

    BalasPadam
  9. tq kak share info ni.. Zie dari sekolah rendah lg pakai cerin mata.. sekarang ni rabun makin teruk.. terniat jgk nak wat laser ni cuma ongkos je xda..

    BalasPadam
  10. mak mertua saya buat takde admit wad pun.. pergi pagi pukul 10am, pukul 1pm dah boleh balik.. cuma kena pakai spek itam bila keluar waktu siang. dan kena pantang tak boleh membaca atau menunduk sangat... after all, boleh jalani kehidupan macam biasa

    BalasPadam
  11. wah mahalnye. nnt da keje nak wat la. susah la nak pakai spek atau contact lens. hhehe alhamdulillah smua selamt

    BalasPadam
  12. Teknologi perubatan pun semakin canggih setanding dgn perubahan masa.

    Siap duit je..

    BalasPadam
  13. kene kumpul duit la nk wa bende ni..

    BalasPadam
  14. nk ty, wt kat mane tuk tiga2 lasik tu..? sy plan nk wt yg kedua tu...based on my bajet....:)

    BalasPadam
  15. kat hospital hussein onn pj boleh

    hospital ampang putri

    hospital selayang

    BalasPadam
  16. Waaahh. Teringinnya nak buat, sebab saya ni lasak. Bersukan sana sini tapi pakai specs. Hmm, malas betul nak pakai contact lens -.- Contact lens ada side effect. Insya-Allah cuba buat lasik ;)

    BalasPadam
  17. Ada plan nak buat tp tengah mengumpulkan budget...moga diberikan rezeki yang lebih supaya x payah dah pakai spek @ contact lens...
    agak2 kat mana paling murah n ok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau buat kat hospital kerajaan pun boleh gak tapi ambil masa yang agak lama

      Padam
  18. Insuranse leh cover lasik ke kak? Insurans ape tue eh?

    BalasPadam
  19. Balasan
    1. Insyallah boleh tapi kena minta surat pengesahan dari doktor ..cubalah yer ..rasanya boleh guna akaun 2

      Padam
  20. Kat UIA kuantan pun ada buat ..rm3500 utk sepasang mata

    BalasPadam
  21. Tuan puan blh call UIA kuantan.minta sambung pd klinik mata.harga lasik di sini sgt murah berbanding di tmpat lain..sy antara individu yg dh berjaya..cuma di sini kena ikut turn sb ramai yg dh ada dlm senarai menunggu..Doktor yg terbabit dlm proses ni ialah Prof.Dr.khairidzan Mohd kamal...

    BalasPadam
  22. Saya baru sahaja buat lasik dengan prof muhaya, alhamdulillah sekarang dapat melihat dengan jelas. Saya buat appointment, esok tu dah boleh datang untuk assesment, hari jumaat terus surgeri lasik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dr muhaya kos dia tinggi sikit kan dlm rm12k camtu

      Padam
    2. wah harganya lagi mahal dari hospital mata

      Padam
  23. uia kuantan sudah diswastakan..jadi harga untuk sepasang mencecah rm 5k untuk tahun 2015..harap maklum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua tempat dah naik harga..kena gigih kumpul wang kalau nak penglihatan yang terang.

      Padam
  24. Did lasik in excelview midvalley. Vision is not sharp with dry eyes.Night vision is so bad will all the haloes and starbust. Depress...

    Hasil lasik tidak dijamin. Ade risiko pandangan akan kabur dan tidak bole dibetulkan dengan cermin mata. Tolong sebarkan kebenaran. Kerana ada yang sudah menderita. Saya tidak dapat ape2 keuntungan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul ke.. Walaupun buat dgn prof muhaya atau yg pakar2? Sy tringin nak buat. Tp sgt takut huhu

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...