Maaf gambar tak lawa..bateri kamera kong..charger dalam beg besar..guna handphone ajerlah
Oleh sebab flight pagi kami kena keluar awal dari hotel, sehari sebelum tu kami dah booked taxi kat sini. Kena bayar dalam 20 pound (RM100) ke Heathrow Airport sebab tak larat nak naik bas bawa beg yang berat tu.
Oleh sebab flight pagi kami kena keluar awal dari hotel, sehari sebelum tu kami dah booked taxi kat sini. Kena bayar dalam 20 pound (RM100) ke Heathrow Airport sebab tak larat nak naik bas bawa beg yang berat tu.
Agak mahal kan sebab perjalanan tak sampai 1/2 jam..nak buat camner..kalau naik bas pun kena dalam 10-12 pound untuk 2 orang.
Best betul sebab naik Royal Brunei Airlines ni sebab boleh bawak beg berat sampai 40kg..tapi rasanya lebih kot beg akak ni sebab dah beranak pinak. Dah bincang dengan suami kalau terlebih berat kenalah angkut beg sandang naik atas. Tapi bila timbang semua beg kecuali beg kecik tu lepaslah pulak. Alhamdulliah.
Kalau idak masak gak nak angkut beg tu naik atas. Kalau Air Asia garenti kami kena keluarkan isi perut beg dan buang pakaian lama macam geng anak akak kena masa dorang pi London. Kalau banyak duit bolehlah bayar muatan yang terlebih. Rasanya mahal gak kot.
Kalau idak masak gak nak angkut beg tu naik atas. Kalau Air Asia garenti kami kena keluarkan isi perut beg dan buang pakaian lama macam geng anak akak kena masa dorang pi London. Kalau banyak duit bolehlah bayar muatan yang terlebih. Rasanya mahal gak kot.
Banyak gak orang dari negara Afrika kena keluarkan isi perut beg (flight lain). Macam-macam yang mereka nak angkut bawa balik ke negara mereka tapi sayang sebab beg terlebih berat dan tak nak kena bayar mereka terpaksa buka beg besar dan keluarkan benda yang tak perlu dan buang dalam tong sampah. Sayangkan..
Kami cuma bawak beg kecik tu naik ke dalam flight. Tu pun berisi pinggan mangkuk yang akak takut pecah berderai kalau letak dalam kargo.
Bila dah settle beg terus masuk ke imigresen dan security. Pastu jalan-jalan kat dalam. Macam-macam ada tapi harga tak mampu nak beli.
Window shopping ajerlah. Masa gi Harrods kat London tak beli apa-apa pun tapi kat sini akak belilah sikit barangan cenderahati dari Harrods..buat kenang-kenangan.
Window shopping ajerlah. Masa gi Harrods kat London tak beli apa-apa pun tapi kat sini akak belilah sikit barangan cenderahati dari Harrods..buat kenang-kenangan.
Pergi balik dari KL ke London (KLIA ke BSB-2 jam..transit 2 jam di Bandar Seri Begawan- 7 jam ke Dubai pastu transit 2 jam kat situ. Dubai ke London 7 jam. Cuma waktu balik transit kat Bandar Seri Begawan memang lama dalam 6-7 jam) Masa pulang balik kl-london, london-kl kami naik Royal Brunei Airlines.
Kebetulan dapat harga yang memuaskan dan termampu dengan dompet suami akak. Bila nak berlepas ajer mesti ada bacaan doa naik kenderaan. Geram gak tenguk telatah mat salleh sebab dorang gelak bila doa di bacakan. Arak pun tak di hidang dalam flight.
Masa nak balik memang tak leh tidur sangat sebab ada seorang omputih pempuan bawa 2 orang anak kecil tanpa bantuan sesiapa. Sorang umur dalam lingkung 2-3 tahun dan sorang lagi masih kecil dalam 3-4 bulan.
Baby lelaki ni first time naik flight..ashiklah menangis sebab tak selesa. Kesian pulak tenguk mak dia yang nak handle 2 orang anak sampailah kat airport BSB Brunei. Kejap melalak..kejap diam..kejap melalak kejap diam. Akak kalau bising memang payah nak lelap.
Kebetulan dapat harga yang memuaskan dan termampu dengan dompet suami akak. Bila nak berlepas ajer mesti ada bacaan doa naik kenderaan. Geram gak tenguk telatah mat salleh sebab dorang gelak bila doa di bacakan. Arak pun tak di hidang dalam flight.
Masa nak balik memang tak leh tidur sangat sebab ada seorang omputih pempuan bawa 2 orang anak kecil tanpa bantuan sesiapa. Sorang umur dalam lingkung 2-3 tahun dan sorang lagi masih kecil dalam 3-4 bulan.
Baby lelaki ni first time naik flight..ashiklah menangis sebab tak selesa. Kesian pulak tenguk mak dia yang nak handle 2 orang anak sampailah kat airport BSB Brunei. Kejap melalak..kejap diam..kejap melalak kejap diam. Akak kalau bising memang payah nak lelap.
Yang seronoknya kat dalam flight ni nak minum boleh minta bila-bila masa dan makan pun ikut time. Memang puas hati dengan hidangan makanan dan minuman yang di hidangkan. Kenyang dan berbaloi.
Walaupun waktu pergi dan balik kena transit kat Dubai selama 2 jam tapi kami happy sebab boleh jejalan kat dalam airport. Dapat hilangkan rasa kekejangan duduk dalam flight selama 7 jam..fuhhh memang tak larat nak duk berbelas jam dalam flight sebab dah berumur.
Dalam flight pun setiap 1-2 jam akak bangun gi kat area lapang buat senaman sikit. Bukan akak sorang..ramai lagi yang buat camtu.
Dalam flight pun setiap 1-2 jam akak bangun gi kat area lapang buat senaman sikit. Bukan akak sorang..ramai lagi yang buat camtu.
Masa pegi ke London kami tak beli apa-apa pun tapi masa balik beli sedikit ole-ole untuk anak-anak dan nak habiskan pound yang ada dalam poket.
Lepas masukkan beg dalam mesin imbasan di Dubai akak kena tahan dek kastam di situ. Alamak hati dah dup dap dup dap. Nasib baiklah pegawai kastam tu perempuan dan mereka suruh buka beg yang akak sandang. Habis di punggah semua benda kat dalam tu termasuklah benda peribadi. Kalau kena kastam lelaki tentulah malu kan.
Nak tau kenapa akak kena tahan..sebab benda nilah..
Akak beli 3 biji dalam 10 pound (RM50.00) pastu terus masukkan ajer dalam beg sandang sebab takut pecah malam sebelum pindah ke IBIS HOTEI HEATHROW. Masa kat Heathrow Airport masuk tempat imbasan tu tak ada pulak kena tahan tapi masa kat Dubai Airport kenalah pulak.
Bila pegawai kastam tu jumpa benda ni..dorang cakap arablah..mana ana nak faham...cuma faham dia sebut souvenir..souvenir... (cenderahati) ..barulah dorang lepaskan akak.
Suami akak dah bising dah ..apasal lah beli benda yang menyusahkan ni. Ala bang tak teringatlah pulak kat dalam benda ni ada cecair sayang punya pasal takut pecah tak letak dalam kargo.
Suami akak dah bising dah ..apasal lah beli benda yang menyusahkan ni. Ala bang tak teringatlah pulak kat dalam benda ni ada cecair sayang punya pasal takut pecah tak letak dalam kargo.
Dari Dubai sampai kat Airport Bandar Seri Begawan dalam pukul 8.00 pagi waktu kat situ. Nak naik flight ke KLIA dalam pukul 2.00 petang. Masa duk lepak-lepak tu ternampak ada seorang budak lelaki tanya kepada kami yang baru turun dari flight nak tak jejalan kat bandar Seri Begawan.
Tak pasti ini Masjid yang mana...samada Masjid Jame' Asr atau dipanggil Masjid Bandar Seri Begawan di Brunei sebab kat Brunei ada 2 majid berkubah emas ataupun yang ni Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin Brunei
Wah apa lagi..akak pun register..rasa rugi tak pegi sebab free. Bila lagi nak lawat negara Brunei kan. Dalam pukul 11.00 lebih baru bas persiaran sampai. Nak keluar kena chop passport dan minuman keras tidak dibenarkan di bawa masuk. Terpaksalah mat salleh yang beli arak kena tinggal ajer arak kat airport. Bagus kan macam tu.
Kami cuma duk dalam bas tenguk tempat-tempat menarik. Kat kampung air ni ada gak omputih turun nak jejalan kat sini. Dorang bolehlah sebab flight dorang waktu malam. Akak tak beranilah sebab takut tertinggal flight nanti.
Pemandu pelancung kata kat bandar Seri Begawan cuma ada satu sahaja tokong china di sini. Orang China tak berapa ramai yang menjadi rakyat negara Brunei.
Kami dibawa ke tempat makan di sini. Nak rasa masakan orang Brunei dan katanya ada satu masakan yang fofolur kat sini. Namanya nasi katok..wah teruja nak menikmatinya.
Rupanya nasi dengan ayam goreng di makan bersama sambal istimewa. Kami makan bersama omputih yang ashik mengomel kata dia memang tak boleh hidup kat negara Brunei ni sebab tak ada arak, tak ada kelab malam dan susah nak cari perempuan. Biasalah omputih tu kan semua syurga dunia bagi mereka.
Bila pemandu pelancung kata nak arak boleh beli kat sempadan Brunei/Malaysia..terasa malu. Kata beliau lagi walaupun orang Islam ramai tapi semua ada kat Malaysia. Bertambah malu akak bila dorang kata camtu.
Lepas makan gi akak gi jejalan kat tempat jual barangan kraftangan orang sini. Ingat nak cari key chain ataupun fm buat kenangan tapi tak jadi beli sebab akak cuma tukar duit brunei sikit ajer. Sebab tukarpun nak bayar duit makan tadi. Lagi pun harga cenderahati kat sini macam mahal ajerlah.
Bila sampai kat Airport Seri Begawan semula akak tukar duit sikit nak beli fm. Dapatlah 3 fm buat kenangan jejalan kat sini walaupun cuma beberapa jam sahaja.
Kebanyakkan krew Royal Brunei Airlines adalah orang luar..masa akak naik tu kebanyakkan orang vietnam yang akak jumpa kat dalam perjalanan pergi dan pulang.
Dalam pukul 2.00 petang kami naik flight ke KLIA, dalam flight tidur ajer sebab kepenatan, cuma terjaga waktu makanan dihidangkan. Sampai kat KLIA dalam pukul 5.00 lebih. Kena tunggu Firdaus datang ambil.
Memang seronok gi ke UK tapi tak tahan dengan tukaran wang kat sana. Makanan pun mahal....walaupun ada orang kata barang berjenama kat UK murah dari Malaysia akak tak beli pun sebab niat di hati cuma nak lawat anak kat sini.
Kalau poket tebal cam Datin, artis ataupun jutawan bolehlah shopping dan jejalan kat negara Paris, Itali dan negara Europe yang lain.
Kalau poket tebal cam Datin, artis ataupun jutawan bolehlah shopping dan jejalan kat negara Paris, Itali dan negara Europe yang lain.
Tak taulah nak cakap..mungkin gi lagi ataupun idak lagi ke sini. Bergantung kepada keadaan, kesihatan dan umur. Terima kasih buat suami yang menunaikan hasrat di hati akak sempena ulang tahun perkawinan kami ke 25 tahun.
Suami kata lepas ni kita ke tanah suci Mekah pulak..insyallah..
waaahhh.. best sungguh kan. lama jugak akak dalam flight tu. Teringin gak nak tengok negara Brunei tu.. dompet tebal, memang syok laaa gi London, Paris etc.. hehehe
BalasPadamseronok kan kak ina. dapat pegi tgok tempat org. yg baik kita jdkan panduan.
BalasPadamsy pun kena tahan masa dekat stansted sbb dlm beg ada keychain besi yg buat dorg curiga. syukur yg periksa tu perempuan. bila dah explain kata hadiah. lepas. lega sgt.
seronok nya kak
BalasPadamsuka brunai :)
saya suka brunei... takde arak..maju jugak...
BalasPadambestnya, dapat jugak singgah Dubai sekejap tu kak ina. Ummi doakan hasrat kak ina dan suami nak ke Mekah tercapai dalam masa terdekat..
BalasPadamOwh akak sempat round2 kat Brunei yea...kalo lah kita tau awal2 mesti I bawak akak pegi tempat2 menarik kat sini. *tapi tak lah sehebat seperti kat Malaysia tu*...Brunei kita kecik jeee...tapi bersyukur atas kurniaan Allah.
BalasPadambest dpt singgah di Brunei masa transit. Sambil menyelam minum air.
BalasPadamSalam Kak Ina,
BalasPadamwah bestnye berjalan jauh ... kami baru jer balik dari trip ke Kuching masa Sarawak Regatta tu..sarat2 pun gigih berjalan juge :p
akk tak wat ke GA bagi hadiah FM luar negara ? ;)
Aslmkum k.Ina..
BalasPadamBest jln....kenal tempat org. transit lama di BSB sempatlah pusing2 tengok bandar. Nasi katok mmg femes kat Brunei...anak sy cukup suka sbb lauk ayam goreng.
salam kak..kiranya 2 kalilah ye akak g UK..fuhh best tuuu hehehe
BalasPadamsy pon terasa malu biler dier ckp mcm tuh. teringin gaks nk g melancong ke Brunei, nk tgk sndri tmptnyer...
BalasPadamakak datang brunei rupanya...saya la ni pun stay kat brunei..ikut asben keja sini...btul kata akak, rasa malu je kat mesia berlambak arak,pompuan,pub...kat sini amann sesangat...tak de kes bunuh2..rompak2...sultan brunei pun sangat mesra rakyat..:)
BalasPadamSeronok baca catatan perjalanan akak.. Jauh berjalan, luas pemandangan.. ;)
BalasPadamseronoknya baca pengalaman auntie. huhu.. india dah pergi.uk dah pergi..untungnya anak pandai2 kan auntie. apa-apa pun moga auntie sekeluarga sentiasa sihat.
BalasPadamTertunailah hasrat di hati.
BalasPadamSeronok dan best pengalaman Akak. Pengalaman mahal ni.
Jauh berjalan, luas pandangan yang Akak dapat tengok.
Saya pun kalu pi jalan negara orang, tengok jer. Shopping memang tak mampu la.
Singgah sini... salam kenal kak.. bestnye meronda2... heeee
BalasPadamhi kak ina..selamat bkenalan..sonok dpt jupe kak ina smlm...ms previu filem ape tengok-tengok tu..hmmmm bertuah kak ina ade anak bljr di UK...
BalasPadam