OOO

Selasa, Ogos 02, 2011

RESEPI IKAN SIAKAP TIGA RASA (VERSI LAIN)

Resepi asal ikan siakap stim tiga rasa. Akak ikut stail goreng cam Inahar sebab suami dan anak-anak tak suka makan ikan kukus. Akak tak letak daun kantan, daun limau purut, tak ada stok. Sos plum pun akak tak guna, akak cuma guna sos cili sahaja.

Resepi Asal: Chef Norzailina
Sumber: Inahar & Ummi @Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camba minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya
    sedikit serbuk kunyit, garam dan tepung jagung
    minyak yang banyak
Bahan Cincang Halus:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:-
  • 1/2 kuntum bunga kantan-tak letak
  • 2 helai daun limau purut-tak letak
  • 4 - 5 biji cili padi
  • sedikit batang saderi-potong kecil
  • 1 biji bawang besar di potong bulat
  • akak tambah 1 batang daun ketumbar-separuh di racik dan separuh untuk hiasan
Bahan-Bahan Sos:-
  • 2 cam. besar cili kisar-tukar ke sos cili
  • 1 cam. besar sos tomato
  • 2 cam. besar sos plum-tambah sos cili
  • 2 cam. besar gula pasir
  • 2 cam. besar sos cili
  • 1 cam. besar jus limau nipis (guna limau kasturi)
  • 1 1/2 cam. teh kicap manis
  • sedikit sos ikan
Cara Memasak:-
  1. Bersihkan ikan dan perap sekejap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam. Bilas dan toskan.
  2. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam dan kemudian lumurkan tepung jagung dan goreng dalam minyak yang banyak
  3. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  4. Masukkan bahan-bahan sos bersama air dan kacau rata . Masukkan gula, bawang besar, batang saderi, sos ikan, daun ketumbar dan akhir sekali masukkan jus limau kasturi. Rasa dulu sebelum di tuang ke atas ikan.
  5. Hias dengan daun ketumbar dan hidangkan bersama-sama nasi panas.

13 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    dapat juga jumpa dgn Ummiross..
    memang mereka baik orangnya
    dah sihat betul ke dia..

    SELAMAT BERPUASA

    Wassalam

    BalasPadam
  2. FULAMAKKKK kak ... sodappp

    BalasPadam
  3. waw...nampak sedap ni kak...skarang jugak saya pegi pasar...heheh terima kasih for the resipi..:)

    BalasPadam
  4. sedapnya!! simple je kan..

    hari tu mak mentua ada ajar versi thai, bhn2 tu diblender sekali daun sup, sedap juga..kot ada masak saya citer..hehe

    BalasPadam
  5. Wah..sedap nyaaaaaaaa...
    lapar pulak dah tengok gambar tuh.. huhu

    Panduan Solat Terawih..
    http://www.norfanil.com/2011/08/download-panduan-solat-terawih.html

    BalasPadam
  6. salam inakl,
    sedap masakan tu..nak tapau sikit..hikhik

    BalasPadam
  7. Salam Ramadhan utk K.Ina dan family..=)

    BalasPadam
  8. boleh tiru resepi ini untuk berbuka puasa besok:)) salam ramadhan ye....

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. memang sedap resepi ini. Saya buat kuahnye pekat sikit. Abah & mama saya suka sangat. Sibuk dok suruh masak lagi lain kali guna ikan jenahak plak.

    http://talk2me-ibuaries.blogspot.com/2012/03/siakap-3-rasa-ala-thai.html

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...