Laju betul budak 2 orang ni jalan tinggalkan akak. Sunyi sepi ajer kat sini..ingatkan adalah kedai jual makanan. Kat sebelah kiri jalan besar banyak kedai yang menjual barang antik. Malas nak seberang cuma tenguk ajer dari jauh.
Mula-mula nak naik sampan tapi bila pakcik tu kata yang ada cuma taman orkid ..kami tak jadi nak ke seberang. Kalau gi petang baru best kata pakcik tu.
Tugu yang ada kat area Kuching Waterfront. Nak ambil gambar Imran dan Firdaus kat sini pun mereka tak nak. Geram betullah.
Bila dah ambil gambar kami terus jalan ke depan nak tuju ke India Street. Oleh sebab tak tau nak ke situ akak bertanya kat seorang pekerja hotel yang sedang menunggu bas.
Ingatkan kawasan Little India ni ramailah orang India yang berniaga rupanya lagi ramai peniaga berbangsa China.
India Street terletak diantara Jalan Power, Jalan Gambir dan Jalan Barrack. Orang tak ramai sangat masa kami sampai. India Street cuma boleh dilawati pada waktu siang sahaja, diantara 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Koleksi tudung, t shirt kenangan, kain batik sarawak memang banyak di jual di sini. Ada juga kedai kasut, cenderamata, sandal, baju melayu dan koleksi rantai tangan serta kain kain ela bagi yang berminat. Ada gak kedai jual peralatan dan barang bakeri.
Terdapat juga gerai-gerai kecil di kaki lima menjual barang perhiasan seperti kalung kristal dan hasil kraftangan tempatan.
Di sini ada tempat makan tapi anak akak nak jenguk apa yang ada kat lorong-lorong kecil di situ. Masa kami sampai peniaga baru nak buka gerai.
Kat lorong ada gerai-gerai yang menjual sotong, ayam goreng,hati ayam dan macam-macam lagi termasuk mee dan bihun goreng. Ingat ada tempat nak lepak tapi tak ada. Akhirnya beli ajer apa yang anak nak makan, terus pergi ke sebuah restoren.
Lepas pekena roti telur dan air kat restoren tersebut, kami jejalan lagi kat sini.
Kalau nak beli cenderahati camni pun ada dan di tepi jalan ada orang lelaki jual gambir sarawak, akak cuma tenguk camner rupanya dan akhirnya akak tak beli satu apa pun kat sini.
Di hujung jalan Little India kami ternampak banyak van yang berhenti kat sini. Ada van yang ada permit dan ada van sapu.
Oleh sebab kami bertiga bila tanya nak sewa kereta bawa sendiri dekat seratus, van ataupun teksi nak ke kampung budaya sahaja (RM80.00 tak termasuk bayaran masuk) ataupun ke Setubung dengan harga yang sama, kami ambil keputusan tak pergi ke situ. Rasa tak berbaloilah pulak, nanti kalau ada rezeki boleh datang lagi dangan suami dan anak-anak yang lain.
Akhirnya kami naik van ni, sajer jejalan kat mana tah (lupalah nama tempat tu) dengan bayaran cuma RM2.00 seorang. Bila sampai ke perhentian terakhir tak apa yang menarik kami tak turun kat situ dan terus bayar lagi untuk ke perhentian van semula.
wah...asik jalan2 je ni...
BalasPadamjalan sakan kak ina nih...jeles2...
BalasPadamjln2 tgk tempat org :)
BalasPadamBanyak ke shopping? Kek lapis seberang sungai pi tak beli situ?
BalasPadamsalam kak ina, slmt berpuasa juga buat kak ina ya...rindu nak jumpe
BalasPadamakak puasa di Kuching kah? hotel mana tu?
BalasPadam*mase out-station hari tu, opismet tak mo teman p tugu. kecewa! naik bot 50sen & RM1 tu best!! :-)
Rindu Sarawak...huhu
BalasPadampas transfer ngaja semenanjung sy blum sempat jenguk swak kembali..mekasih kak utk gamba2 ni..=)
akak kena bawak diari nih.. tulis2.. hehehee
BalasPadamAssalamualaikum Kak Ina
BalasPadamada nampak selipar PHD di India Street tak....he he
Wassalam
kak ina ada rasa diorang punya ais kacang tak...memang meriah dan sedap....
BalasPadambestnya akak.. asik jenjalan je kan?
BalasPadam