OOO

Jumaat, Ogos 19, 2011

Hari Kedua Di London (Akhir)

Dah lepak kat st. james park, akak dah tak larat nak jalan lagi.  Ajak suami naik tube ajerlah katSt. James's Park Tube Station yang tak jauh dari situ.  Lepas isi duit lagi dalam osyster card, kami tanya kat pekerja kat situ macamana nak pergi ke Harrods sebab pening tenguk map.  Dari stesyen situ kena tukar 2 line..

Nasib baiklah tak sesat, sebab suami akak tanya lagi kat orang yang tengah tunggu dan akhirnya sampai gak ke Harrods di Knightsbridge.  Bila keluar ajer dah nampak dah Harrods.  Bukan akak ajer yang sibuk nak ambil gambar orang lain pun sama.
Kami masuk ke dalam Harrods, fuhhhh harga yang di tawarkan memang boleh merabakkan poket, akhirnya lepas tenguk itu dan ini kami keluar dari situ dengan tangan kosong.  Bila lepak kat tepi Harrods dapat tenguk gaya orang kaya yang naik kereta mahal turun depan Harrods..bergaya dari atas ke bawah pakai barang branded. 
Kedai kek depan Harrods, harganya telan air liur bila tenguk.  Cuci mata ajer tenguk dari tingkap.
Kat sebelah Harrods ada ZARA
 seberang jalan GUESS..memang kat sini tempat orang banyak duit bershopping.  Dari situ kami cadang nak gi ke Zoo London tapi bila keluar dari underground station kena naik bas nak gi kesitu.  Akhirnya tak jadi pergi dan kami ambil keputusan balik ke Paddington.
Tiap kali nak naik tube suami akan ambil map yang baru dan minta pertolongan dengan pekerja kat station.  Bila dah sampai kat bawah dia akan tanya lagi dengan orang yang duk tunggu kat situ sebab takut sesat.
Makan lagi kat Chicken Cottage sebab kat situ ajer ada jual nasi sebab perut akak ni kena makan nasi sebab dah pukul 2.00 lebih.  Lega perut dah kenyang lepas tu kami  pergi pulak ke kedai jual poskad.
Kami nak pos poskad kat mak dan anak kat rumah.  Memang tak tau kat mana post office kat Paddinton, bila tanya kat seorang budak lelaki yang pakai baju sekolah dia dengan senang hati tunjukkan jalan.  Ada ambil gambar dengan dia tapi guna camera kat hp suami sebab kamera dah kehabisan bateri.  

Sampai ajer kat hotel hujan lebat..apa lagi tidur tak sedar diri sampai pukul 4.00 lebih.  Tenguk ada miss call dari Shukie.Shukie nak bawa kami gi ke Malaysia Hall kat Baywater.  Lagipun Shukie teringin nak makan masakan Malaysia kat kantin di situ.

Bila jejalan ternampak Restoren Melayu RESTORAN "TUK DIN" di  41 Craven Road, Paddinton, London W2 3BX Tel; 0207 723 6955 . Restoran ini sempena nama pemiliknya Tuan Zainuddin Yahaya, berasal dari Alor Star Kedah.  Kami cuma tenguk menu kat luar sahaja sebab kami bercadang nak cuba masakan dari negara lain. Ramai gak orang yang makan kat restaurant ni.
Kami masuk ke satu kedai yang menjual barang antik..suami tertarik tenguk beg ni..akak pun nak beli satu benda tapi suami tak bagi, beg dah tak muat. 
Akhirnya sampai gak kat Malaysian Hall  yang terletak di  30-34 Queensborough Terrace, Bayswater, London, W2 3ST Bayswater.  Kami terus ke Malaysia Hall Canteen yang memang tak ada papan tanda, kalau Shukie tak bawa tentu tak jumpa.

Shukie belanja minum teh tarik yang berharga 2 pound..kalau tak silap.  Sempat gak sembang dengan 2 orang pelajar India dan sorang Melayu yang baru setahun menimba ilmu di London.  Mereka tengah sibuk cari rumah (bilik) yang harganya mahal sungguh kat situ.
Kantin ni kat basemant di Malaysia Hall sebenarnya.  Ada jual macam-macam tapi ramai yang suka ambil nasi campur  harga lebih kurang dalam 3-4 pound.  Kiranya makanan kat sini oklah dari segi harga sebab yang makan pun student dan orang Malaysia yang bekerja di London yang rindukan masakan Malaysia.
Shukie yang tengah syok menikmati makanan Malaysia.  
Kat sini ada juga di sediakan surau.
Banyak gak hotel kat area Malaysia Hall ni, 
kebanyakkannya harga dalam 70 pound ke atas.
Sebelum ke London akak cadang nak bermalam kat Malaysia Hall  selama 2 hari sebab harga yang ditawarkan memang murah  tapi kena pulak  tidur berasingan lelaki dan perempuan, kira cam dorm aa tapi ada terjadi perkara yang menyakitkan hati terjadi, jadi  akak sakit hati langsung ambil keputusan tidur kat hotel ajer.
Dalam perjalanan ke hotel memang banyak restoren halal dan kami ambil keputusan ke sini.
Sajer nak rasa masakan lebanon
sedap makanan ni..macam kebab di isi dengan daging kambing
suami minta yang ini sementara Shukie order air ajer sebab dah kenyang
 
Shukie suruh akak beli t shirt ni, akak tak beli tapi akak beli lagi ole-ole yang cuma berharga 2 pound.  Murah sungguh dari kedai yang akak beli sebelumnya.  Nak buat camner kan..tak sabar punya pasal.

Jejalan memalam kat sepanjang jalan ni banyak omputih minum tepi jalan, seram gak tenguk.  

Akak suruh Shukie  balik selepas berpeluk cium sebab lepas ni tak jumpa beliau lagi dan suruh dia balik ke rumah member dia yang berdekatan kat situ sebab risau kalau jadi apa-apa kat beliau.  Terima kasih buat Shukie yang sudi menghabiskan masa dengan kami berdua.

Bila balik kat sini rupanya Shukie ni anak buah geng masak memasak yang akak pernah jumpa di KLCC.  Tak sangka betullah..betapa keciknya dunia.

9 ulasan:

  1. sedapnya makannan tu kak.. nyum nyummmmm

    BalasPadam
  2. bestnya kak ina dah sampai London....

    BalasPadam
  3. wah bestnyaaaaaaaaaaa...hehehehe

    BalasPadam
  4. Bestnya kak.. dapat ke London..
    sy x pernah lagi pergi obersea...

    BalasPadam
  5. teringat balik segala memori kat UK--hehhe me pernah gak mkn kat cafe msian hall tu :) :) terubat rindu nak mkn mskn msia :)

    BalasPadam
  6. seronok ya kak dpt jln2 London,lps nie senanglah nak gi mana2 obersea sbb dah ada pengalaman.....

    BalasPadam
  7. kak ina...kalau tak keberatan nak tanya sepanjang di london tu kak ina stay kat mana...saya dan hubby pun plan nak stay di msian hall tapi bila baca citer kak ina rasa mcm tak sesuai pulak...sib baik tak berbooking lagi..tapi hotel rate kat london boleh tahan jugak...

    cm

    BalasPadam
  8. salam cm..
    kat area malaysia hall dan paddington memang banyak hotel..kamu search kat google berapa ratenya.

    Selalunya dalam RM350 lebih ..kata area ni senang sikit nak cari makanan halal.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...