OOO

Ahad, Ogos 07, 2011

Best Gak Pullman Hotel Kuching, Sarawak

Bertolak dari rumah pukul 4.30 pagi ke rumah adik di Shah Alam sebab hb tak boleh hantar, adik hantar ke KLIA dulu sebab Firdaus naik flight pukul 7.45 pagi sementara akak dan Imran naik di LCTT , adik lelaki akak bawa balik kereta ke rumah beliau.

Sepatutnya Yana yang pergi ke Kuching bersama Firdaus tapi dek kerana Yana kena balik awal ke India terpaksalah akak menggantikan belau . Kena bawa Imran sebab tak ada orang nak uruskan dia kat umah. Oleh sebab tiket firefly dah mahal , terpaksalah kami naik Air Asia, kiranya percutian ni tak di rancang.
Nasib baiklah penerbangan ikut jadual dan akhirnya sampai ke Airport Kuching dekat pukul 10.30 pagi.Bila naik Air Asia kenalah naik dan turun tangga termasuklah di Airport Kuching, sape yang bawa hand carry sampai 2 beg dan berat giler, memanglah payah terutama yang dah berusia.

Seksa akak tenguk dia orang angkat beg sebab malas nak bayar lebih. Nasib baik beg pakaian akak Firdaus yang bawa, kalau idak payahlah juga.
Masuk ke Sarawak rupanya cam kita masuk ke negara lain ek. Kena bagi ic/passport dan dapat pass lawatan sosial yang kena simpan dan dipulangkan semula bila hendak kembali ke Kuala Lumpur.
Alhamdulliah Ummiross dan suami dah sedia menunggu kami dan menghantar kami ke hotel. Terima kasih buat mereka suami isteri. Kalau naik teksi selalunya dalam RM25-30 sebab dekat.
Selepas tu beliau pulang dan alhamdulliah sebab dapat check in awal dalam pukul 12.00 tengahari dan kami di berikan bilik deluxe. Bestnya...
Imran memang happy sebab boleh berendam kat dalam bath tub. Dia tak sabar nak gi mandi kat kolam renang tapi akak tak kasi sebab tengahari mana boleh mandi manda kat situ. Orang tua kata banyak setan time sebegitu..
Dah memang jadi tabiat Imran semua nak di sentuh.
Ingatkan bolehlah layan internet dalam bilik sepanjang masa, rupanya untuk
1 jam sahaja, lepas tu kena bayar RM50.00 untuk 24 jam.
Bila tenguk katil terus lepak sebab mengantuk dan letih sebab keluar dari rumah awal pagi. Perut masih kenyang sebab makan dalam flight.

Dalam pukul 3.00 petang baru terjaga..kami jalan-jalan cari makan sebab perut dah lapar. Pullman Hotel dekat ajer dengan Hotel Hilton dan Tune Hotel.. tenguk kat Water Front cam tak ada kedai makan masa tu.

Dekat dengan tune hotel kami jumpa shopping complex dan kami makan makanan segera kat situ. Beli jajan di sebuah supermarket dan pulang semula ke bilik.
Imran dah bising nak mandi manda..layankan ajerlah budak kecik ni...orang tak ramai sebab weekday, yang ada cuma pelancung asing..tapi seksalah mata tenguk pempuan omputih pakai seksi
Mereka ashik menjemurkan diri sementara akak cari tempat teduh sambil baca novel
Ada gak gim di sini..
Oleh sebab hotel ni best, kami tak ke mana-mana pun pada hari pertama sampai, Firdaus gi beli nasi penyet yang sodap, sementara akak lepak kat lobby update blog.

16 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    saya dulu pun teperanjat juga dengan pass lawatan sosial tu...sebab sebelum ni tak ada...pesan kat anak2 kena simpan betul2...kalau hilang...panjang cerita nya nanti..he he

    SELAMAT BERPUASA

    Wassalam

    BalasPadam
  2. syoknyer.... bila la boleh nak naik belon gi kuching ni....

    BalasPadam
  3. beshnya cuti2 msia :) me tak pernah sampai sabah sarawk--cian me :p

    BalasPadam
  4. akak dah terima belum emel saya tu... tadi saya dah emel semula

    BalasPadam
  5. sy tak penah jejak kaki ke sarawak lagi. kena ajak en. abah pegi gak ni nanti

    BalasPadam
  6. Salam kak Ina..blh citer tak tempat2 mkn yg best kat sana..sbb myb Liza ke Kuching bln 11 nnt...anyway xpernah pun sampai sana...kira2 1st time la...

    BalasPadam
  7. bestnya..mahal x hotel tu kak.. nanti kita nak ke sana gak

    BalasPadam
  8. hurmmm...tapi rasanya kalau kasi myKAD dah okey kot...diorang guna pas lawatan lagi yekk....

    BalasPadam
  9. Tuhlah tak faham. Dah melancong ke luar negaralah pulak. Sepatutnya dengan MyKad dah cukup dah..sampai sekarang masih diamalkan kad immigresen ni..tak fahamlah.

    Ada makan mee kolok tak? Atau laksa Sarawak.

    BalasPadam
  10. peh ..sakan berjalan kak..pegi mana kt kuching??

    BalasPadam
  11. Salam kak Ina;
    Cantiknya hotel Pullman tu...

    BalasPadam
  12. Kak Ina,
    Amboi,amboi,amboi...asyik berjalan aje Kak Ina ni..hehehe.Akan saya tunggu new posting akak ...kepo nak tau apa Kak Ina makan and shopping kat Kuching tu.

    BalasPadam
  13. Salam kak ina..

    Wahh bestnya travel2, jalan2.. Saya tak pernah gi Sabah/Sarawak.. Tp ura2 kwn college lama nak kahwin thn dpn, so bole la amik chance gi Sabah nanti.. Pastu gi Sipadan Island.. Ahhh best best *berangan*

    BalasPadam
  14. aritu pergi sabah, pas lawatan hilang ahmad main. nasib baik boleh balik semenanjung..hehe

    BalasPadam
  15. hello2...juz nak promote yer.. im chris adam from kuching sarawak.. juz nak bagitau yg i boleh tlg jd tourist guide korg,n sesape yg nk ke kuching sarawak.. rm250 utk 6jam,: 3 hari+ 6jam shari is rm600 termasuk minyak n DRIVER , sekali kereta proton waja,kalau ramai,pakai kreta Alza. n driver i sendiri.. i blh bawa kemana sja yg u all nk pergi, or i blh intro tmpt yg best2, cth ::
    1; kampung budaya
    2: gunung santubong (jika ingin mengetahui sejarah puteri santubong,or ingin melihat bentuk gunong tersebut)
    3: serikin , tebedu / sempadan indonesia,barangan murah,sperti beg,baju,kraf tangan, buah tangan,smua murah2..n bnda yg korg xpernah lihat d tmpt lain..
    4:wind cave, fairy cave ,
    5: menikmati rumah bidayuh (baruk)..rumah iban (rumah panjang)
    6: tmpt picnic yg paling sesuai seperti (family park, jambatan merah, sungai rayu, sematan, lundu,
    7: jln2 d sekitar kuching,tmpt shopping,
    8: budget hotel,standard hotel,i boleh tlg cari..
    9: n nak kemane jer,i blh bawa..nk uturn,nk singgah,berhenti,up to u..hehe
    BANYAK LAGI SAMPAI XDPT NK LIST KAN.HEH ..
    sorry , i juz nk promote..kot2 nk pg kuching lagi kan? i blh bawa..dont worry,im friendly..love to make friend. N THANKS..U MAY CALL ME
    0149957036
    Adam.( your personal driver at kuching )
    facebook : chreez_devil88@yahoo.com

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.co
    Blog : http://kitaholidays.blogspot.co.id/
    FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays

    Wassalam

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...