Sebelum balik kampung akak singgah makan tengahari kat restoren ni. Restoren ni dekat office suami tapi suami tak pernah makan kat sini.. Masa sampai restoren baru buka, orang tak ramai lagi..Suka betul tenguk deko kat dalam restoran ni.
Terletak di Jalan Hinai dekat dengan Jalan Tun Razak. Kat area jalan hinai memang banyak restoran, ada masakan stail cina, korea, india dan arab. Restoren ini menghidangkan masakan stail morocco.
Menu makanan stail Arab Morocco memang mahal sikit. Tak boleh makan selalu. Sekali sekali bolehlah.
mestilah ambil gambar, memang teringin nak pegi negara arab tapi belum tertunailah hasrat dihati
harga minuman pun boleh tahan gak terutama air jus, rasa cam tak berbaloi kalau order minuman kat sini. Mahal kan..kalau tak order kang tercekiklah pulak.
Lemon Mint Juice..fuhh segar sungguh bila minum. Lamb Mandy untuk Firdaus, puas hati sebab nasi dan kambing memang banyak, kalau orang perempuan makan boleh kongsi. Chicken Wings untuk Imran harga RM15.00, ada coleslaw dan kentang goreng.
Tak habis pun Imran makan, yang menghabiskan orang lain. roti tu free, kami cicah dengan makanan yang suami order.
Tak habis pun Imran makan, yang menghabiskan orang lain. roti tu free, kami cicah dengan makanan yang suami order.
Tajini kambing pilihan suami , harga dekat RM20.00. Memang lembut betul kacang pea, kentang dan lobak. Isi kambing memang agak banyak, akak share makan dengan suami. Bila makan ada terbau sesuatu yang enak tapi tak taulah apa bahan yang di gunakan. Rasa cam nak cari ajer resepi ni tapi bekas ni tak adalah pulak.
Masa kami makan ada offer..air dan makanan tertentu cuma RM13.00 sahaja. Bil dalam seratus lebih. Masa nak balik mereka bagi puding caramel. Happynyaaa.
wahhh bestnya kak.....
BalasPadamtapi air dia macam mahai2 jer kan
mahal sikit, tapi kalo sedap mmg berbaloi la kak kan..:-)
BalasPadammmg biasa harga mcm tu kat negara timur tengah ni...jus dia mmg asli pekat n berbaloilah...
BalasPadamNampak cam sedap gak.....lepas boleh la saya terjah restoran arab la pulak yea....
BalasPadamsedapnya..kita pernah makan kat wadi hadramawt
BalasPadam