OOO

Khamis, Julai 21, 2011

Ke Hatyai Thailand

Ikut jadual bas bertolak pukul 10.00 malam, lepas maghrib suami nak hantar tapi akak kata baik tunggu sembahyang isyak baru pergi. Ikut jalan mana tah tiba-tiba masuk kat Jalan Bukit Bintang, jem sungguh pulak malam tu.

Dari Lot 10 nak ke simpang Balai Polis Bukit Aman ambil masa yang lama. Akak dah kelam kabut sebab lagi 15 minit pukul 10.00 malam. Rasa cam nak jalan kaki ajer gi ke Puduraya. Suami dan anak-anak kata..
relaxlah mak..sempat..

ambil gambar dalam bas masa nak balik baru ambik ..pegi 7 orang termasuk budak kecik tu. Mereka dah pegi banyak kali, tu sebab akak ikut.

Memang rasa resah gelisah di buatnya, orang yang akak nak ikut ashik call ajer. Oleh sebab Puduraya dah berubah rupa, dah tak ada pintu masuk kat jambatan lagi rupanya. Dah beralih kat jalan nak ke Jalan Petaling.

Fuhh leganya bila dah sampai, tak sampai 5 minit bas pun jalan. Besar gak seat bas ni, selesa sangat. Berhenti beberapa kali isi minyak dan akhirnya sampai kat tempat rehat, tak perasan kat mana , memang dah dekat dah kat imigresen bukit kayu hitam.

Bersihkan diri dan tukar duit bhat kat situ kemudian naik bas semula dan berhenti lagi dan mula bas beratur di imigresen Bukit Kayu Hitam sebab masa tu pintu belum buka lagi.Kami sempat gi solat subuh kat surau di situ. Bila pintu sempadan dah buka beratur chop kat imigresen Malaysia dan naik bas semula.
Kemudian turun lagi dan beratur pula kat Imigresen di Danok Thailand. Orang kata selalunya pegawai imigresen thailand suka minta RM1.00-RM2.00 tapi kakak R yang biasa gi kata tak payah sebab dia selalu minta kat orang muda, kat makcik/pakcik dia tak minta. Oleh sebab tak makan apa-apa dari masa bertolak malam tadi, kami beli ayam goreng buat sarapan. Boleh tahan gak harga ayam goreng kat sini, tak silap RM3.00-4.00.
Jagung pulut yang tak pernah akak jumpa dan makan,
tapi tak beli masa ni, beli masa balik.
Sampai ke Hatyai dalam pukul 8.00 lebih, jalan kaki ke hotel dan membersihkan diri. Geram sungguh akak dibuatnya bila beg pakaian yang akak bawak tak boleh buka. Camner nak salin segala apa yang patut kan, berpeluh-peluh akak cuba membukanya. Contact anak dan hb tanya no kunci, betullah no tu tapi masih tak boleh buka. Sekali sms kena telan RM2.50.

Puaslah orang lain tolong, masih tak boleh buka. Apa nak buat sebab nak kejar masa, akak pakai balik baju malam tadi.
Naik tuk tuks ke Hat Yai Market dengan bayaran 20 bhat (RM2.00) se orang pastu naik ke tingkat 3 baru ada food court yang banyak orang islam berniaga. Sama ajer tempat ni, akak pernah pergi sekali dalam tahun 1990 kalau tak silap.
harga makanan murah sikit dari kat Malaysia, kebanyakkan order beraneka nasi goreng. Bila makan mereka bagi sup yang amat sedap sehingga kitaorang ashik minta tambah,lelama taukeh kedai bagi semangkuk besar...wah cam perli ajer
Rambang mata tenguk beg tangan kat sini. Bermacam jenama antarabangsa..tapi ciplaklah. Kalau gred A memang sebiji sama macam original. Harga memanglah mahal sebab penjual tenguk orang luar (dalam 100 lebih) tapi dek kerana yang lain dah pernah beli, mereka tau nak tawar berapa. Rupanya tak sampai pun RM100.00.
Akak tak beli pun, duduk memikirkan camner nak buka beg pakaian akak tu.
Kat tingkat 2 banyak baju, jubah dan tudung. Kakak R kata tak yah beli kat sini, baik beli kat Kuala Lumpur lagi murah.
Lagi beg tangan ciplak gred A..memang menggoda iman weiii
Kakak R tengah pilihkan baju buat anak buah dia. Akak cuma tenguk ajer sebab niat datang kesini nak jejalan sahaja.
Dalam pulul 1.00 lebih kami berangkat balik selepas minum kat tingkat bawah.
Banyak gak dah berubah pekan Hatyai ni. Sampai ke bilik hotel akak teringat ada orang cerita mereka kalau nak buka pintu berkunci guna kad cam kad kredit/kad jj. Alhamdulliah dengan cara tu akak boleh buka beg pakaian.

Leganya ...lepas mandi dan buat apa yang patut, akak tidur sebab tak tidur lena dalam bas sementara geng yang lain keluar jejalan.

22 ulasan:

  1. amboi kakina..asik jenjalan obersee jek ek..hehe! lenkali nk gi leh inform kita nk itot..

    BalasPadam
  2. lawa gak la hatyai ni kan kak..teringin nak pi..cadangnya nak pi bangkok thn depan

    BalasPadam
  3. sawadikap,he2

    org sana pon ckp kelantan or slang utara

    BalasPadam
  4. kite pegi hari tu pun makan kat situ gak.. memang totally murah dan sedap..

    BalasPadam
  5. wah besnya kak...hehehehehe

    eka tak pernah jjak lagi ke hatyaii ni....

    nasib buleh bukak kan..kalo x kene beli baju baru lerr

    BalasPadam
  6. jgn lupa beli ole2 sy eh..heee..seronok xpenah jln ke luar selain msia..uhuk

    BalasPadam
  7. sawadikka (utk org pompuan), sawadikkapp (utk org jantan)
    kak ina jgn lupa makan pulut doyan, pulut mangga dan pulut ayam...sedapp betui..pehtu pergi floating market hatyai mcm2 makanan yg pelik2 ada...

    BalasPadam
  8. K.Ina jln2 ke Hatyai..best nengok brg kat sana...sy belum pernah sampai lagi. nasib baik bag k.Ina dpt buka juga

    BalasPadam
  9. wahhh, bestnya kak ina asyik jln2 obersea...luas pemandangan...

    BalasPadam
  10. Ina...kita pernah ke hadtyai... barang2 ciplak dia memang menggoda... cantik2...

    BalasPadam
  11. Wah! kak ina jejln tu. Hatyai lagi. Byk berbelanja? beringat sgh yek. kalau saya nampak begitu, ttu saje goyah iman. Silap2 duit plastik pun pekena gak. uhhuuu.. Jgn lupa p spa, released mana yg patut.. :))

    Update Blog: http://way2healthynbeauty.blogspot.com/2011/07/aku-mahu-menjadi-ratu.html

    BalasPadam
  12. seronoknye akak... jalan2 aje sekarang ni ek....

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum kak Ina

    saya tak pernah sampai lagi....

    Wassalam

    BalasPadam
  14. seronoknya kak Ina jln Hatyai plk kali nie.....

    BalasPadam
  15. member saya kata kalau dah makan tomyam thailand sure lupa kedai tomyam kat msia nei...

    BalasPadam
  16. wah seronoknyer kak jalan2 kat hatyai....mesti makan2 kat saner best kan....

    BalasPadam
  17. SAalam kak ina, akak pergi ikut rombongan ke member yg dah pernah pergi?

    Nampak happening saja.

    BalasPadam
  18. Salam kak Ina...senang2 nanti jenguk la dapur saya. Link akak ada di sanaaaa...i follow

    BalasPadam
  19. UUuii meriahnyaaa shoping kat Thailand kak...
    Lain kali pakai Flexiroam leh calling² saya dengan murah sekali untuk bertanyakan nak kirim apa ;p

    BalasPadam
  20. tu dia jalan2 smepoi ni

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...