OOO

Selasa, Jun 07, 2011

Yezaaa akhirnya sampai gak kat Stadium Manchester United /The Red Devils

Oleh kerana perjalanan yang di ambil memakan masa berjam-jam kami kena gerak awal dan dah tentulah akak masak pepagi dan menu yang paling senang spagetti dan nasi goreng.
Harga minyak di UK memanglah mahal dari Malaysia, tak aperlah sebab kalau jejalan guna highway tak kena tol. Kat sini tak kira km tapi masih lagi guna miles/batu..akak kadangkala keliru ingatkan dah dekat bila tenguk papantanda..tapi sebenarnya masih jauh.
Sepanjang jejalan dan gunakan lebuhraya, tak pernah lagi akak tenguk ada kemalangan, walaupun kat sini boleh merempit ikut suka hati nak bawak sampai 200km pun boleh. Tu sebab kat sini banyak yang guna kereta canggih manggih..harga kereta berjenama mewah kat sini memang murah sungguhlah.
Tempat rehat
Kali ni kami ke Manchester pula dan mengambil masa 3 jam lebih lebih baru sampai. Dah tentulah kitaorang nak gi tenguk Stadium Manchester United yang terletak di Sir Matt Busby Way, Old Trafford, Greater Manchester, England.

Masa akak sampai banyak gak rakaman dari negara lain..tentulah mereka nak ambil gambar di Stadium ni sebab
Manchester United Football Club merupakan kelab bola sepak Inggeris terkenal, berpusat di Old Trafford di Trafford, Greater Manchester, dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia . Manchester United adalah merupakan salah satu kelab yang berjaya di dunia, dengan telah memenangi Liga Perdana Inggeris/Divisyen Pertama Liga Bola Sepak Inggeris sebanyak 15 kali, Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris), Piala Liga dua kali, Piala Eropah dua kali, Piala Pemenang Piala UEFA sekali, Piala Antara Benua (Intercontinental Cup) sekali, dan Piala Super Eropah (European Super Cup) sekali.(info di wikipedia)
The United Trinity, a statue of Manchester United's "holy trinity" of Best, Law and Charlton. Engku Imran suami Erra Fazira pun fan MUFC..member Russhdi pun fanatik dengan pasukan ni. Janganlah nak kutuk red devils ni, mesti ada yang tarik muka.
The Hublot clock tower in Old Trafford's car park E1
Akak pulak...hermmm taulah serba sikit sekarang ni sebab dah pegi kat sini akak ikuti perkembangan MUFC sekarang ni. Tapi sayang ek sebab kalah hari tu. Sekarang ni tengah hot kisah skandal Ryan Giggs dengan model tu. Dan juga kisah Wayne Rooney yang sibuk nak lebatkan rambut.
Imran paling tak suka pasukan Red Devils ni ..dia yang kata..mak ni,tempat setan merah pun pegi . Mestilah pegi, entah bila mak nak sampai lagi. Mentang-mentanglah dia penyokong kuat Chelsea.
Oleh sebab suami tak berapa minat dengan pasukan bola Manchester United, kami tenguk ajer barangan kat sini. Akak manalah tau pasal bola, pasal masakan bolehlah. Ambil gambar untuk kenangan ajerlah kat dalam ni.
Posing kat Old Trafford's car park E1.Syoklah tenguk keta kat uk ni..best-best dan harga pun murah sungguh. Yang mahal insuran dan road tax.
Tak berani nak naik teksi kat UK...mahal sungguh.

p/s Ada lagi gambar kat N3 yang dulu Kat Sini

11 ulasan:

  1. beat nya akak dah jejak,saya minat MU!!

    Skandal ke hape ke,lantak deme la heheh

    BalasPadam
  2. wahhh teringin nk g stadium manchester tu....ok jeles sudah!

    BalasPadam
  3. jauhnya ina jalan2.tingin nak kesana..tapi ntah bila ye..huhu..

    BalasPadam
  4. wah bestnyer akak da sampai stadium Mans. gitu.
    ;))

    BalasPadam
  5. bestnye kak ina g Old Trafford. ni kalo hubby kite nmpk ni, musti jaki gile ngan akak..ahaks!

    BalasPadam
  6. Kak,
    Saya paling tak kuasa pergi UK ni tengok stadium...baiklah saya pergi shopping..hehehe, or else melawat muzium or even old castle.Hopefully end of this year, I akan ke sana lagi..harap-harap saya ada kat sana on 26 Dec for the boxing day sale.Akak tak beli Burberry ke?

    BalasPadam
  7. salam kenal.. rajin2, jemput singgah blog AKU SEBUTIR PASIR hamba kalau berminat nak baca my travelling experiences ke 46 buah negara.. :)

    BalasPadam
  8. oh rindu tengok highway sana. kita pegi berberapa stadium kat sana tu tp tak penah jumpa sorang pun player dia. hehe.. kita pun suka amik gambar ngan kete org lagi2 kete2 yg jarang jumpa kat msia. hihi..buat kenangan kan kak! :D

    BalasPadam
  9. salam,

    akak pegi berdua je ke? imran tk ikut ek? die tinggal ngan sape? tk sedih ke berpisah anak bongsu akak tu? hehehe... ke mak die yg sedih, hehehe...

    BalasPadam
  10. yang penting .... dah kat sana mana kita pegi koleksi gambar kenangan mesti ada kan....

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...