OOO

Rabu, Mei 25, 2011

Jejalan di Newcastle United Kingdom

 9hb. Mei 2011
 Akak terpegun bila pertama kali sampai kat Newcastle ni.  Cantik sungguh bangunan di sini.  Kat area sini kebanyakkannya kedai jual barangan berjenama.  Kami window shopping ajer.  Nampak gak Primark antara tempat shopping yang fofolur di United Kingdom
Bagus betullah mereka pelihara bangunan lama camni.  Tak macam kat sini. Akak ralat betul bila Penjara Pudu di robohkan. Jangan nanti mereka robohkan bangunan sultan abdul samad dahlah.
Terkedu menenguknya sambil tangan tak sudah-sudah klik sana klik sana.  Jangan marah ek akak letak banyak gambar bangunan lama ni.  Ada gak bangunan moden tapi tak banyak.
Kalau ada kamera canggih lagi lawa kan.
hotel thistle ni mahal tau bayarannya ..tak caya google ajerlah
tempat kami parking keta..tension gak setiap jam russhdi kena berlari masukkan 1 pound tak leh letak bebanyak..agak jauh gaklah

kat sini baru jumpa kedai ayam halal orang arab tapi kami tak singgah makan sebab akak bawa bekal nasi goreng dan spageti.  Ada gak terjumpa kedai pizza dan kebab halal.  Anak kata KFC pun halal kat sini.  
 Ada ajer chinatown ni kan kat mana-mana

akak ni memang suka tenguk bangunan lama

tak taulah pulak ni monument apa

hb sempat lagi sambar handphone kat sini sebab jenis yang dia beli tak ada kat sini dan harganya murah separuh dari harga di Malaysia sampaikan akak pun naik syeh nak beli gak tapi bila di nasihatkan akak tak jadi beli sebab yang lama masih elok lagi

Letak lagilah gambar lomantik ni.  Hb akak sebenarnya tak suka bergambar dan marah bila ambil gambar dia  tapi kat sini boleh pulak dia suruh Russhdi ambil gambar sambil peluk akak.  Takut gak orang kata buang tabiat.
Jejalan kat town Newcastle tak terasa penat
Jalanraya lenggang ajer walaupun hari Selasa

25 ulasan:

  1. saya suke bgnan lame,btl kak ralat pudu jail hilang mcm tu je

    BalasPadam
  2. bestnye akak, ntah bila dpt berpeluang ke sana, tengok gambar kat blog akak pun jadilahhh

    BalasPadam
  3. Aslkm
    Seronokkan jenjalan.
    sepupu saya ada kat newcastle , dia ambek PhD dari UPM dgrnya sebelum raya ni balik,habis dah. Dia org Batu Pahat. Jumpa pelajar2 kat sana?

    BalasPadam
  4. semua bandar kat UK memang lebih kurang sama jer :) sgt cantik :)

    BalasPadam
  5. kami tak pernah lg pergi UK..
    bestnyer le akak..
    a'a china town mmg kat mana2 ada, brape kali dah kami jumpa..:)

    BalasPadam
  6. wah seronok jenjalan..
    masaalah di tmpt kita ni..semua sejarah nak di hilangkan.jgn marah kalo ank muda tak tau asal usul mereka.kat negara lain sejarah di pelihara.

    BalasPadam
  7. Salam kak Ina! suka sangat baca coretan akak berjalan ke luar negara. sangat ikhlas. Mesti seronok dpt jln2 tempat orang, nnti anak saya dah besar nak soh dia beljar uk jugaklah. balik semula ke tempat dia dilahirkan. Rindu dengan suasana di uk. :) Alhamdulillah rezeki kan kak!

    BalasPadam
  8. memang itu kelebihan kat negara eropah kebanyakan bangunan lama dipelihara dengan baik...

    BalasPadam
  9. memang seronok betul jalan2 tempat org kan

    BalasPadam
  10. wahh..akak beromantik ke uk sana..best2.teringat dulu dpt offer study di sana tp x g..

    moga selamat di sana dan selamat pulang..

    BalasPadam
  11. ya Allah kak Ina....syahdu tengok entry ni...wenduuuuu amat nak ek sana lagi...w/pun hanya 4 bulan di sana temankan hubby habis belajar...tapi memori sangat indah...that was in 2007...tapi bangunan semua masih sama macam dulu

    BalasPadam
  12. Kak Ina,syok giler baca cete akak.pengalaman mahal nie kak..mmg betul kalau gi luar negara sume cantik teratur dan tersusun ajer..tengok pic pun dah tau..seronok kan kak!!

    BalasPadam
  13. seronok jln2 ye. paling cantik pic yg romantis tu :)

    BalasPadam
  14. salam K.ina..bestnya akak melancong ke luar negara.jeles tgk K.ina & HB bkn main romantissss gitu...

    BalasPadam
  15. kak ina. kalau perasan kat sana org2 tua lagi loving. jalan sama2 sambil pegang tangan.

    BalasPadam
  16. salam kak

    amboi bestnya jalan jauh.gbr pun ctk2 belaka...yg bedua dgn cik hb tu yg mahal tu! nk kirim fridge magnet...hihii

    BalasPadam
  17. waduh kak ina..jeless kita tgk entry akak jenjalan kt UK..xtau la bila lak kita nk sampai sana!!

    BalasPadam
  18. jauh berjalan ye kak~ suka la anak akak dpt jmpa akak kt sna :)

    BalasPadam
  19. cita2 nak sambung master kat uk tahun depan..tu yg google pengalaman orang malaysia di uk..terjumpa blog akak. bestnya tgk gambar2 ni...x sabarnya nak belajar kat sana. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. syukur alhamdulliah tanpa nama..semuga kamu berjaya yer

      Padam
  20. Salam K ina, laaaa akak pernah ke jln2 Ncl, kami tinggal sini juga, kalau jmpe mesti best kan.Kami tinggal dekatla dgn city centre nya. Nnt dtg bgtaula..Anak akak sini lg?

    Farah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam farah.
      Dah habis belajar dah Farah. Mana tau kalau ada rezeki ke sana lagi, terima kasih singgah kat blog akak

      Padam
  21. Slm Kak Ina
    Sy Wani dari Kuantan, singgah sebentar di blog akak sebab tengah mencari info mengenai Newcastle ni
    Utk pengetahuan akak dan pembaca disini, sy dan 2 rakan pejabat akan ke Newcastle pada awal bulan September 2017 (Hari Raya Haji tu huhuhu) utk mengikuti course selama 5 hari di Newcastle University.
    So, sekiranya ada student2 Malaysia di Newcastle atau sesiapa yg sudi membawa kami meronda2 atau berjln2 sekitar Newcastle, kami amat2 sgt2 berbesar hati menerimanya. Kalau ada yang sudi boleh hubungi sy di email afkaswani@gmail.com. TK

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Insyallah ada jer yang sudi menolong

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...