OOO

Jumaat, Mac 11, 2011

Tsunami Di Jepun Pada 11 Mac 2011-Video Tsunami

Berulang kembali tsunami yang pernah berlaku di Acheh yang mengorbankan banyak jiwa.
Stesen Televisyen Tempatan, N-H-K berjaya merakamkan ombak tsunami menghanyutkan kereta, trak, rumah dan bangunan di bandar berkenaan

TOKYO, 11 Mac:
Gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter melanda bebarapa bandar kawasan pantai negara itu.


Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.

Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.

Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometre di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.

Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 skala richter.
Sesungguhnya tiada siapa yang boleh melawan qada dan qadar darinya.
Sumber : Agensi



Semuga kejadian ini akan menginsafkan kita semua.



Nak tenguk lagi video gempa kat SINI

Alhamdulliah rakyat Malaysia terselamat dari musibah yang menggerunkan ini.

12 ulasan:

  1. Mane Videonyeer... Tak Nampak Pown....!!! Anyways, Di harap Mereka Semua Selamat... Amin....

    BalasPadam
  2. salam k.ina... terima kasih atas ingatan dan doa kak..alhamdulillah kami semua selamat..

    BalasPadam
  3. teringat semula kejadian tsunami yg pernah melanda malaysia dulu, Ya Allah..selamatkanlah kami dan semua kaum muslimin dn muslimat...

    BalasPadam
  4. manusia banyak yg leka. DIA tunjukkan sket je tuh. sama2 ambil pengajaran

    BalasPadam
  5. jom baca pengalaman sy menghadapi amaran tsunami semalam

    BalasPadam
  6. Subhanallah...ngeri je tengok gambarr dan video tu kan...org yg menghadapi tu lagi lah. Moga kita ambil pengajaran....

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...