OOO

Isnin, Mac 07, 2011

N3 tertunda-(Hari ketiga) dan Catatan Hari Ke Empat di India (Part 2)

Pusing balik hari ke tiga ek...gambar baru dapat
Dah habis round-round kat Mandipad kami balik semula ke rumah Yana. Hb ajak jejalan lagi. Mula-mula singgah kat kedai seluar pastu ke kedai runcit area rumah Yana. Masih ada lagi shampoo yang peket kecik-kecik kat sini.

Kat Malaysia ada lagi ker? Akak tak pernah jumpa lagi kat Kuala Lumpur. Dulu masa kecil kalau tak mampu nak beli shampoo mahal beli ajer peket kecik ni. Baru berapa sen ajer..kat sini pun harga dalam 20-30 sen ajer.
Beli daun kari untuk goreng ayam tandoori dan kunyit basah nak buat rendang. Kunyit basah tak ada yang ada kunyit kering yang tak boleh di tumbuk. Akhirnya buat rendang tak pakai pun kunyit...kunyit kering tu akak tinggalkan ajer.
Akak ambil gambar kolej Yana dari jauh. Tapi tak masuk dalam. Rasa ralatlah pulak. Ingatkan tak boleh masuk rupanya boleh. Sape nak tenguk lagi gambar kolej Yana boleh klik kat sini..cerita yana/india.

Kat jalan ni kalau tak pakai helmet pun tak apa. Akak nasihatkan Yana dan member supaya pakai helmet takutlah apa-apa yang terjadi nanti. Kat sini kena beli motor dulu baru gi ambil lesen, pastu kena tunggu dekat sebulan baru dapat. Bayaran pun taklah mahal sangat. Pelajar perempuan pakai skuter..pelajar lelaki boleh di katakan rata-rata beli motor besar..fuhhhh loadednya mereka ek.

Ada gak yang masih bertanya Yana ambil kursus apa kat sana. Yana ambil pergigian selama 5 tahun. Baru 1 1/2 kat sana..lama lagi nak habiskan pengajian. Doakan agar beliau berjaya yer.
JMM Medical College bersebelahan dengan kolej Yana. Ramai gak pelajar dari Malaysia kat sini. Arwah junior Yana yang meninggal kerana jatuh moto belajar kat sinilah.
Masuk dalam bank ingat nak keluarkan duit. Tapi tak boleh, kena buka akaun dulu. Lecehlah kalau camtu.
Tekak akak mengada-gada nak rasa muruku kat sini. Beli dalam 1 paket kecik ajer. Macam-macam jenis muruku yang di jual kat sini. Ada bentuk besar dan ada yang kecik-kecik.
Tak berani nak beli manisan kat kedai yang sama. Yana dah pesan jangan beli...manis semanisnya...nanti takut tak makan.
Imran dan hb akak beli jus buah-buahan..Yana kata sedap...dia selalu beli
kedai yang bertentangan dengan kolej dia ..tapi akak tak layan.
Macam-macam jus ada..pilih ajerlah..harga taklah mahal ..lingkungan harga RM1.00-RM2.00 sahaja.

Kami jalan kaki ikut jalan belakang nak balik rumah Yana. Jarak dari rumah ke kolej kalau naik motor tak sampai 5 minit tapi bila tenguk Yana kena hari-hari lintas jalan tu buat kecut perut ajer dibuatnya.
Balik makan nasi lemak lebihan sarapan pagi dan ayam goreng tandori.
Akak perap ayam tandoori pagi tu, bila balik cuma goreng bersama daun kari..bangga kawan yana kata..wahhh sedappplah auntie..Bila mereka tanya ada resepi tak kat blog..akak kata ada dan suruh cari ajer kat blog akak. Kebetulan akak memang lagi 3 paket tandoori maggi.
Nasib naik sambal udang ada lagi. Petang tak gi ke mana-mana..
lepak kat umah ajer. Petang buat laksa.
Yana suruh akak bawak daun kesum dan bunga kantan. Dia teringin nak makan laksa. Malam ada lagi 2 orang rakan Yana datang ke rumah. Dah rezeki mereka, dapatlah merasa laksa hasil air tangan akak.

p/s Jangan marah ek akak letak gambar makanan ni..rugi kalau tak letak..nanti tak ada kenangan apa yang akak masak kat Davengere .

Hari Keempat (Part 2)
Puas gak pusing-pusing kat Jalan Mandipat. Hb akak tengah cari capal untuk abang ipar tapi tak ada saiz. Kemudian akak pergi semula ke kedai yang jual pressure cooker. Selepas tertunailah hasrat di hati kami pergi semula ke Jalan AVK Road nak ambil seluar dan kain sari lalu pulang ke rumah.
Pagi tu akak sempat masak kari pekat daging biri-biri. Nasi pun dah siap masak.
Beli juga kacang hijau kat sini buat bubur, guna santan dalam kotak ajer. Daun pandan akak ada bawak pastu frozenkan.
Akhirnya tertunailah hasrat di hati Imran nak main go kart petang tu.
Kalau kat sini mahal, kat sana murah ajer. Tak tau berapa pusingan dia pecut.

panduan dalam bahasa inggeris tau..classs

Yana belanja daging lembu goreng. Beli di perkarangan masjid. Sedaplah. Nanti nak cuba buat. Tapi tak berani nak makan banyak sebab nak gi Bangalore naik bas.
Dalam pukul 10 lebih kami keluar dari rumah naik auto ke tempat naik bas VRL Perjalanan selama lebih kurang 6 jam termasuk 1/2 jam berhenti. Tiket kesana cuma 100 rupee lebih kurang RM7.00.

Nantikan N3 di Bangalore pula yer.

21 ulasan:

  1. wah... best nye pergi negara orang.. sy xpernah pon sampai negara luar.. :(

    BalasPadam
  2. kalau dah namanya kak ina... pegi mana2 pun tetap memasak ye kak ina =)

    BalasPadam
  3. Wah,bukan main lagi akak shopping...and paling terror akak sempat lagi nak masak all those food yang leceh-leceh.

    BalasPadam
  4. betul tu kak,saya pernah beli manisan dia kat mumbai dulu, mmg manis giler brape kilo gula diorg bubuh ntah,
    rule kat sana mmg lemah, helmet tak pkai,pastu bawa keta main hentam jer,yg paling bingit diorg suka main horn, sikit2 nak horn rupa2nya saya tgk kat blakang keta siap ada tulis please horn..hehe patut la pun..:)

    BalasPadam
  5. hahaaa.. agak hitam ayam tu.. tapi kak, nape yana tak kasi beli manisan tu? ada campur2 ke? daging biri2 sedap tak?
    Kenapa Trafik Blog Makin Slow?!

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  7. Salam KakIna cayang. Amboi best nya mkn angin kat India, lama mana kat sana? Yana & kekawan dpt merasa masakan emak dia.
    Liana dok kat rumah waktu Along kerja. Ada bbsitter Indon, very good, Liana sayang sgt kat dia. Along dok risau sbb kontrak dia 2 thn jer, tak lama lagi abis kontrak harap2 dia nak sambung.

    BalasPadam
  8. Aiseh, meliur tengok makanan tengah2 malam macam ni. Dah la sat lagi kena puasa sebab esok ada ujian MOGTT. Huhu. :(

    BalasPadam
  9. Aiseh, meliur tengok makanan tengah2 malam macam ni. Dah la sat lagi kena puasa sebab esok ada ujian MOGTT. Huhu. :(

    BalasPadam
  10. nie yang rasa nak naik go kart je nie.... murah la katakan...

    BalasPadam
  11. hilanglah rindu yana pada masakan akak ye....

    BalasPadam
  12. terliurnyer tengok daging goreng tue..cepat2 la kak ina keluarkan resepi kat sini...boleh cuba nanti..

    BalasPadam
  13. seronok yana selama mama dia ada semua dapat makan kan hehehe..akak nurul selalu g bukit tinggi tapi belum penah tidur di rumah nenek my love hehehe ini 1st time kahkahkah..

    BalasPadam
  14. tengok manisan mcm sedap jer.. alamak mcm ngidam jer nak mkn laddu n jelabi...
    Akak nak??? hehehe

    BalasPadam
  15. bbrp hari akak kat sana dpt lah yana lepas rindu air tangan mak nya yer..sempat lagi masak memasak :)

    daging lembu tu goreng ngan rempah ker? merah jer rupanya

    BalasPadam
  16. wah kak ina pi negara org pon tunjuk skil memasak..hehe

    mesti sronok yana dpt makan masakan mama dia..hilang rindu

    BalasPadam
  17. best baca blog akak cerita jalan-jalan ni... nanti zaid nak buat rujukan mana tau nak gi jalan india pulak lepas ni :) thanks kak..

    BalasPadam
  18. nampak mengancam masakan akak...

    BalasPadam
  19. betuah kawan2 yana..dpt rasa masakan airtangan seorg ibu..sedap2 pulak tu kak ina masak

    BalasPadam
  20. semua mknn nampak sedap tu :)
    and kos melancong kat india sgt murah hehhe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...