OOO

Rabu, Mac 02, 2011

Catatan Perjalanan Ke India-Hari Keempat (Shopping Dan Jejalan)

Sebenarnya ada lagi tempat yang akak pergi selepas jejalan kat Jalan Mandipet (silap ajerlah semalam). Gambar tu semua ada kat laptop Yana. Malas nak tunggu Yana upload sebab dia tengah exam.

Jadi akak teruskan ajer cerita yang ni ajerlah. Kedai ni terletak di Jalan AVK Road. Ada 2 tempat sebenarnya. Satu di panggil OLD BSC dan satu lagi di panggil NEW BSC.
Tempat yang akak pergi ni ialah NEW BSC. Tempat jualan sari yang boleh di katakan fofolur di Davengere. Kali ni akak ambil gambar pakai hp ajer sebab lupa bawak kamera.


Mabuk tenguk design sari kat sini. Banyak betul yang lip lap lip lap. Akak tak sukalah design camtu. Mungkin orang lain suka...maklumlah selera masing-masing.

Walaupun penjual ni penat buka banyak kain sari tapi dia boleh tersenyum lagi. Suka dia akak ambil gambar.
Kita pilih satu design nanti penjual tu akan buka semua kotak yang ada macam-macam warna sampaikan rambang mata dibuatnya.
klik yer kalau nak tenguk lebih besar lagi
Ralat betul tak beli kain sari yang pertama dan ke tiga ni, walaupun ada batu tapi taklah banyak dan di perbuat dari sutera. Lembut dan cantik tau. Tak per..nanti akak suruh Yana belikan bila dia balik nanti. Dekat ajer dengan rumah dia. Harga tak sampai pun RM100.00 untuk 6.3 meter.

Yang no 2 dan 4 pula dari kain crepe. Tak berkedut dan kalau malas tak yah gosok. Harga tak sampai pun RM50.00. Mabuk dibuatnya bila tenguk harga...murah sungguh. Beli beli dapat pulak diskaun 10%.
tak suka design cam ni sebab banyak sangat lip lap lip lap
Akak ada gak beli kain sari kat sini untuk mak, kakak dan adik. Tapi tak banyak. Kononnya nak beli kat tempat lain pulak. Bila akak nak beli banyak-banyak dan nak buat jualan kat blog/facebook suami tak bagilah pulak. Nak buat camner..dia tak izinkan.

Ada gak kain sari yang di buat dari fully 100% cotton tapi jarang. Design akak tak berkenanlah pulak lagipun lecehlah kalau kena buh lining.
Sementara akak pilih kain sari suami akak pergi ke bahagian lelaki. Suami akak pula tergoda nak beli baju kameja dan seluar kat sini. Murah katanya. Beli 2 dapat free satu.
Sebab nak kena tunggu seluar tu di potong sedikit dan ambil masa satu jam, kami berjalan-jalan kat kawasan sekitar. Imran tak ikut kali ni sebab boring katanya. Sebab tak ada barang yang dia nak beli kat sini. Dia tinggal kat rumah Yana ajer seorang.

Kat jalan ni banyak sungguh klinik. Ada klinik mata, tangan, kaki, penyakit kulit dan macam-macam penyakit lagi. Agaknya tak ada klinik kot yang sediakan perkhidmatan seperti klinik kat Malaysia. Kalau sakit gi ajer ke satu klinik.
Nampak pulak buah anggur hitam dan hijau ni. Bila tanya harga...aaa murah sungguh. Akak pun belilah bila dah rasa.
Aci ni petik macam kacang kat tumbuhan ni. Tak tau nak panggil apa.
Kalau tanya pun bukannya dia faham..betul tak?
Aci ni kan bila akak ambil gambar dia sibuk suruh beli sayur yang dia jual. Bila dah sudah ambil gambar dia membebel entah apa-apa. Hb akak kata dia marah kot sebab akak tak nak beli.
Selepas puas berjalan tenguk baru 1/2 jam. Kami naik auto ke Jalan Mandipat semula. Confuse gak sebab driver auto ikut jalan lain. Tercangak-cangak kami di buatnya.


Oh yer..kalau nak naik auto bagitau jalan pastu tawar tau..selalunya mereka minta dalam 20-30 rupee. Kami bantai minta 20 rupee ajer.

Kadang-kadang driver auto ni tak faham slang bahasa kita jadi kenalah slang orang india..kalau boleh janganlah tunjuk terror pandai cakap omputih. Mereka susah nak faham jadi kenalah guna broken english yer.
Terjumpa kedai yang menjual baju kawin orang sana. Akak berkenan sungguh dengan kurta yang ini. Harga tak sampai RM2,000.00. Sulaman memang kemas dan warna pun cantik.


Berangan nanti anak kawin boleh buat tema bolloywood..hii...hi..hiii
Hb nak yang simple ajer. Bagus betullah penjual kat sini. Habis di selongkarnya segala kotak ni. Mereka tak kisah pun kalau kita tak beli. Akhirnya suami dapat juga beli kurta yang di inginkan.

Akak ada gak beli topi perkawinan macam Sathiya pakai dalam program Raja Lawak di Astro tu. Tapi tak bawak balik sebab beg dah penuh.Nanti Yana balik suruh dia bawakan.

Masa nak bayar mereka sibuk nak tukar duit Malaysia. Nak buat kenangan. Suami akak bagi duit siling 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Akak bagi RM1.00. Sukanya mereka. Ada juga driver auto minta..kami bagi ajer duit siling.
Terkejut pakcik ni. Mesti dia hairan apasal ambil gambar dia tengah jual cili kering. Rugi tak beli cili keringlah. Boleh bawak balik. Tenguk aci kat belakang tu..siap cekak pinggang lagi. Jelous ker?

Panjangnya..nanti sambung yer..

14 ulasan:

  1. assalam k.ina..sonoknya g melancong yer!.atie nak minta izin copy resepi kari ayam akak yer...TQ

    BalasPadam
  2. akak cerita panjang2 pun takpe seronok la baca cite jejalan kat negara orang...ntah bila la saya dpt peginya....hmmm

    BalasPadam
  3. siyes sgt cantik+murah2 kain sari tu kak..kalau me maunya me beli byk2 heheh boleh buat bj nak gi ngajar kan :)
    kat msia, kain sari average harga rm200 sepsg kak..mahal..

    BalasPadam
  4. Baju kurta tu memang smart sangat laaa.....

    BalasPadam
  5. borong sari secara pukal dan jual murah2 kat sini.. mesti ramai minachi2 beli

    BalasPadam
  6. Kak Ina,
    Patutlah ramai orang India kat Msia pergi India and buat bisness jual kain baju bila balik Msia..rupanya murah sangat harganya.Dulu,saya hairan juga macam mana they all nak untung if sepasang baju punjabi(dah lupa namanya)siap dengan scarf they all jual only for RM20-25.Saya berkenan sangat dengan design kain nombor 3&4 tu kak..cantik and unik.Menjawab soalan akak,tempat saya tinggal ni jauh dari tempat gempa bumi tu..naik kapalterbang 1 jam 10 minit and if bawa kereta 13jam tanpa henti plus 3jam atas ferry..sebab kena seberang lautan.Saya dengar ada budak Malaysia yang hilang tapi kurang pasti sebab takda liputan.Anyway,terima kasih,kak sebab sudi berkongsi pengalaman.Saya rasa rugi pulak tak ikut suami dulu semasa dia selalu fly ke Chennai dan Bangalore.

    BalasPadam
  7. tengok gambar pun dah rambang mata!

    kak ina, nak juga kirim kain sari kat yana. nak yg crepe, takyah gosok.. hehe

    BalasPadam
  8. waaah, cantiknya kain saree tu..nampak gaya macam tahun ni beraya pakai kain saree lah akak nanti;)

    BalasPadam
  9. cantik kurta tue...tapi mahalnyer...

    BalasPadam
  10. waa..ruginya tak kirim sari sepasang dkt kak ina..cantik2 tu..tergoda..nak plak kak ina dr kain sutera..dah terbayang dah mcm aishwarya rai pakai tu :P

    BalasPadam
  11. mmg wajib g india boli sari yg cantik kan kak

    BalasPadam
  12. salam kak ina!!!! (^_^)
    adik kak ina ade sana lg x?? nk beli sari borong..huhuhuhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. mualaikumsalam
      buat masa sekarang anak akak ada di kl
      tengah tunggu result

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...