Akak baca kisah ni kat akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 10 Oktober yang lalu. Kisah pasal ruangan Salam Perantau untuk bulan syawal yang lalu dan mana ruangan tersebut di buka kepada semua rakyat Malaysia di luar negara. Bukan akhbar Utusan ajer yang buat..akhbar lain pun ada juga membuka ruangan sebegini walaupun nama berlainan.
Tak sangka pulak ada pelajar di Universiti kat Malaysia sanggup menipu pihak media dengan mengatakan mereka mengirim gambar dari Toronto padahal gambar yang di ambil di Tronoh, Perak.
Apa motif ek mereka nak menipu pihak media..nak tunjuk mereka kreatif ker?
Apa motif ek mereka nak menipu pihak media..nak tunjuk mereka kreatif ker?
Memang di akhbar/media ni tiada syarat yang dipinta bila mengirimkan gambar yang di pinta cuma perlu bersikap jujur dan pastikan maklumat yang di kirim adalah betul.
Tapi tak pernah terlintas di fikiran petugas media yang akan ada sekumpulan manusia yang bergelar pelajar universiti akan mengambil kesempatan menggunakan ruangan tersebut untuk menipu.
Dek kerna kecanggihan teknologi maklumat meningkatkan kreativiti manusia untuk menipu akhbar tersebut dan tak sangka tau yang menipu ni merupakan sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak .
Punyalah mereka berbangga mengirim gambar yang berlatar belakangkan sebuah taman untuk siaran dalam Salam Ruangan Perantauan pada 21 September 2010. Kononnya gambar di ambil di Toronto, Kanada.
Tak patut sungguh di kala umat islam berpusa mereka sanggup menipu akhbar ini dan menerusi ICT juga penipuan di jaja. Tak ingat dosa ker?
Penipuan itu kononnya di dorong rasa meluat terhadap penuntut luar negara yang menghantar gambar dengan latar belakang salji.
Dengan selambanya mereka berbangga diri tidak perlu bersalji dan tidak perlu ke Toronto pun, gambar mereka telah di siarkan.
Kenapa kamu nak dengki dan meluat dengan mereka yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara? Tempat kamu ni pun bukan senang nak masuk tau. Cuma orang yang terpilih, cemerlang dan gemilang ajer yang berpeluang belajar kat Universiti Petronas ni tau.
Dengan selambanya mereka berbangga diri tidak perlu bersalji dan tidak perlu ke Toronto pun, gambar mereka telah di siarkan.
Kenapa kamu nak dengki dan meluat dengan mereka yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara? Tempat kamu ni pun bukan senang nak masuk tau. Cuma orang yang terpilih, cemerlang dan gemilang ajer yang berpeluang belajar kat Universiti Petronas ni tau.
Ada pulak yang memuji kelicikan serta kreativiti penuntut universiti itu menipu akhbar tempatan. Hebat ker mereka jika mereka berbuat sebegini.
Tak malu ker wahai anak-anak ..kamu telah mendapat tempat belajar yang boleh dikatakan paling bagus di Malaysia ni. Kamu tak bersyukur sebab bukan senang nak masuk ke Universiti Teknologi Petronas, peluang yang telah di beri telah kamu coretkan dengan titik hitam dengan cara menipu sebegini.
Kesian dengan ibubapa, penaja biasiswa dan pensyarah kamu.
nak baca lebih lanjut..gi ke Mingguan Malaysia-Noraini Abd. Razak
isk2..mcm2 la skg ya..
BalasPadamdpt pulak idea mcm tu..
terlebih bijak tu
budak2 ni nak buat lawak tak kena tempat...tak bangga kan tanahair sendiri...kesian org study kt luar negara yg nak selit ucapan tak cukup ruang sbb depa ni..
BalasPadamsalam ziarah
BalasPadamum pelajar2 ini patutnya bangga
kerana mampu belajar di universiti
wlpn cuma universiti awam...
sedangkan ada banyak lagi yang
tak punya peluang macamtu...
menipu ini sbnrnya 'sakit' jiwa mereka...
mungkin mereka niat nak suka2 @ lawak. dan teringin nak masuk surat khabar.
BalasPadamcara menipu tu yang salah.
tapi malu pulak yg dapat.
ini la jadinya kalau terlebih bijak......bijak menipu
BalasPadamsalam kak
BalasPadamterLEBIH bijak....buat malu Universiti,belajar jer tinggi
aduhhhhhh...ada juga manusia mcm nie,,,xmalu ka???senarai hitam kan nama2 orang yang buat nie,,,semata2 seronok..pikiran mcm budak2
BalasPadamgila glemer sumenye tu..huhuhuhu.xpatut btl.
BalasPadammesti org yg dlm gambar tuu malu sebab ada yg hantar gambar tanpa kebenaran mereka ..
BalasPadamgile glamer dforg ni...huhuh...tu npun nk dengki...dah org lain pintar sampai bljr luar negara wat pa nk dengki? pelik la dgn mnusia ni
BalasPadamagak-agak kena tindakan ke tak nie? memang ramai yg sebut tronoh tu toronto kan.
BalasPadammasa berita ni keluar ada gak kwn2 bgtau yagng gambar ni kat tronoh. tp time tu da haru nak raya. kitaorg buat bhn gelak je.nak masuk surat khabar nye pasal...mcm2 diaorg sanggup buat. adoi...
BalasPadamdapat tahu pasal ni kat blog obefiend.hehe
BalasPadamBetul tu zirconia. Ceeramoon pun slalu tulis tronoh as toronto dalam blog dia.
BalasPadamDorang nak glam lebih la ni. Maklumlah, pelajar kat Msia mana boleh masuk paper untuk Salam Perantauan. Dah terang2, kat negara sendiri, takkan tak balik raya kot. Hmmm...
nak masuk newspaper punya pasal
BalasPadamuniv diorang ni univ excellent jugak kan.. bukan calang2.. kenala bangga-
BalasPadamALL IN ONE
baru abca semalam kat blog sape ntah..
BalasPadambeliau siap letak gambar penipuan beliau lagi.. banyak pulak tu yang dah dia tipu..
seyes banyak.. bukan utp ni je kes pertama.. banyak lagi blogger yang duk malaysia tapi hantar jugak gmbr then gmbr tu dipilih..
pergh..
kak, smlm saya dah baut entry ni.. tapi saya kondem wartawan tu, sebabnya tak teliti la kak, gambar tu sah-sah nampak dok kat malaysia la...
BalasPadamwartawan ni menunjukkan kelemahan dia sendiri la..
pasal kenakalan stdnt pun satu juga, tapi rupanya ramai dah buat kak, cuma kali ni wartawan ni sakit hati, sebab blog budak utp dan komen hentam wartawan Utusan. kat komen blog budak utp tu, ramai mengaku dah buat kerja ni...
kira oklah tu, perantau jugalah, depa belajar kat tronoh, kira ramai anak rantau juga la..dari johor, melaka, pantai timur, sabah.s'wak...
sebenarnya mereka ni ada "penyakit"..iaitu "penyakit jiwa" dan sebenarnya mereka "Jealous" atau CEMBURU YANG AMAT SANGAT kpd org lain yang dapat belajar di luar negara...mungkin mereka dulu teringin nak belajar kat luar negara tapi tak kesampaian...
BalasPadamlalu ditipulah macam tu... walaupun jasad mereka tak berada di luar negara, tapi gambar mereka seolah-olah mereka di luar negara...
KESIAN ...padahal mereka ini lah yang akan menjadi pelapis negara, akan menjadi pemimpin negara suatu masa nanti...
sebab tu tak heran jika ramai juga orang yang berebut-rebut nak jadi pemimpin, ...tapi tidak mengetahui apakah tuntutan atau HAK orang ramai terhadap seorang pemimpin itu.. jika mereka tahu sudah pasti tiada seorang pun yang mahu menjadi pemimpin, sebab tanggungjawab terlalu besar...jika tidak dapat ditunaikan bermakna mereka menganiaya orang ramai di bawah pimpinan mereka...
hehehe, dah jadi citer lawak lak
BalasPadamnilah kalo dah pandai sangat... huhuh sgt takmalu... udahlah muka masuk surat kabor ha..
BalasPadamni lah jadinya kalau bijak tapi otak letak kat tapak kaki...
BalasPadamMemang tak patut jika gambar yang diambil itu di tempat lain, tapi mengaku mengambilnya di luar negara.
BalasPadamHal penipuan seperti ini boleh dianggap kecil dan "guaruan nakal" tetapi dihebohkan, sedangkan ada perkara besar lain tidak diberi perhatian. Boleh dikatakan setiap surat khabar arus perdana dengan bangga mengiklan serta mempromosikan judi dan perkara-perkara lain yang haram serta lagha tu, tidak pula dikecohkan...
Maka gaji pekerja mereka yang diperolehi itu sudah bercampur dengan sumber haram dari iklan judi. Bila yang halal dan haram bercampur, maka hal penipuan gambar ini hanya sekelumit masalah yang terjadi daripadanya...
saya setuju ngn saudara ahmad zaki...
BalasPadamakbar arus perdana tipu lg bnyk..
kes student menipu yg ni kira kecik ja kot..
lg pn depa blajaq kt mna mnipu nih??
akbar arus perdana jugaakkkkk.....
ye dak??
setuju dengan encik ahmad zaki dan saya kurang setuju dengan tindakan kurang wajar wartawan yang telah mengeruhkan lagi keadaan..artikel lalu bukan sahaja menunjukkan kurangnye profesionalismenya kerana gagal mengasingkan rasa emosi dengan tugas..tindakannya malah telah sedikit sebanyak mencalar nama baik universiti..terlajak perahu boleh diundur..
BalasPadam