OOO

Jumaat, Oktober 22, 2010

Sicilian Orange Cake Recipe

 Oleh sebab tak tahan tenguk kek ni kat blog cik manggis akak pun buatlah kek ini.  Bila baru habis bakar memang sedap  memakannya.  Resepi ni ada kat blog Rima dan Ellie.

Akak sajer ajer taburkan parutan cheddar cheese kat atas kek sebab lebihan masa buat bangkit cheese tempuh hari.  Membazir pulak kalau rosak nanti.  Dahlah bahan tu mahal.

Bahan-bahan
250 gm butter
250 gm tepung naik sendiri
4 biji telur saiz sederhana
1 1/2 tsp parutan kulit oren
85 ml jus oren
250 gm gula halus
akak tambah-parutan cheddar cheese (nak habiskan stok)
Icing:
125 gm gula ising
5 tsp jus oren.
Cara-caranya:
  • Panaskan oven 170 darjah celcius.
  • Sapukan butter pada 2 loyang bulat  berukuran 6cm x 14 cm.Alaskan dengan kertas minyak.
  • Pukul butter dan gula hingga kembang .Masukkan telur satu demi satu hingga habis.Pukul lagi,
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga sebati.Masukkan parutan kulit oren.
  • Last sekali tuangkan jus oren sedikit demi sedikit dan pukul hingga rata.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar hingga masak.
  • Bila kek telah masak sejukkan atas wire rack.
p/s akak tak buat  icing tu sebab dah cukup rasa manis dah kat kek tu.  Dah tua-tua ni tak beranilah nak makan manis..lagi pun hb dah ada penyakit kencing manis.

12 ulasan:

  1. waaa... sy tgk pun sdp. dah la x breakfast lg ni...

    BalasPadam
  2. akak.. sedapnyaaa.. bak sepotong.. nk baking la nih dah tak larat la.. huhuhu.. kalu umah kita dekat leh tukor2 piring yer.. :)

    BalasPadam
  3. aduyaiii ..sodap nye tu .. terbyg2 wangi bau oren tu

    BalasPadam
  4. bila dapat rasa masakan akak ni..tekleh tahan lah tgok je..

    BalasPadam
  5. Salam kak ina. Best la kalau jadi anak-anak akak. Mesti selalu dapat makan yang enak2.

    BalasPadam
  6. sala singah diblog yang mantap ini..harap dapat sekeping nanti hehe

    BalasPadam
  7. sdapnya kak..bila nak dpt rasa airtangan akak nie

    BalasPadam
  8. wahh sedap..tapi tak muak ke kak?

    BalasPadam
  9. Salam kak

    wah,membakar lagi..nak order blh?nak cheese juge ats kek

    BalasPadam
  10. akak..

    memang power gedemak ni sicilian orange ckae...kita pong sgtlah suker..

    BalasPadam
  11. ramai peminat kek ni kat rumak cm..ada permintaan lagi ni hehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...