OOO

Sabtu, Oktober 23, 2010

Oh Rudita Sejak Masuk Mari Menari (Astro Ria) Dah Berubah Yer

kredit murai.com
Sape tenguk mari menari di Astro Ria. Akak tak tenguk minggu lepas. Tak perasan pun. Sedikit info tentang Rancangan Mari Menari ni.

Pengacara rancangan Mari Menari ni ialah Awal Ashaari dan Lisa Surihani .Mari Menari turut dimeriahkan dengan kemunculan barisan penasihat dan juri rancangan tersebut.

Mereka terdiri daripada pelakon Zulhuzaimy Marzuki, Ferhad, Lisdawati, Erra Fazira, Joseph Gonzales yang akan mengkritik persembahan para peserta Mari Menari kelak.

Sebanyak 12 pasangan yang akan bersaing dalam Mari Menari musim pertama ini terdiri daripada pasangan Ariz, Dita, Fahmi, Masri, Razif, Rosdi, Shai, Yat, Zarin, Zul, Jaya dan Nita.

Sementara itu, 12 jurureka tari iaitu Anuar, A'ala, Belalang, Dayana, Papa J, Khairul, Wei Jun, Simon, Bayu, Acid, Ray dan Syed pula dijemput melatih 12 pasangan peserta terbabit.

Pengenalan rancangan itu akan disiarkan mulai 16 dan 17 Oktober ini pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104). Maklumat lanjut layari www.astro.com.my/marimenari
kredit murai.com
Malam persembahan pula akan disiarkan secara langsung dalam Mari Menari bermula 23 Oktober ini jam 9.00 malam dan kemuncaknya ialah Penentuan Mari Menari yang disiarkan setiap Ahad jam 9.00 malam iaitu hari di mana keputusan penyingkiran diketahui secara langsung.

Persembahan setiap pasangan akan diadili dengan sistem pemarkahan 50% juri dan 50% undian penonton.

Pada setiap minggu, juri-juri yang terdiri dari barisan selebriti iaitu Erra Fazira, Zulhuzaimy, Lisdawati dan Ferhad berserta dengan seorang juri profesional iaitu Joseph Gonzalez akan memberikan markah persembahan berdasarkan mutu dan teknikaliti persembahan.

Manakala, kuasa penonton adalah melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Pasangan yang mendapat undian terendah pada setiap minggu akan tersingkir.

Pasangan juara Mari Menari juga akan memenangi sebuah kondominium The Haven di Ipoh bernilai RM358, 000.

Semalam bila tertenguk kat Astro Ria, akak perasan salah seorang peserta ni yang bernama Rudita pernah terpilih masuk dalam episod Tangkap Muat yang mana pengacara dia ialah Sarimah.
Akak ada tenguk rancangan tu minggu lepas rasanya. Rancangan ni tahun lepas punya. Biasalah Astro nikan suka ulang rancangan lama. Akak cuba cari gambar Rudita yang dalam segmen tu yang masih bertudung. Tapi tak jumpalah pulak.
kredit sensasi selebriti...suami Ita yang tersengih menunggu isteri pulang dari di makeover
Husband Ita yang hantar e mail ke Astro suruh make over isteri dia. Katanya isteri dia tu jarang make up dan jarang berpakaian cantik. Sabar ajerlah..bagi duit tak cukup nak suruh isteri pakai cantik)


Ita kerjanya menjahit baju dan duk kat umah ajer. Pastu dia ni kememeh (kuat menangis). Sampai perundingcara 2 orang (Perunding masa tu ialah Zulfazli dan Rizalman Ibrahim) tu ashik kutuk dia jer. Mulut 2 orang ni memang terkenal laser ahik mengata peserta camtu camni.

Ita memang baik orangnya, bila anak-anak suruh dia beli baju mahal dia tak mau. Dia lebih pentingkan anak-anak dan rumahtangga. Masa mereka sampai kat rumah Ita dia terkejut beruk. Pastu menangis sebab terharu di pilih untuk di make over.

Bila dah di make over suami dan anak-anak terkedu melihat perubahan Ita ni.

Bila Rudita tanya suami dia dengan linangan air mata..abang.....abang sayang tak dengan Ita...si suami mengangguk.
OOOO isteri cantik baru sayang ek..sabar ajerlah. Akak bukan apa melalutlah pulak..ni nak cerita pasal sekarang ni Rudita dah masuk pulak dalam Rancangan Mari Menari.


kalau nak full story masa segmen Rudita dalam Tangkap Muat bolehlah baca kat blog MAMASYAZA

Bila tenguk malam semalam muka salah satu pasangan ni macam rupa dia, bila check memang confirm yang peserta ni Rudita dan suami. Amboi dah lawalah Ita sekarang ni.
Walaupun Rudita dah tak bertudung tapi akak macam cam dia dalam Segmen Langkah Mari Menari. Sebab baca nama husband dia Faidzal.

Paling akak geram tau bila tenguk dia kena marah dengan suami dia. Masa tu mereka tunjukkan tarian yang di persembahkan untuk malam ni.

Bila Ita salah step masa menari, suami dia marah kaw.kaw...punya sampai si Ita ni menangis. Kalau akak kan tentu akak pun melalak dan terasa kecil hati bila di marahi di depan berjuta penonton Astro. Terasa rendahnya harga diri bila di tengking sang suami. Geram betullah.
Rudita ni yang pernah muncul dalam Macam-Macam Aznil dalam episod raya dan beliau menang lemang. Masa ni beliau masih lagi bertudung. Dah lama gamaknya video ni sebab arwah Din Beramboi masih ada. Kalau nak tenguk gi video ni gi ke SINI

Sebab nak masuk rancangan Mari Menari , Rudita sanggup ek buang tudung. Kalau pakai tudung kan bagus. Sabar ajerlah. Semuga suami beliau akan terus menyayangi beliau bila rancangan Mari Menari berakhir nanti.

Akak tak kuasa nak sms peserta favourite dalam rancangan ni sebab mahal sungguhlah. 0.50 sen setiap sms. Tak payahlah kan. Membazir ajer..lagipun akak tak minat sangat pun nak tenguk.

29 ulasan:

  1. Betul tu akak, kalau Kaz pun confirm menangis dan kecik hati habis kalau kena marah dgn husband dek hanya kerana tak pandai bergaya dan juga tak tau menari. Sabar ajelah, npknya dia ni mmg berkorban apa saja utk hubby dia termasuklah buka tudung.

    BalasPadam
  2. akak pun terperasan ekkkk, su blom tgk lagi mari menari tu, tpi bila ada rakan2 yg bagitau kat blog baru terperasan, kalo camtu mlm ni kena tgk le. sama2 kita tgk malam ni yek...salam kenal dari saya...su@mamasyaza

    BalasPadam
  3. kne tgk mlm neyh, tak sbr :)
    huhu. no wonder la mama shara kate mcm knl jek rudita tu
    rupenye pnah masuk siaran kat astro jugak

    BalasPadam
  4. wah..advance ler kak ina
    zana tak sempat lagi tengok rancangan mari menari nie...
    cam tak best jer....mcm jer...tp lain org lain pendapat kan kak ina

    alahai, takkan coz' nak masuk rancangan mari menari nie sanggup nak buang tudung bagai.....

    BalasPadam
  5. hehe.. no komen la pasal isu tudung ni mak ina..

    BalasPadam
  6. kak ina, izan dah perasan dari awal lagi sbb masa 'tangkap muat' tu dia siap nangis2 sbb tak pandai bergaya.

    nak glememr tapi tak kene gaya langsung...aduhhh. kalau izan lah, org bayar bape tak payahlah nak smpai buka2 tudung ni~~

    BalasPadam
  7. ada gak tgk jeling2 gitu mngu lepas, tp x de la fokus sgt & x minat. malam nie dah tentu tgk bola

    BalasPadam
  8. salam akak..ana pun xlayan gak mari menari ni..yang sehati berdansa pun xtgk gak..xtahu nak kata pe dah..banyak sangat rancangan realiti kat astro.yang ana paling suka tgk imam muda je

    BalasPadam
  9. salam kak..bab mnari ni kite surrender..tgk org johor mnari zapin kite suka..cam best jer :))

    BalasPadam
  10. patut la mcm familiar jerrrr bila tgk iklan mari menari (saya tak follow rancangan ni)
    tp baru2 ni ada tengok siaran ulangan tangkat muat masa diorg make over si ita ni
    dlm hati terfikir, eh, takkan la org yg sama kot. yg dlm tangkap muat tu kan dia bertudung
    kak ina telah menyelesaikan persoalan yg bermain di kepala saya
    hehe.. 'innocent' kan saya ;)

    BalasPadam
  11. Mari menari nie macam okey gak.... cume juri tue macam terlebih jee ... ;-p

    BalasPadam
  12. adeh..

    tak fokus sangat tari menari..

    layan blog jer...

    tapikan..kalau ayu jadi kak ina..memang ayu akui ayu akan buat entry untuk menunjukkan betapa kita sedih dengan kisah rudita...

    apa-apa pun moga dia dan suaminya menang..

    BalasPadam
  13. salam kak,

    terima kasih krn meleraikan teka-teki saya juga -_-"

    BalasPadam
  14. kak ina..her baru pasan leee..baru2 ni ade tgk segmen dia make over tu dlm tgkap muat..huhuhuhu apa sudah jadi dgn ini org..huhuhuhu..trus seksi..

    BalasPadam
  15. xmo ckp ape - ape...
    baru tgk malam ni sbb baru baik dari surgery
    huhuhuuu...
    zip mulut jelah kak ina..
    tu sume laki dia tanggung...

    BalasPadam
  16. salam kak ina, lama kita tak jumpa ye, akk ada p maha lagike, saya dah lama tak p sana, mula2tengok mari menari tuu saya dah perasan muka mcm rudita yg tangkap muat tuu tapi mushkil kenapa lak tak pakai tudung, lps tuu bila tengok ulangan , sah2 mmg dia,dasyat tu kak ina, splitt lagi n gaya cam org muda je, hi3 walaupun ank dah besar n badan sedap2 gituu, astagafirullah biarlah kak ina rudita dengan dunianya yang baru.

    BalasPadam
  17. alahai... k ina x yah undi utk peserta neh... akak kne undi utk sy biler sy terpilih msk Raja Lawak 5 nnti...amin3!!

    BalasPadam
  18. saya pun x penah tgk n x ada kesempatan (ada bagus gak x tgk)
    Bila bc n3 kak ina ni br sy teringat pasal tgkp muat tu, mmg penah tgk time dia di make over..rasanya dia pakai baju hijau...
    Suami dia dah cukup sedia nak tanggung segala dosa2 bini dia tu, sbb tu dia suruh buka tudung. Nampak ngat suami dia yg gila glamor, emm jgn lepas program ni 'bercerai' sudah..
    jangkit ngan 'Sehati berdansa'..

    BalasPadam
  19. kak ina. terima kasih bagi info. shu ni x pernah tgk tari menari. Tp Mlm td rasa nk tgk ulangan jam 11, sambil on FB. Tetiba tgk Dita ni. Mcm familiar.Duk fikir seorg seorg, yer ke, tak kan free hair.
    Tapi bila tgk blog kak ina. mmg sah. terima kasih info. ;)

    BalasPadam
  20. ini semua nak tiru rancangan mat saleh,masalahnya semua tak pandai menari mcm mana nk tarik penonton..
    tak pakai tudung plak, mm dah besar pnjang mesti dah tahu dosa pahala..macam2 hal skang ni..

    BalasPadam
  21. mas baru terperasan bila akak cakap pasal ita ni...no komen pasal buka tudung tu...tapi mas tak ikut sangat rancangan tari menari ni, rasanya kena tengok gak nanti malam ni...he..he..

    BalasPadam
  22. manusia bisa berubah sekelip mata.. harap2 dia akan sedar nanti
    ALL IN ONE

    BalasPadam
  23. Bagi saya la, biarla tak pandai menari atau menyanyi...yg penting pandai didik anak2, jaga adab sopan dan agamanya...isteri yang diimpikan bukan penyanyi atau penari, tetapi isteri solehah...

    ramai org kata kopi tidak bagus, tapi sebenarnya sebaliknya.

    jom kita kongsi2kan pada sahabat yang lain

    BalasPadam
  24. mula2 rasa cam xmo komen tp nak komen skit.
    agak sedih sbb dari yg baik jadi ke buruk walaupun atas permintaan suami tp ia ke jalan yang salah.
    mudahan mereka akan sedar.

    BalasPadam
  25. tak follow pun kak, tapi rudita nie slalu dapat masuk show astro

    BalasPadam
  26. macam jugak iklan pelansingan, bila dh kurus, ada gambar bukak tudung

    BalasPadam
  27. salam kak

    hati manusia kak bila2 blh berubah,

    saya pon xblh terima kalo kena marah dpn org ramai..ni kan msk tv ish2

    saya pon xkuase vote

    BalasPadam
  28. akak kenal sangat ke ngan rudita ni? tak baik kalau tak kenal pastu mengata orang. bagi saya, lebih baik bukak untuk menari daripada pakai tudung labuh pastu buat blog mengumpat orang. betul x kak?

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...